Lepas dah bertahun-tahun bersama isteri kau, pernah tak kau terfikir, “kenape ye perempuan sebelah aku ni boleh nak dekat aku?”
Obviously jawapannya bukanlah sebab kau hensem.
Orang perempuan tak peduli pun muka kau hensem ke tidak, putih ke gelap ke berbelang, gigi jongang ke rongak ke, telinga capang ke telinga kelepet ke.
Orang perempuan ni bila dia buat keputusan nak berkahwin dengan kau, benda paling kuat untuk mendorong dia bagi keputusan tu adalah ATTENTION & CARE.
Yaaa PERHATIAN kau pada dia. Kalau kau hensem pun tapi kau tak reti bagi perhatian pada dia, tak buat dia rasa disayangi & istimewa, perempuan tetap TAK NAK.
Tapi 1 je lah yang kebanyakan perempuan TERTIPU dengan yang namanya lelaki. Lelaki bagi ATTENTION & CARE hanya pada awalnya.
Pendek kata ; BELUM DAPAT MEMANG BERIYA. Lepas dapat, attention kemana, care kemana.
Contoh 1
Sebelum dapat: U cantik laa bertuah i kan dpt u macam bidadari kiriman Tuhan.
Selepas: Takde makne nak puji isteri cantik. Kalau isteri tanya abang, Dijah cantik tak? Haa baru dia jawab “hmm”. Tu pun mata tak pandang wajah isteri lebih dari sesaat. Sekilas laju je.
Contoh 2
Sebelum: *Bff gf bisik2 bagitau gf teringin nak eskrem godiva, pastu laju je ko pegi beli senyapยฒ konon suprise untuk gf laa*
Selepas: *Isteri cerita dah lama teringin nak makan nandos dengan harapan ko bawak dia pegi makan situ bila ada kelapangan & ongkos.
Yang ko pulak bila dah dapat gaji bukan tak ingat, ko ingat je. Tapi saja ko biarkan dengan harapan isteri ko lupa.*
Contoh 3
Sebelum: U knpe belum makan. U makan la i takut nanti u sakit ada gastrik kan.
Selepas: Konon busy sangat kat ofis lah, sampai banyak masa nak fikir lunch nanti nak order foodpanda siap tanya budak ofis sekali nak makan apa sedap.
Bukan main sayang dekat budak ofis takut tak cukup makan. Isteri kat rumah terkontang kanting dengan anak2 tak pernah ditanya dah makan ke isteriku sayang intan payung berlian emas?
Ko nak sakit gastric? Lantak situ. Makan lah apa ada kat rumah tu Dijah.
Perlu ke aku listkan contoh lagik? Tak perlu dah.
Baru 3 ni je dah buat korang rasa macam nak hempuk kepala kat dinding.
Belum cerita lagi pasal sebelum kahwin wajah gf terpampang dekat hp, paling bidadari lah. Mira Filzah pun jadi perempuan kiriman poslaju je dimata, awek aku lagi cun.
Lepas dah kahwin, jangan kata gambar isteri, gambar kahwin pun takde simpan gallery hp dah. Kalau boleh tak nak orang ofis tau lah die dah berkahwin beranak 8 senang test market.
Now think again.
Rasa2 kalau isteri tu tau selepas kahwin korang yang lelaki akan berubah sebegini, perempuan sebelah kau ni nak ke kahwin dengan kau?
Perhatian & perhatikan wajah isteri. Mungkin wajah teman sebantal sebelah kau tu nampak penat, kendur, kusam, bengis pun ade kadang2, siapa yang buat dia jadi begitu?
Padahal sebelum dia jadi isteri kau, dia cantik je dalam jagaan mak bapak dia.
Cantik sampai kau tergila2. Bukan salah waktu ataupun penuaan. Tapi salah kau suami yang berubah buatkan isteri sudah tak seperti dulu.
Kau yang langsung tak bagi PERHATIAN & AMBIL BERAT pada isteri kau.
Dulu mak bapak dia jaga dia, ambik berat dengan hidup dia.
Kau datang bagi perhatian buat dia rasa special, dia happy. Semua tu terpancar diwajah dia. Tak reti pakai skincare, fondesyen pun tak kenal, tapi pandang tak jemu kan?
Selepas tu, kau sendiri jugak yang buat isteri kau jadi monster. Manis pun tah kemane.
Mungkin ade antara korang yang pasang scandal belakang isteri sekarang โ just in case.
Sekarang ni memang ye, scandal tu lah cantik serba serbi. Tapi lepas kau dapat scandal tu buat jadi bini, kesudahannya sama je.
Kau cuma beriya sebelum dapat je. Lepas dapat? Scandal yang meletop & hot tu akan hilang transform lah kepada rupa kendur kusam kelam sebijik macam isteri lama ko.
Semuanya sebab sikap ko wahai lelaki. Then kau nak hilang apa lagi? Fikir jauh, jangan ingat nak sedap ko je.
Berapa banyak anak & isteri yang baik yang ko nak kehilangan sebab sikap bodoh ko sebagai lelaki yang tak reti menghargai?
Ko nak curang sampai mampos ke? Pastu dah tua anak 8 benci pulak. Harta pun takde banyak mana.
Fikir jauh…
Family yang korang ada sekarang ni adalah amanah. Jalankan tanggungjawab, hargai sebaiknya. Belum terlambat untuk korang semua suami-suami ni berubah, mengaku salah & betulkan kesilapan.
Jangan hancurkan kebahagiaan masa depan kau & family kau sendiri. Anda mampu mengubahnya hehehehe.
Terlebih panjang plak bebelan aku. Ingat pendek je tadi. Thanks admin kalau approve. Aku dah mengantuk.
– Dijah Overthinking (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit