Assalamualaikum wbt. Pertamanya terima kasih kerana menyiarkan kisah saya yang mungkin plot tidak tersusun.
Aku teruskan dengan diri aku. Nama aku SQ. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan biasa-biasa saja. Kehidupan aku juga begitu tiada yang menarik. Cuma aku ingin membincangkan tentang tajuk di atas.
Ya nasib kita berbeza bagi aku kita semua tak perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain kerana jalan hidup kita totally tak sama ada orang tu kaya duit bukan masalah dalam hidup dia cuma dia kurang perhatian ibubapa.
Ada juga ibubapanya orang baik2 dari segi penampilan tapi dapat anak yang suka memberontak. Ada pula life mak ayah dia teruk tapi dapat anak yang baikk sangat.
Dari segi pemerhatian aku setiap kehidupan pasti ada masalah life kita takkan perfect seperti perancangan kita.
Aku bukan penjawat awam yang sedang struggle untuk menjadi penjawat awam serta struggle bekerja demi keluarga dan diri aku kerna aku sedar yang kita bukan hidup dalam kisah dongeng.
Pandangan kita semua juga tak sama sebab itu aku yakin akan ada orang tak sependapat dengan aku dalam komen nanti. Aku tak kisah.
Bagi aku orang yang bekerja dalam sektor awam ini mampu pergi jauh dalam hidup. Bukan bermakna aku pandang rendah ke orang yang tak bekerja dengan kerajaan ye. Kita semua ada corak hidup kita masing-masing.
Sebab bapa aku juga bukan penjawat awam. Aku di kelilingi saudara yang bekerja sebagai penjawat awam. Oleh itu aku selalu pandang tinggi dengan orang bekerja dengan kerajaan.
Aku punya ibubapa yang belajar cuma sampai darjah 6 dan srp. Kalau dari pemerhatian semua ibubapa aku bukan la orang kaya dan berjaya sebab kita nampak dan kita tahu org belajar sekerat jalan takkan berjaya.
Tetapi bagi aku mereka orang berjaya kerana berjaya membesarkan aku serta adik beradik aku yang lain dengan baik dalam erti kata lain anak-anak tidak liar.
Walaupun ibubapa aku tidak berpelajaran tetapi mereka struggle mencari duit untuk kami semua habiskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada suatu masa dulu aku seorang murid sekolah yang tak rajin belajar result spm juga tidak memuaskan cuma cukup makan bukan cukup makan spm 5A ye…..
Tapi cukup makan hanya lulus semua mata pelajaran dan kalau di kira kredit cuma ada 4 kredit saja. Ya sangat teruk tapi aku tak berhenti disitu. Aku usaha cari cara untuk sambung belajar.
Rasa2 ada universiti awam terima aku dengan result yang teruk? Aku tidak berputus asa walaupun aku tahu masa depan aku makin kelam tapi aku teringin nak sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kelakar kan bunyi bila pelajar tak ada masa depan berangan?
Aku usaha cari jalan untuk sambung belajar dan masa lepas keluar result macam2 event ada contohnya karnival jom masuk u ada juga anjura. Universiti itu sendiri jadi aku hadiri semua karnival untuk memuaskan hati aku. Aku nak belajar. Itu tekad aku.
Di pendekkan cerita aku diterima masuk dalam 1 universiti awam melalui program pra diploma . Program ini sangat2 membantu ye kawan2 untuk orang yang tak nampak masa depan macam aku ini merupakan peluang kedua untuk aku sambung pengajian.
Apa yang best bila masuk program itu? Kau masuk belajar tanpa bayar yuran, dan penginapan pelajar program pra diploma juga percuma. Best kan? Tunggu tu baru sikit ada yang lagi best.
Sudah diberi pengajian percuma untuk 1 sem dapat pulak biasiswa tajaan universiti tersebut bukan one off ye setiap bulann kita dapat sepanjang dalam program pra diploma. Bagi aku program ni macam nyawa kedua aku.
Syarat untuk melayakkan diri untuk masuk diploma pula di nilai dengan assignment dan ujian akhir sem dengan pointer tidak kurang 2.00.
Ok dah habis aku kempen universiti tersebut akhirnya aku di terima masuk as pelajar diploma di universiti berkenaan.
Di sini aku mula hidup struggle tanpa apa2 pinjaman ye kawan2. Yang percuma cuma untuk pelajar pra diploma masuk diploma pandai2 cari duit sendiri untuk bayar yuran ada yang buat pinjaman ptptn ada yang biasiswa jpa.
Dan aku? Di sebabkan aku tidak mahu ada komitmen untuk jangka masa yang panjang jadi hidup aku totally bergantung dengan duit yang mak ayah aku bagi.
Ada masa yuran aku bayar sangat lambat ada masa aku minta penangguhan yuran sebab nak ambil masa supaya ibubapa aku dapat cari duit untuk bayar yuran pengajian aku.
Mak ayah aku fight dalam hidup mereka hanya untuk memastikan aku habis belajar. Tak cukup duit makan ikat perut ye kawan2.
Bagi aku pengorbanan ibubapa aku cukup berharga dalam hidup aku. Aku punya ibubapa yang sangat supportive. Itu yang paling aku bersyukur walau aku bukan anak orang kaya tapi aku punya ibubapa yang sangat menitik berat tentang pengajian aku.
Walaupun ibubapa aku tahu aku bukan pelajar pandai setiap sem masih lagi cukup2 makan saja result aku. Sehingga aku grad diploma. Itu pun mak ayah aku bangga aku genggam diploma.
Sekarang aku bergelar seorang guru tetapi bukanlah berjawatan tetap sekarang tiba masa aku untuk berbakti struggle dalam hidup aku sebagai anak melunaskan tanggungjawab mencari rezeki menanggung keluarga dibantu oleh seorang dalam adik beradik aku.
Itu nasib dalam kehidupan aku. Ada orang dia berjaya menjadi penjawat awam tapi dicemburui oleh orang sekeliling sehingga difitnah bermacam2 ayat.
Ada orang ada ibubapa yang senang anak kerja bagus tapi dikelilingi orang yang busuk hati. Ingatlah kawan-kawan hidup kita bukanlah tempat untuk berbuat dosa tetapi jadikan hidup kita ladang untuk membuat pahala.
Spread love no hate akhir kalam dari aku hiduplah apa adanya dan kita follow jalan hidup kita masing-masing.
Sekian…
Pecah kaca tengah malam,
Sudah baca jangan kecam.
– SQ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit