Sumpahan Ibu

Assalamualaikum. Andai confessions ini disiarkan, moga netizen berikan komen yang membantu aku. Semoga semua netizen dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Aku seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun. Ini kisah hidup aku. Aku mempunyai 5 orang adik beradik. Aku sudah pun menamatkan ujazah. Sedang bekerja dan mencari erti hidup.

Adik beradik yang lain sekadar SPM, PMR atau belajar tidak habis. Aku bukan anak sulong atau anak bongsu.

Ini pula latar belakang ibu bapa aku. Ibu aku seorang wanita warak. Penampilan dia sangat menutup aurat. Ibu tidak pernah tinggal solat dhuha dan tahajud.

Setiap hari ibu mengaji Al–Qur’an. Sekali pandang ramai mengimpikan emak seperti ibu aku. Ayah aku pula seorang lelaki biasa. Tidak tahu bab agama. Sekadar biasa2. Tetapi ayah seorang yang humble dan rendah diri.

Ini pula kisah sebenar kehidupan aku. Ayah mula berubah 20 tahun lalu. Ayah sibuk dengan kerja. Jarang di rumah. Demi mencukupkan ekonomi keluarga ayah kerja lebih masa.

Sehingga ayah benar2 sibuk. Ayah selalu outstation. Dan akhirnya terbongkar ayah sudah berkahwin lain selama 6 tahun.

Alasan ayah? Kerana tidak tahan dengan sikap ibu. Kerana ibu tidak menjaga keperluan ayah. Emosi, harta benda, penghormatan, penghargaan semua ibu tidak ambil peduli kerana sibuk menguruskan 5 orang anak.

Kemudian, ibu fail Kan fasakh kerana tidak mahu hidup bermadu. Setelah itu, kehidupan ibu dan 5 orang anak benar2 terjejas.

Ibu failkan fasakh tanpa berfikir panjang. Keputusan mahkamah dan hak penjagaan anak memihak kepada ibu. Semenjak itu, ayah semakin culas memberikan nafkah anak.

Ya, masalah demi masalah timbul. Ibu baru mahu mula bekerja. Ditambah pula ragam anak2. Masalah kewangan mula memghimpit ibu. Ibu juga mempunyai masalah kesihatan yang tidak kronik lagi ketika ini.

Hari berlalu, ibu semakin berubah. Ibu bertukar menjadi bengis, pemarah dan panas baran. Ego ibu sentiasa dihadapan.

Semua anak tidak dibenarkan membuat hatta satu kesalahan. Ibu tidak mahu lagi mendengar tangisan anak walau apa jua alasan. Ibu tidak mahu lagi melihat anak2 brgaduh.

Semua itu dilarang. Ibu sudah tidak memeluk anak2. Ibu juga tidak pernah mngungkap kata2 sayang atau kata2 motivasi.

Kesan kepada anak2? Anak2 membesar dengan ketakutan. Membesar dengan rasa benci kepada ibu dan ayah.

Ketika kanak2 lain bermain di taman permainan, kanak2 ini terkurung di dalam rumah. Takut untuk keluar bermain. Takut meminta izin. Takut hendak bercakap. Takut akan ibu. Takut dimarahi. Takut dipukul.

Maka bermula episod hitam. Adik beradik ku yang lelaki mula ponteng sekolah, melawan cikgu, bertumbuk, pecah masuk rumah orang, dan lain2.

Yang perempuan?.Bergaul bebas, ponteng sekolah dan lain2. Ya, berlaku kepada ahli keluarga aku.

Ya ibu sudah berubah. Mulutnya penuh kata2 cemuhan dan makian. Hari demi hari sama sahaja. Dan semua anak sudah meningkat dewasa.

Ya, mulut ibu masih sama. Setiap hari ada sumpahan baru. Ada makian baru. Ada carutan baru. Ibu berwatakan narsistik dan egoistik.

Ayah? Dia ada. Tetapi begitulah sikap bersahaja.

Ayah? Ayah seorang play victim tetapi ayah bukan manusia mencarut atau maki hamun. Ayah culas bab nafkah. Dijanjikan RM100 untuk setiap anak. Tetapi diberi hanya RM50 atau separuh. Begitulah kitaran.

Tetapi syukur, ibu mendapat bantuan pelbagai pihak untuk hidup dan membesarkan anak2. Cuma tidak tahu dimana silap. Wang sering menjadi isu.

Anak2 seperti patung boneka. Dipukul, dimaki hamun, diherdik, dihina dan disumpah seranah. Semua berlaku ketika kecil.. Selepas dewasa, emosi anak2 dicalarkan dengan kata2 makian.

Sepanjang PKP ibarat episod duka buat anak2. Seperti menelan kaca, peritnya untuk hadam segala kata2 ibu.

B*bi, b*doh, an*ing, anak tak g*na, anak h*ram, anak pembawa si*l dan lain2. Selain kata2 itu, ibu juga akan berkata,

“Menyesal lahirkan manusia seperti kamu”

“Aku tidak halaIkan air susu ibu”

“Aku sepatutnya gugurkan kamu”

“May you die due to hit by lorry”

Dan lain2 cukup pembaca faham perasaan saya.

Dibawah ini ialah soalan2 yang diberikan kepada saya untuk memberi solusi kepada sikap ibu ini.

Ada yang berkata, “kenapa tidak pindah jauh, jangan stay sekali”

Jawapan saya : Ibu mempunyai masalah kesihatan kronik sekarang ini tetapi mulut Ibu masih boleh berkata2. Oleh itu amatlah sukar untku anak tinggalkan ibu bersendirian.

Ada yang berkata, “berikan ibu nasihat dan dengarkan ibu ceramah agama”

Jawapan saya : Ibu sering mendengar ceramah agama dan saya tidak tahu mngapa ibu masih bersikap begini.

Ada yang berkata, “nasihatkan ibu secara halus iaitu post moment mngenai dosa2 ibu mnyumpah anak atau apa2 yang brkaitan”

Jawapan saya : Ya… sudah dilakukan. Hasil nya? Hubungan ibu dan anak yang “post” moment2 itu akan menjadi semakin keruh. Segala keburukan atau kekurangan anak itu akan mnjadi zikir sepanjang masa. Ibu akan menafikan sekeras2 nya moment2 anak itu.

Ada juga yang berkata, “berikan ibu perkara yang Ibu sukai, nescaya ibu berubah ”

Jawapan saya : Ibu sukakan Wang. Anak2 berikan wang, walau kadang tidak banyak tetapi tidak putus. Tetapi akhirnya ibu tetap mngeluarkan kata2 buruk untuk didengari.

Jadi harus dilakukan bagaimana lagi ?

Kesan? Ya memberi kesan hebat kepada aku dan adik beradik aku. Kata2 makian dan carutan makanan setiap hari. Ya sesama sendiri juga sering begitu. Bulan puasa? Sama sahaja.

Bagi adik beradik perempuan, untuk melangkah ke alam perkahwinan ialah perkara yang sangat mustahil. Takut menjadi ibu seperti IBU, takut anak2 melalui nasib seperti ANAK2 ini, takut brsuamikan LELAKI seperti ayah.

Sebagai perempuan, semenjak dewasa saya mula memahami sikap ibu. Saya tidak tahu nasib saya jika berada ditempat ibu. Saya cuma tidak faham mngapa ibu suka marah2 dan maki hamun? Tetapi Ibu warak.

Saya bukan lagi kanak2 yang hanya menerima setiap makian ibu. Tetapi mental dan emosi saya dan adik beradik sangat kukuh dan kuat.

Doakan ibu saya berubah wahai netizen. Doakan saya mndapat ibu yang penyayang dan berkata2 baik. Saya dan adik beradik takut sumpahan ibu menjadi nyata.

– Yuna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *