Jom Ubah Trend Pakaian Sekarang

Hi readers. Namaku Cempaka, bukan nama sebenar. Aku nak luahkan rasa tak suka bercuti ke pantai atau pulau dan trend pakaian terkini.

Biasa kita lihat, syarikat-syarikat, kawan-kawan dan keluarga suka buat percutian ke pantai atau pulau. Konon masa untuk spend time together as family. Kalau syarikat, kadang-kadang buat percutian sebagai reward kepada staff.

Yang aku tak suka tu adalah cara berpakaian. Biasanya yang wanita ni bila bercuti ke pantai, pakai baju dan seluar renang (yang ketat dan ikut shape badan).

Tudung pon kadang-kadang pakai style macam topi atau turban (Nampak leher). Atau lagi teruk, kadang-kadang tudung terbang.

Dari elok bertudung, tiba-tiba bila aktiviti pantai, tudung pon terbang. Sebab konon susah nak buat aktiviti pantai bertudung.

Masa bercuti tu kan ada laki perempuan bercampur. Dengan orang lain kat pantai tu lagi. Habis semua tertengok aurat kau. Dah bertambah dosa dia orang.

Tak pasal-pasal dari nak tenangkan fikiran bawa anak mandi manda, dah bertambah dosa pula. Kau yang sendiri pilih untuk tak jaga aurat kau, tak apa lah sebab kau yang pilih macam tu. Tapi kasihan aku tengok orang lain.

Bab seluar. Lelaki pon sekarang gemar berseluar ketat, ikot shape. Ada yang pakai seluar pendek, atas lutut, Nampak aurat. Pakai seluar bawah pusat dan tak berbaju pon,

Nampak aurat. Perempuan pula sekarang ni selain berseluar ketat/legging ikot shape, ada trend seluar senteng bawah lutut. Kadang-kadang masih bertudung tapi berseluar macam tu. Tak faham aku. Tutup atas, buka bawah.

Baju pula. Kadang-kadang perempuan masa pergi pantai, pilih untuk berbaju loose dan nipis. Kadang kala nipis (trend) macam baju Korean, nipis tahap Nampak bra. Nampak aurat kita ye wahai wanita sekalian. Kenapa perlu ikot trend bukan-bukan.

Bila aku ke pantai, aku cuba pakai baju dan seluar yang labuh ikot syariat. Baju lengan Panjang, seluar Panjang siap berstokin.

Tapi biasa nanti ada orang tanya – tak panas ke? Kenapa kau pakai stoking? Kenapa kau tak beli seluar berenang, kan susah nak berenang pakai seluar besar tu? Kenapa kau macam ustazah kat pantai yang panas ni?

Bila kita menjaga aurat, kini kita yang Nampak macam pelik. Aku sedih sebab yang bertanya tu pon Islam, seolah tidak tahu hukum hakam agama.

Aku bukan baik sangat, tapi bila aku menjaga aurat dan orang lain Nampak lebih trendy dan berpakaian Nampak ‘kena’ dengan tempat, aku rasa macam aku ‘out of place’.

Sebab trend sekarang memang berpakaian macam pakaian mereka, trendy, chic dan comel.

Kat sini, aku harap sangat, kita semua lebih cakna mengenai hukum hakam agama, aurat dan adab. Sebab aku takut iman aku tak kuat.

Dan akibat ‘peer pressure and wanting to stay in trend’, aku terjebak sama. Untuk masa sekarang, aku pilih untuk elak aktiviti pantai dan pulau.

Tapi orang sekeliling aku suka bercuti tempat macam ni. Taknak ikut, aku tak nak suami dan anak aku tengok aurat wanita lain. Jadi aku pilih untuk ikut.

Untuk bercuti, aku gemar untuk bercuti ke tempat-tempat yang aku tahu orang berpakaian sopan dan menutup aurat, so aku tak nampak macam out of place.

Macam universiti dulu, aku pilih UIA atas sebab ini. Sebab aku rasa selesa berpakaian menutup aurat sempurna.

Orang tak judge aku ‘out of place’ kat sana sebab semua menjaga aurat. Aku Nampak normal kat sana dan sangat selesa. Tapi bila keluar dari UIA, cabaran bermula kembali.

Kawan-kawan yang dihormati, tolong saya. Tolong kita, tolong jaga agama kita. Jangan kita ikut trend sangat sampai membuatkan kawan kita tergerak hati untuk berubah dan mendedahkan aurat.

Saya paling takut saya tak tahan tengok trend sekarang, saya pon terjebak berpakaian sebegitu. Atas sebab nak in trend. Sebab saya akui saya bukan insan yang kuat.

Saya tak cukup kuat walau saya cuba jadi kuat. Saya perlu orang sekeliling saya untuk jaga aurat kita Bersama. Tolonglah. Jom pakai pakaian patuh Syariah sampai jadi trend dan ikutan semua. Boleh kita kongsi pahala.

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *