Assalamualaikum.. Aku tengok suami dan bapak2 jaman now terlalu mengikut hobi yang tengah trend. Tambah2 musim basikal sekarang ni.
Ada jugak hobi futsal, mancing, ps4, motor ysuku dan etc. Di tambah pulak dengan kemudahan moratorium sekarang, memang mudah la dorang ni buat hobi dorang.
Pada pendapat aku, boleh para suami dan bapak2 nak berhobi tapi jangan sampai jadikan hobi tu keutamaan.
Kalau anak2 dan besar sekolah asrama, banyak sangat masa terluang, nak berhobi apa pon buat lah. Tapi kasihan la anak2 kecil dan isteri yang struggle urus anak2 seorang diri.
Aku bagi contoh diri aku sendiri.. Aku seorang isteri dan ibu kepada 3 anak yang masih kecil. Aku juga bekerja 8 pagi -5 petang. Umur aku awal 30an.
Waktu kerja suami aku pulak tak menentu, kejap ofis hour, kejap on, kejap off kejap 24 jam. So kebanyakkan urusan rumah tangga dan anak2 memang aku yang uruskan.
Suami aku baik, bertanggungjawab, segala keperluan kami dipenuhi. Aku bersyukur. Tapi bagi aku sebagai parents tanggungjawab bukan takat wang ringgit dan barang keperluan.
Aku sebenarnya tak mampu nak galas tanggungjawab didik anak2 seorang diri. Aku rasa 24 jam sehari tak cukup untuk aku buat semua benda. Aku rasa aku tak mampu nak handle semua benda dalam satu masa.
Suami aku banyak sangat hobi nya. Ada hari kayuh basikal, ada hari futsal, ada hari main ps4 (main live dengan kawan2 pukul 11 malam keatas).
Dalam seminggu akan ada slot untuk hobi-hobi ni. Tu tak termasuk yang suami kene kerja malam atau weekend.. Waktu yang ada untuk anak2 dan isteri terlalu singkat.
Kadang-kadang weekend dapat keluar dengan suami pergi mall tapi rushing jugak sebab kejar time nak pergi ride dengan kawan2. Kadang2 balik kerja petang, malam ada futsal pulak..
Kadang bila malam tak kerja dan esok tak kerja, dia akan main ps4 live dengan kawan2 sampai 2 3 pagi dan esok nya bangun tengah hari.. tak ke membazir waktu..
Kalau bujang atau takda anak, tak ada siapa kisah.. tapi kasihan la anak2 yang masih kecil yang perlu perhatian daripada bapak nya.
Aku balik kerja pukul 5 petang, sampai rumah pukul 6.15 petang lepas ambil anak2 di taska. Sampai rumah terus bersilat masak untuk anak2, sambil basuh baju, suap anak2 makan, kemas la apa yang patut.
9.30 malam memang kene bawak anak2 masuk bilik. 10 malam selalunya anak2 dah tido. Aku sampai sekarang masih berfikir bila masa waktu malam aku boleh spend masa dengan anak2 aku.
Memang tak boleh sebab once aku jejak kaki ke rumah, memang terlalu banyak kerja rumah yang aku kene buat.
Bila aku tengah masak dan buat kerja rumah, anak2 aku main toys sendiri atau pon tengok youtube kat tv. Yang aku geram nya waktu maghrib pon nak tengok youtube.
Sbb apa anak aku jadi macam tu? Sebab takda orang spend masa dengan dia.
Tapi sekiranya suami aku tak pergi kayuh basikal atau futsal lepas maghrib mungkin dia boleh guna masa dia tu untuk spend masa dengan anak2.
Aku cuma berharap bapak anak2 aku tu, bila waktu yang dia tak bekerja sekuarang2 dia dapat solat mahgrib dengan anak sulung aku,
Dapat ajar iqra malam2, dapat baca buku sama2, dapat ajar anak aku pegang pensel untuk menulis. Sebab aku memang tak cukup masa.
Wahai bapak2 suami2 sekalian, ingatlah anak2 dan isteri tu amanah Allah. Walaupon isteri tu boleh berdikari tapi dia sebenarnya terbeban dengan mencari rezeki, urusan anak, rumah tangga.. Isteri tiada kawan tiada hobi.
Dan anak2 perlu didik dan disipline sejak kecil, perlu perhatian, perlu teman bermain, teman belajar.
Aku tidak dibesarkan dalam keluarga yang harmoni. Parents bercerai. Ayah di tempat lain, mak di tempat lain.. So aku tahu perasaan anak yang sunyi tanpa perhatian..
Jangan sampai bila anak2 dah besar, dia mengungkit apa yang parents dia buat pada dia.
Anak2 ni membesar sekejap je. Jangan kita hilang waktu2 penting dengan anak.
Terima Kasih…
– Seorang Mak Yang Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit