Pengalaman TTC

Assalamualaikum pembaca iiumc semua. Tertarik akak nak kongsi pengalaman TTC bila membaca luahan adik adik tentang keinginan untuk punya anak sendiri.

Akak dan suami memang berniat dari awal lagi untuk mempunyai anak anak yang ramai. Kami datang dari keluarga yang besar juga. Akak punya 9 adik beradik dan suami mempunyai 6 adik beradik. Meriah kan.

Jadi sebaik sahaja cukup simpanan duit kami kawin di usia yang muda.

Dengan harapan yang tersangatlah besar. Mohon doa kalau tahun pertama perkahwinan itu terus lekat baby dalam perut. Namun kita merancang , Allah sebaik baik perancang.

Tahun demi tahun yang diimpikan itu tidak berlaku. Setiap kali period pasti ada drama air mata.

Pada tahun kedua kami cuba ke klinik swasta atas saranan kawan. Kerana dia pernah dapatkan rawatan disana dan berjaya mengandung. Bila akak dapat temujanji hati berbunga gembira.

Tapi doktornya sinis tentang size badan akak. Waktu itu berat badan dalam 50 ++ kg. Dia bekalkan juga ubat kesuburan sepapan.

Usaha itu tidak berjaya. Lalu kami mencuba di klinik kesihatan pula. Doktor berkenaan sangat baik dia berikan surat rujukan untuk klinik pakar hospital selayang.

Dapat temujanji mereka akan check keadaan kita suami isteri. Alhamdulillah kedua kami sihat. Tiada apa masalah. Jadi dibekalkan ubat kesuburan lagi. Setiap kali tidak berjaya ubat kesuburan akan ditinggikan dosnya. Kesan sampingan bila period teramatlah sakitnya.

Hanya Allah yang tahu. Menangis itu tak usahlah cerita. Selautan agaknya kalau dikumpulkan. Kami berpindah negeri.

Jadi bertukar lah klinik pakar ke hospital yang lain. Di samping itu kami mencuba nasib mencari anak angkat. Rupanya bukan juga suatu yang mudah.

Masih segar diingatan ketika akak pergi ke sebuah rumah perlindungan yang disediakan untuk ibu ibu mengandung.

Di sini katanya boleh mendaftar untuk mengambil anak angkat. Ketika berjumpa dengan penjaga tersebut soalan pertama yang dia tanya adalah gaji kami suami isteri. Kalau tak ada gaji 4k seorang tak layak memohon.

Masuk kereta terus menangis. Waktu itu rasa payahnya nak dapatkan seorang anak. Sedih sangat. Sangat sangat down waktu itu.

Ada kawan yang sarankan pergi berurut di sekian sekian tempat. Akak cuba juga. Seperti biasa sambil diurut sambil disinis tentang badan yang besar.

Ketika ini berat sudah mencecah 60 kg. Salah satu kesan sampingan makan ubat subur. Jadi kuat selera makan. Tak berjaya juga usaha kali ini.

Ketika masih dalam rawatan di hospital. Suami akak ada bertanya tanya juga di tempat kerjanya. Kalau ada yang tahu tentang orang kampung yang sudi serahkan anak sebagai anak angkat.

Kebetulan ada seorang rakan sekerja suami akak yang nak ambil anak angkat di jkm. Tetapi biomum tersebut mohon suami isteri yang sudah berkahwin lama.

Dia tak mahu serahkan anak kepada orang yang single. Biomum setuju nak serahkan anaknya kepada kami.

Ya Allah gembira tak terkata tapi tetap ada rasa takutnya. Bagaimana kalau biomum berubah fikiran. Bulan berganti bulan penuh dinanti dengan debaran. Buat juga persiapan yang asas persediaan menyambut baby.

Sampailah cukup masanya saat anak yang dinanti di lahirkan. Kami di telifon pihak jkm untuk memgambil baby. Ketika di serahkan ke tangan rasa bagaikan bermimpi.

Ya Allah. Untuk pengetahuan pembaca kami suami isteri tak pernah berbincang tentang mengambil anak angkat kepada keluarga masing masing. Kami sepakat suami isteri sahaja.

Mestilah ada antara ahli keluarga yang sinis tentang anak yang kami ambil. Tapi apa nak dikisahkan yang nak membela dan membesarkan anak itu kami suami isteri. Bukannya orang lain yang hanya pandai bagi pandangan sahaja. Bahagia.

Segala kekosongan dipenuhi dengan senyum, ketawa dan tangisan anak hadiah Allah. Jadi kami tukar rawatan di hospital kepada rawatan nak induce susu. Lagi indahkan kalau bisa menyusukan anak sendiri. Hubungan kita dan anak lebih kuat.

Dalam kita bahagia tetaplah ada suara suara di belakang yang berbunyi. Anak angkat itu tetaplah anak angkat. Perlu ada anak sendiri darah daging sendiri.

Yang pedihnya suara itu keluar daripada keluarga sendiri. Sampai akak cakap kepada suamilah. Kalau rasa nak timang anak sendiri sila lah kawin yang lain. Lepaskan akak. Akak bahagia dengan anak yang satu ini. Dan redha kalau ini satu satunya anak kami.

Suami akak jenis yang tak hairan dengan kata sesiapapun. Dia buat bodoh sahaja. Tetap lah kami bertiga. Sampai hadirnya hadiah Allah yang kedua di dalam perut tanpa kami ketahuinya.

Sampai 4 bulan baru sedar. Period akak tak betul jadi tak boleh nak bajet. Pernah 4 bulan tak datang period tapi tak ada apa pun.

Melompat suami bila tunjukkan hasil ujian kehamilan. Rasa tak percaya beli lagi 2 ke 3 alat ujian kehamilan tersebut. Akak mengandung pada tahun ke 7 perkahwinan.

Selepas anak kedua umurnya 4 tahun kami mencuba lagi. Anak anak cepat membesar tak cukup rasa mengulit mereka. TTC setahun lebih jugalah. Sampai kata ah malasnya nak cuba biarlahkan kalau ada adalah rezekinya.

Dihadiahkan lagi Allah anak yang ketiga. Belum cukup setahun anak yang nombor tiga Allah berikan yang nombor 4 pula. Bila Allah nak memberikan Dia beri sahaja.

Dia tahu bila masa yang terbaik untuk kita kan. Sangka kita nak anak anak ketika usia masih muda kita kuat untuk menguruskan anak anak.

Tapi Dia beri anak anak kepada kita waktu usia kita ketika sudah matang. Supaya kita dalam keadaan bersedia mendidik anak anak dalam keadaan yang matang tenang.

Antara amalan yang akak lakukan ketika usaha nak punya zuriat adalah membaca yasin di setiap subuh. Dan doakan apa yang kita inginkan.

Ketika nak dapatkan anak ke 4 dan ke 5 akak minum air nabis. Air kosong rendamkan kurma semalaman. Esok paginya minum. Niat nak menghidupkan sunah nabi sebenarnya. Jadi subur pula.

Semoga bermanfaat perkongsian akak. Kalau masih dalam tempoh mencuba jangan terlalu menekan diri. Pengalaman akak bila stress memang tak ada apa yang berlaku.

Bila kita redha relax waktu itu Allah berikan rezeki yang kita tak terjangkakan pun. Jadi enjoye sahaja dalam tempoh penantian ini.

Buat apa yang adik adik suka berdua. Bila dah ada anak nanti tak menang tangan dibuatnya. Kita tak rindukan sangat waktu berdua. Sebab kita dah tunggu lama untuk merasai kehadiran anak anak dalam hidup kita kan.

Anak anak tak semestinya lahir dari rahim kita sendiri. Boleh jadi daripada rahim wanita yang lain. Asal sahaja kita berlapang dada pasti ada bahagia yang datang kepada kita.

Orang selalu kata tak sama anak orang dan anak sendiri. Yang bercakap tu pun tak ada pengalaman membela anak angkat. Jawapannya sama sahaja.

Anak anak. Hadiah Allah kepada kita. Amanah Nya tak ada rasa yang berbeza pun terhadap mereka. Semua anak anak kita.

Semoga semua yang sedang berTTC dipermudahkan urusannya. Dapat merasai menjadi ibu.

Bila dah sampai tahap beranak ramai begini segala kesakitan penantian selama beberapa tahun dahulu tak terasa langsung. Hilang tiapkali melihat senyuman mereka di hadapan kita sekarang.

– Mak anak lima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *