Ya Kamu Mampu!

Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk kongsi pengalaman dan pendapat mengenai riba dan muflis.

Sedikit perkongsian tentang diri saya. Saya muflis pada usia muda (25 tahun) bukan kerana hutang tetapi kerana kesilapan saya terlalu lantang bersuara hingga disaman berjuta2.

Sudut positif dari muflis mungkin Allah tak mahu saya berhutang.

Saya bukan orang kaya bukan juga orang berada tapi saya mampu ada tanah, rumah macam orang lain, ada kereta walaupun tak mewah. Semuanya letak atas nama isteri, hehe.

Islam hatta Rasulullah sendiri tidak menyuruh kita mengumpulkan harta, Baginda jika ada sebiji kurma di dalam rumah pun berasa sangat2 risau, cepat2 nak disedekahkan kepada yang lebih memerlukan.

Abdul Rahman bin Auf terkenal dengan kekayaan beliau tetapi beliau tak sedikit pun bangga dengan kekayaan malah sentiasa mencari jalan untuk menjadi miskin namun Allah telah menetapkan yang Abdul Rahman bin Auf tetap kaya.

Adakah tak boleh ada harta dalam islam?

Islam itu mudah bukan tak boleh kaya atau mengumpul harta tetapi cara mendapatkan harta tu perlulah betul bukan dengan jalan riba.

Orang2 Alim pun berharta ada macam2 kereta mewah tetapi harta tu tak mempengaruhi hati.

Maksudnya jika diletakkan emas dan sampah di hadapan mata maka pandangannya sama tiada apa2 nilai yang bernilai adalah amal dan kemana harta itu digunakan.

Baiklah seterusnya cuba buka minda tanya pada diri kita mampu ke kita memiliki rumah kalau tak meminjam? Jawapannya Ya kamu mampu!.

Bukti?? Dah berjuta2 manusia yang meminjam selama bertahun2 mampu bayar setiap bulan tanpa miss hingga akhirnya memiliki rumah sendiri. Tapi sedar tak kamu bayar tu 2 kali ganda dari harga asal?

Kalau kamu menyimpan sendiri, disiplinkan diri selama bertahun2 dan bersabar dengan apa yang ada maka kamu akan dapat beli rumah dengan penjimatan 50%.

Saya tak boleh simpan sebab saya tak berdisiplin kalau dengan bank, bank akan paksa saya bayar.

Its all about your mindset and your dicipline. Bukan ke bayar bulan2 di bank tu 1 bentuk disiplin? Jadi sebenarnya kamu mampu untuk disiplinkan diri kamu! Ya kamu mampu!

Tak nak beli cash rumah nanti LHDN akan siasat harta saya. Bayar cukai, jangan ambil dari sumber yang haram mcm rasuah dan sebagainya maka kamu selamat. Ya kamu mampu selamat dari LHDN.

Kamu tak mampu tahan nafsu nak kereta baru nak rumah dengan kadar segera nak bergaya itulah sebenarnya yang menyebabkan kamu meminjam sebab nafsu ingin memiliki tak mampu nak tahan?

Jawapannya, Ya kamu mampu tahan nafsu kamu.

Fikirkan.. kamu bayar bulan2 selama bertahun2 tu maknanya kamu dah tahan nafsu berbelanja dan sabar bertahun2 hingga bayaran habis.

Dalam pada masa tu kamu ikat perut, bersusah payah buat kerja untuk bayar hutang. Ya kamu sebenarnya mampu tahan nafsu berbelanja kamu!

Kamu lebih hebat dari apa yang kamu bayangkan dan kamu mampu cuma kamu mencari alasan tanpa berfikir panjang. Ok cukup ceramah motivasi hehe ni kisah hidup saya yang muflis pula.

Saya muflis selepas 5 bulan saya berkahwin, Allah menguji perkahwinan saya, Allah menguji saya kerana angkuhnya saya ketika berharta.

Jujur saya katakan habis semua harta yang saya kumpul lesap macam tu je. Saya positifkan minda, saya kumpul duit beli kereta secondhand RM2k letak atas nama isteri.

Saya kerja kedai makan dengan gaji RM1800. Buat sikit pendapatan sampingan letak dadih di kedai2 mampu menjana RM800 sebulan.

Jadi setiap bulan saya dapat RM2600. Tolak sewa rumah RM350, api dan air RM50, makan hari2 masak gilir2 dengan isteri RM400 sebulan.

Minyak kereta dan motor RM200 sebulan. Total perbelanjaan rm 1k sebulan. Saya ada baki RM1600. RM400 bagi nafkah isteri RM200 mak ayah saya dan selebihnya saya simpan.

Isteri pula dengan wang nafkah tu dia mulakan perniagaan sendiri dari rumah jadi agent dan dropship. Akhirnya sekarang dah jadi master stokis.

Selepas muflis saya tukar gaya hidup, duduk rumah kg, tak pergi bercuti, banyak menyimpan dan tekan semua nafsu saya.

10 tahun saya menyimpan saya dapat beli sebidang tanah, simpan lagi 5 tahun saya dirikan rumah.

Kereta saya sejak saya muflis masih saya pakai sampai hari ni tak tukar kereta baru cuma saya baiki dan cat luaran. Hidup saya selepas muflis sangat2 tenang tanpa komitmen hutang.

Sekarang (umur dah 43) saya mampu menyimpan dan hidup sama seperti orang lain ada harta tetapi tanpa hutang, permulaan memang amat2 perit tetapi ianya berbaloi dengan ketenangan hati yang kita dapat.

Saya mampu lakukan anda juga mampu!! Cuma ubah gaya hidup, ubah mindset dan hidup kamu akan berubah. InsyaaAllah. Ya kamu mampu!

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *