Bahagia Berterusan

Salam Sejahtera semua. Harap semuanya sihat wal afiat bersama orang yang tersayang.

Bersyukur setiap nafas yang dikurniakan pada kita adalah hadiah Allah peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik.

SUSTAINABLE HAPPINESS SOLUTION

4 Langkah untuk Bahagia yang Berterusan

1. Memiliki ‘happy’ List.

Tuliskan semua yang membuatkan kita bahagia, termasuk orang, tempat, alam semula jadi, haiwan, pencapaian, kerja, dan aktiviti fizikal.

Tulis dengan senang hati, menerima dan menghargai seadanya diri sendiri ‘self Love’.

2. Sediakan list kebahagiaan dalam jangka masa seminggu.

Luahkan semua, apa yang buat kita rasa?

Bagaimana ia memberi kesan pada diri, orang disekeliling kita, dan pada suasana harmoni disekeliling kita.

Ia membantu untuk mengenalpasti apa peluang untuk memperbaik dalam kehidupan seharian.

3. Praktis meditation/ tafakur untuk Mmningkatkan kepuasan dalam kehidupan seharian ambil masa 3-10 minit untuk melakukannya pada permulaannya.

Tutup mata, kosongkan fikiran, fokuskan pada pernafasan. Tumpukan perhatian pada penafasan yang betul.

Teknik Bernafas yang diajar oleh Prof. Muhaya,

Deep Breath

Tarik nafas 4 saat dengan perut dalam keadaan buncit, tahan 7 saat dan hembus 8 saat (keadaan perut kempis).

Ia membantu minda meningkatkan keupayaan untuk berterima kasih dan menghargai pengalaman yang pernah berlaku dalam hidup kita pada ketika itu.

Keadaan ini membantu meningkatkan fokus dan ketajaman berfikir dalam seharian.

Apabila telah me ‘rasa’ lebih baik, barulah tambah masa yang sebanyak mana yang perlu digunakan.

4. Memaafkan dan meminta maaf.

Maafkan sesiapa sahaja yang pernah buat kita rasa ‘sakit’ feel tu terasa dalam hati khususnya ibubapa, dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.

Kata Dr. Ustazah Norhafizah Musa,

Antara sebab kenapa doa kita belum dimakbulkan sebab kita tidak memaafkan dan tidak meminta maaf setelah menyakiti orang disekeliling kita.

Jadi cepat-cepat buat jika rasa hati dah lain.

Jika tak mampu, hadirkan rasakan kesakitan yang kita pernah lalui, bayangkan dan cari kebaikan orang itu dan besarkan ‘FRAME’ kebaikannya.

Luahkan pada diri sendiri, saya dah maafkan ? kerana dia ada kebaikan (sebut kebaikan orang) itu. Yang penting datangkan penyesalan itu, dan berazam untuk jadi lebih baik.

Kenapa kerja kita serba tak kena? Tak jadi?

Solutionnya, selesaikan urusan kita dengan insan lain, Allah akan mudahkan urusan kita.

Siapa pernah melalui kesukaran kerana KITA?

Hutang duit boleh bayar. Hutang puasa boleh ganti. Hutang solat boleh qada’. Hutang zakat terleka boleh langsaikan.

Tapi bagaimana Hutang perasaan ’emosi’ insan lain yang sakit kerana kita ?

Percayalah. Bila kita selesaikan apa yang belum selesai dengan insan lain, automatik kebahagiaan akan datang dalam hidup kita.

Belajarlah menerima apa yang Allah takdirkan dalam hidup kita.

Apabila kita mula menyesal dan berazam dengan taubat, Allah akan bukakan jalan yang tak disangka-sangka. Seluruh manusia kata tiada jalan, dengan Allah pasti ada jalan penyelesaian.

Cari makna kehidupan. Berhenti mengeluh. Berhenti berkata hal orang. Allah tak suka. Kerana semua makhluk itu baik, cuma lupa jadi baik, atau tak tahu cara jadi baik.

Kita akan kembali kepada Allah. Cuma kita memilih tabiat hidup bagaimana kita akan pulang?

Ingat takdir kita, rezeki sepanjang kita hidup telah ditetapkan Allah sebelum Nabi Adam as. dan sebelum langit dan bumi diciptakan. Seandainya rezeki kita telah tiada, kita akan dimatikan.

Bertaubatlah atas kesilapan kita, mengaku dan mengemis belas kasihan pada Allah, Allah akan membahagiakan kita. Rezeki tu indah dan akan mendatangi hati yang indah.

Tuan Fahdi Ghazali kata,

“Buat apa Allah suka, Allah bagi apa yang kita suka”.

Mari sama-sama jadi baik.

Biiznillah.

– Atie Rafie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *