Assalamualaikum. Selepas membaca confessions Puan Aisyu iaitu “Saya Sangka Saya Redha Berpoligami”, terdetik hati untuk saya membalas confession berkenaan.
Boleh baca confession berkenaan di sini,
Untuk part I, (https://iiumc.com/saya-sangka-saya-redha-berpoligami/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/saya-sangka-saya-redha-berpoligami-ii/).
Puan, pertama sekali saya adalah seorang perempuan dari keluarga yang mengamalkan poligami.
Ayah saya berpoligami dengan wanita jauh lebih muda dari dia. Tetapi gagal dari segi nafkah terhadap mak dan adik beradik saya. Alhamdullilah ayah dan isteri muda nya tiada anak, cuma anak tiri.
Ini pendapat saya dari sudut pandang keluarga saya. Saya berharap ada pendapat saya yang puan boleh ikuti atau fahami..
Puan wanita berkerja ada kereta dan kerja kan? So why not sekarang la masa untuk puan ubah rutin hidup puan. Ubah diri puan untuk bangkit dari semua luka2.
Puan jangan bazirkan air mata dan masa untuk lelaki yang sedang mabuk cinta. Sebab orang yang sedang mabuk cinta ni dia tak nampak dah apa2. Dia nampak cinta dia ja.
Bagaimana untuk berubah?
1) Puan cakap kat diri puan sudah tiba masa untuk diri puan bahagia. Mulakan buat aktiviti yang belum pernah puan cuba.
2) Gaya penampilan.
Puan spend sikit duit gaji setiap bulan untuk membeli pakaian. Puan ubah diri puan. Dari tudung sehingga ke kasut. Takpa. Perlahan2 ubah. Don’t rush and take time.
Why not sekarang lah puan beli pakaian, tudung2, beg2 tangan. Tak berjenama pun takpa. Kalau mampu why not?Yang penting cantik dan selesa pada mata puan.
Contoh : Bulan ogos beli set blouse. Bulan September beli set tudung neelofa. Dan seterusnya. Tetapi kalau puan mampu, beli je sekali gus. Sama jugak untuk anak2 puan yang dua orang tu. Sekali sekala belikan diorang baju untuk ootd. Then puan selfie la bersama anak2.
Mula2 agak janggal dan tak selesa tetapi percayalah lama2 puan akan happy sngt tengok telatah anak2 dalam gallery phone puan. Dan sesekali puan update lah gambar puan dan anak2 dalam media sosial puan..
(Ini sangat bagus untuk anak2 juga, biarkan suami sibuk dengan yuna. Tetapi puan isi lah masa ini dengan anak2. Anak2 lah harta tidak ternilai).
3) Ubah me time puan.
Adakah puan suka me time berseorangan sambil menulis atau minum Kopi? Then why not change it.
Minum coffee Starbuck sambil main phone dan nikmati kek nya sekali. Ataupun puan bawa anak2 Mandi di Sunway lagoon.
Kalau puan suka, bawalah anak ke perpustakaan dan bacalah buku bersama2. Mungkin juga bila tiba hari gaji, puan boleh melawat mak ayah di kampung dan belanja mereka makan bersama2. Setiap detik sangat bermakna. Puan ada banyak masa bersama anak2 dan keluarga puan.
Mungkin juga “me time” puan lebih kepada suka berseorangan? Puan boleh cuba shopping online beberapa barangan untuk dijadikan koleksi. Puan boleh layari shoppe, Lazada atau zalora.
Tetapi jika puan berseorangan dan sering menangis mengenangkan suami maka puan wajib tukar aktiviti “me time” puan.
4) Motherhood.
Ok kat sini, puan perlu bina “bonding” dengan anak2. Bagaimana? Jika anak2 puan masih kecil puan boleh layari Facebook dan join group anak2, ibu2 untuk didik anak.
Jika anak2 sudah ke sekolah, puan boleh buil bonding dengan brsama2 mereka dalam kehidupan seharian.
Maybe puan boleh : Tidur bersama, shopping bersama. Makan malam diluar bersama, tengok kartun brsama, main badminton brsama, masak bersama2.
Tetapi jika puan rasa beban untuk membuat hal2 seperti ini, tidak mengapa. Puan boleh kekal dengan rutin puan dengan syarat puan tidak perlu bersedih dan mengenangkan suami puan.
5) Bina hobi baru.
Ya. Puan perlu untuk bina hobi baru. Sama ada libatkan anak2 atau puan sahaja.
Contoh : Berkebun kecilan, bisnes online, join agent atau dropship, berbasikal, hiking, food hunter. Ini ialah contoh aktiviti yang puan boleh cuba.
Ada banyak lagi tetapi saya senaraikan ini dahulu.. Kalau puan berduit, puan boleh cuba hobi Mahal seperti shopping barang2 berjenama, bela kucing mahal, melawat negeri atau negara orang, berjalan dan bercuti brsama anak2.
6) Eratkan yang jauh dan dekatkan yang dekat.
Maksud saya, puan like and give happy comments kepada kwn2 jauh di laman sosial. Mereka post kehidupan mereka? Puan like dan doakan kebahagiaan kepada mereka.
Untuk saudara yang dekat pula, bila kali terakhir puan bersua muka?
Jadinya apa kata puan mulakan langkah melawat merena, belanja makan, hiburkan hati mereka. Tetapi awas, untuk kawan2 atau saudara toksik kepada puan (Mohon puan hindarkan).
7) Rebuil your environment.
Puan lihat rumah puan. Lihat kereta puan. Lihat anak2 puan.lihat sekeliling puan..
A) Puan harus bersyukur Masih punyai anak2 yang comel brbanding mereka yang tidak punya anak..
B) Alhamdullilah puan ada rumah dan kereta. Ada ramai lagi wanita berusia 30 an yang tidak punyai kereta dan rumah.
C) Alhamdullilah puan masih bernafas.
Jadi? Puan ubah semula persekitaran puan. Rumah puan, terpulang sama ada puan mahu deco semula atau tidak tetapi seeloknya beri nafas baru. New decoration.
Bilik tidur puan bila Kali terakhir puan cantikkan? Bila Kali terakhir puan tukar langsir dan cadar?
Bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, bilik air, bilik anak, dapur. Ya puan deco semula. Tidak perlu bermewah. Asalkan ubah kepada baru dan sedap mata memandang.
Puan join group deco rumah di Facebook. Ada bnyk lah group2 untuk deco di Facebook. Puan selalu sibuk kerja dan tidak punya masa?
Jadinya sekarang lah puan set semula segala2 nya. Puan mahu diri puan hidup terus bersedih teringat yuna dan suami puan atau bina diri puan yang baru?
Tak perlu untuk ubah everything dalam satu hari. Puan ambil masa puan, step by step. Kalau puan sayang untuk ubah, puan perlu fikir kebahagiaan diri puan dan anak2. Anak2 perlukan puan. Sebagai ibu puan pelu mentally strong ok.
8) Kewangan.
Ok sekarang puan tengok kewangan puan. Adakah tanpa suami puan boleh hidup? Atau puan yakin bisnes suami mampu gantikan kehadiran suami?
Dan sekarang juga puan teliti semula. Puan asingkan semula setiap wang untuk perkara yang perlu dan utama. Dan jika ada wang lebih laburkan untuk diri puan.
Kemudian mulakan saving jika belum ada. Saving dlm Tabung Haji atau ASB. Jika puan mampu puan beli barang kemas untuk koleksi puan. (Just imagine sekarang puan yang baru bukan dahulu). So puan lihat cermin dan tngok diri puan yang baru. You should proud to yourself.
9) POSITIF :
Sekarang puan perlu fikir kebahagiaan puan dan anak2. Puan Masih ada keluarga dikampung Kan? So why not spend time and money untuk mereka. Bersyukur puan diberi waktu untuk berbakti semula kepada keluarga.
Jika puan lahir dari broken family, puan luangkan masa menyertai program2 kebajikan atau join usrah brtauliah mana2 NGO.
Sibukkan diri puan dengan dekatkan diri kepada tuhan dan keluarga puan sekarang. Ok saya bayangkan puan yang baru, yang berubah demi anak2 dan kebahagiaan sendiri.
Dan lama kelamaan kehadiran suami tidak penting lagi kerana yang paling utama bagi puan adalah anak2.
Dan ketika puan berubah trust me, suami puan akan kembali kepada puan. Mungkin lebih dekat dari mula2 dahulu. Jadi puan perlu fikir dengan waras apa keputusan puan.
Puan saja yang tahu. Sama ada puan terima semula suami yang pernah sisihkan puan dan khianati janji atau puan failkan fasakh. Tapi terpulang. Puan lebih kenal diri dan anak2 puan. Tapi puan perlu ingat puan juga perlu bahagia.
Anak2 juga perlukan kasih sayang seorang ayah. Tambah2 jika anak2 puan lelaki. Anak2 lelaki ni puan sudut pandang mereka berubah jika melihat ayah mereka tidak berlaku adil kepada ibu mereka. Anak2 lelaki cepat memahami ketidakadilan yang berlaku. Cuma cepat atau lambat sahaja.
10) NEGATIF :
Jika puan kekal bersedih, tak lalu makan, meraung, marahkan anak2, kenang nasib puan, teringat perut yuna, teringat khianat suami puan.. semua ini akan makan diri puan semula.
Puan akan bertambah tua sebelum umur, nampak murung, bersedih, tidak baik untuk anak2 puan untuk membesar. Percayalah kata2 saya puan.
Dan anak2 akan membesar dengan berdendam kepada puan kerana puan melepaskan amarah kepada mereka.
11) Cari Tuhan.
Ya puan perlu tenang. Mulakan pagi puan dengan solat tahajud, hajat, taubat, 2 rakaat sebelum subuh. Kemudian solat subuh dan bacalah maathsurad seketika.
Jika puan tidak begitu mahir, puan carilah ustazah dan bergurulah. Isilah masa puan dengan Tuhan. Puan perlu tenang untuk diri puan juga ya.
I’m hug you. Dan ketika Malam, jika puan mahu menangis puan bangun lah solat malam dan menangis la sepuas2 nyaa.
Di akhir kalam saya sangat berharap saya dapat sebuah mesin masa. Saya mahu kembali kepada zaman ketika mak saya menangis dan meratap ayah saya kahwin lain senyap2.
Saya berharap saya mampu beri semua nasihat2 ini kepada mak saya. Mak saya meratap dan menderita.
Mak saya terlalu memcintai ayah saya. Dia tidak menyangka ayah saya yang naif boleh kahwin lain..
Cerita Kita sama puan. Kini mak saya sudah tua dan mempunyai macam2 penyakit. Begitu juga ayah saya. Kini saya nampak isteri muda ayah saya hanya perlukan dia ketika dia sihat sahaja. Ayah saya kahwin lain dan tidak mampu berlaku adil.
Saya sangat berharap agar puan tidak menjadi seperti mak saya. Saya doakan puan dan anak2 bahagia. Carilah bahagia untuk diri puan. Jangan jadi seperti mak saya.
– Raudhah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit