Jiwa Yang Hancur

Assalamualaikum. Ini kisah hidup aku. Maybe cerita pasal pelamin musnah ni dah banyak kali orang cerita. Tapi aku rase ni je tempat yang aku boleh luahkan.

Kini sudah setahun berlalu. Hancurnya hati aku sebagai wanita yang mengimpikan alam perkahwinan.

Aku seorang wanita yang bekerjaya di awal 30 an. Boleh di katakan mempunyai pangkat yang tinggi di tempat kerja. Seorang yang tegas tapi manja dengan orang yang dikenali.

Aku boleh dikatakan workaholic jadi susah untuk aku mempunyai hubungan yang serius dengan seorang lelaki.

Ceritanya aku mengenali seorang lelaki (aku namakan B) yang mempunyai jawatan yang hampir sama dengan aku.

Pada mulanya B acuh dan tak acuh dengan aku. Namun setelah aku kembali dari menunaikan umrah pada tahun 2018, B menyatakan hasrat untuk meminang aku. Aku bersetuju memikirkan mungkin termakbul doa aku di Mekah untuk bertemu jodoh.

Alhamdulillah. Hati aku pada waktu itu sangat gembira. Akhirnya aku mempunyai seseorang untuk dijadikan tempat mengadu, berharap dan hidup bersama.

Dalam pada masa yang sama, sebulan selepas aku bertunang aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di IPTA. Kerja sambil belajar. B di Melaka. Aku di KL.

Pada mulanya,dia seorang yang supportive, seorang yang aku rasa bertuah sangat dapat mengenali dan menerima aku. Dia juga sering berjanji tidak akan meninggalkan aku, dan rasa bertuah dapat mengenali aku. Kami menetapkan untuk berkahwin pada hari keempat raya tahun lepas.

Namun, aku agak busy untuk mengagihkan masa untuk study, kerja dan juga masa untuk berjumpa dengan nya. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk beri kan masa untuk dia jika aku mempunyai hari cuti, kami akan berjumpa.

Kebanyakan masa aku dihabiskan untuk Study group kerana aku perlu mengambil peperiksaan besar kerana kebetulan pula tarikh peperiksaan aku jatuh pada bulan May iaitu sebulan sebelum perkahwinan aku.

Aku membuat persiapan perkahwinan sikit demi sedikit sambil belajar dan kerja dan selebihnya aku pikir aku akan uruskan selepas aku habis peperiksaan.

Aku terlalu fokus dengan aim aku untuk berjaya dan lulus dalam peperiksaan agar aku dapat memulakan hidup perkahwinan dengan tenang tanpa perlu memikirkan untuk repeat semester.

Kadang2 kami banyak bergaduh kerana kurang komunikasi. Tapi hanya benda2 kecil sahaja. Aku cuba buat B paham keadaan aku. Walaupun berjauhan, hati aku hanya untuk dia.

Dan apa yang aku buat supaya aku dapat berbahagia dengannya tanpa perlu repeat semester. Dua bulan sebelum berkahwin aku dah semakin busy dengan Study group jadi kami sudah jarang berjumpa.

Akhirnya pada bulan Mei aku menjalani peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang. Aku sungguh gembira akhirnya aku dapat memberi perhatian untuk persiapan perkahwinan aku. Sibuk untuk fitting baju sana sini.

Namun, aku dapat rasakan perangai dia seakan berubah, semakin dingin dengan aku. Banyak mediamkan diri.

Pada mulanya aku fikir dia hanya penat banyak yang dipikirkan untuk persiapan perkahwinan.

Apabila aku ajak dia untuk pergi fitting baju bersama. Dia beri alasan mengatakan adik beradik nya balik kampung. Tidak dapat datang. Jadi aku pergi fitting ditemani kawan pengapit aku.

Ketika tengah fitting baju persandingan yang di tempah khas untuk aku, tetiba aku mendapat text melalui WhatsApp dari B . “Maaf, saya tidak boleh tidak boleh terima awak”.

Aku terkejut, dan terus pucat lesi. Keluar dari bridal house dan cuba menghubungi dia.

Tarikh perkahwinan sudah terlalu dekat iaitu lagi dua minggu kami akan di ijab kabulkan.

Pada mulanya, berkali kali aku menghubungi B, tetapi tidak diangkat. Setelah berpuluh panggilan yang tidak berjawab, dia membalas dia perlu kan ruang untuk berfikir. Aku ajak bertemu untuk berbincang.

Betapa hancurnya hati aku. Dua minggu sebelum tarikh penikahan dia cakap dia tidak boleh menerima aku.

Kami berjumpa dan berbincang. Aku merayu berkali kali jangan putuskan pertunangan ini. Jangan tinggalkan aku. Semua orang dah tahu. Kad perkahwinan telah diedarkan.

Jemputan Facebook diwar-war kan. Catering sudah di tempah. Aku merayu untuk jaga aib iba bapa dan keluarga aku.

Aku bertanya kepada B apa sebab dia nak putuskan pertunangan. Tetapi dia hanya diam membatu. Dia hanya berkata sebab aku. SEBAB AKU? AKU TIDAK PERNAH CURANG. Semua yang aku buat untuk dia. Belajar dan kerja. Itu sahaja.

Aku merayu, aku sanggup berubah jika aku salah. AKU SANGGUP TINGGALKAN pengajian master jika itu yang B mahu. Aku sanggup buat apa sahaja. Aku melutut dan merayu tetapi dia hanya diam.

Aku terus merayu sehingga aku rasa aku dah tiada maruah lagi. Memikirkan untuk menjaga aib keluarga dan ibu bapa. Aku merayu pada B agar teruskan perkahwinan dan jika dia memang tidak boleh menerima aku, aku rela dtinggalkan selepas berkahwin.

Aku pasrah. Tapi dia hanya diam. B menelefon ibu bapa aku untuk berjumpa dan menyatakan di hadapan ibu bapa aku dia tidak dapat terima aku.

Ibu bapa aku bertanya jika dia mempunyai orang lain. Tapi B menafikan. B hanya berkata dia sudah tawar hati. Hancurnya hati aku Melihat ibu bapa aku merayu untuk teruskan majlis.

B hanya diam keras membatu. Bapa aku bertanya bagaimana nak cancel kan jemputan dan semua persiapan. B hanya menjawab dia dan keluarga nya tidak mempunyai masalah untuk CANCEL KAN PERSIAPAN . Semua terpulang kepada dia.

Melihat wajah ibu bapa aku yang teramat sedih dan kecewa. Tidak terkata. Ibuku memeluk erat aku. Berkata, “Cukuplah. Dah orang tak nak. Kita redha. ”

HINA ke aku. Kenapa aku dicampak macam itu sahaja. Itulah malam paling panjang bagi aku. Aku putus tunang dua minggu sebelum tarikh perkahwinan.

Kejamnya kau B.. Cukup senang engkau membatalkan segalanya. Engkau hancur kan segalanya. Aku rasa gelap gelita. Aku rasa nak menghilangkan diri. Malu untuk hadapi dunia.

Engkau permainkan perasaan aku. Aib kan keluarga aku. Ibu bapa aku terpaksa menghubungi semua orang yang telah di dijemput dan catering perkahwinan dibatalkan iaitu sepuluh hari sebelum tarikh perkahwinan aku.

Dua hari selepas itu, B tiba tiba menghubungi aku. Dia sudah berfikir sekali lagi mahu menyambung semula perkahwinan dan boleh menerima aku semula. Dia masih sayangkan aku.

Tetapi bagaimana, semua telah dibatalkan. B terkejut mengetahui aku sudah batalkan semuanya dalam masa dua hari. Dia salahkan aku pula. Aku sudah tidak tahu nak letak muka di mana. Seperti aku pula yang mahu membatalkan perkahwinan.

Adakah aku BARANG PERMAINAN? Sekejap NAK aku, sekejap TAK NAK. Aku terbayang kata kata nya di hadapan ibu bapa aku. Ayat, “saya tidak boleh terima awak” terngiang ngiang. Aku buntu.

Aku amat sayang kan dia. Tapi aku takut. Aku takut akan ditinggalkan selepas berkahwin. Walaupun aku pernah merayu sebelum ini agar dia meneruskan perkahwinan walaupun tidak boleh terima aku.

Tapi itu sebelum dia melafazkan ayat, “tidak boleh terima” aku di hadapan ibu bapa aku.

AKU TAKUT DIA AKAN BERUBAH FIKIRAN KETIKA HARI PERNIKAHAN. Dia janji tidak akan tinggalkan aku. Banyak yang aku pikir kan pada waktu itu. Aku takut dia malukan ibu bapa aku kali kedua.

Rupanya ibu bapa B tidak tahu akan keputusan dia untuk membatalkan perkahwinan. Bapanya mengetahui keputusan itu dari mulut bapa aku yang menelefon bapanya.

B NAK AKU KEMBALI HANYA DENGAN PANGGILAN TELEFON. Tidak datang berjumpa dengan ibu bapa aku.

Aku pikir, Jika dia sungguh menyesali perbuatan dia, dia akan datang berjumpa dengan ibu bapa aku Sebagaimana beraninya dia melafazkan dia tidak terima aku di hadapan ibu bapa aku.

Aku serabut. Pada waktu itu, aku tidak sanggup nak teruskan. Segala yang sudah di batalkan. Aku terpaksa pasrah. Waktu itu aku pikir aku tidak sanggup berkahwin dengan orang yang tidak ada pendirian. Jika kau sayang aku, kau tidak akan tinggalkan aku.

Kerana tarikh perkahwinan aku pada hari raya ke empat, Aku dan family tidak sanggup beraya, menanggung malu di kampung. Kami memilih untuk beraya di negara jiran. Raya paling sunyi dan hiba bagi family aku.

Aku bersalah. Bawa aib pada keluarga. Setiap hari aku menangis. B cuba memujuk aku untuk membina semula hubungan selepas raya. Aku sedikit lembut hati dan ingin menerimanya semula.

Tetapi tiba tiba aku mendapat berita daripada kawan kepada kawan aku yang dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama A sebulan sebelum tarikh perkahwinan kami. Patutlah perangai dia berubah.

Aku mesej A dan bertanya untuk mengesahkan rumor itu.

A berkata B yang menghubunginya dulu melalui IG, dia tidak tahu bahawa B adalah tunangan orang sehingga dua minggu sebelum tarikh pernikahan kami. Itu pun diberitahu dari mulut “mutual friend’ kami. Hati aku hancur lagi.

Penipu.

Aku bertanya pada B jika dia mempunyai hubungan dengan wanita lain sewaktu bertunang. Bermatian matian tidak mengaku. Selepas aku tunjuk bukti pengakuan A, baru lah B mengaku dia ada hubungan sewaktu bertunang. Aku bodoh.

Yes aku bodoh. Aku percaya everything salah aku. Mungkin aku terlalu busy struggle untuk lulus exam. Tapi engkau yang curang. Hanya sebulan sebelum nikah kau tidak boleh tunggu aku.

B ada dua adik perempuan. Aku harap dia bole rase betapa aib nya aku rasa. Cukup senang menghancurkan maruah dan masa depan wanita.

Aku trauma untuk mempercayai lelaki. Aku rase senang diperbodohkan dalam percintaan. Walaupun aku bekerjaya, tapi aku keseorangan. Adakah ada cinta untuk aku lagi? Jodoh yang di harapkan tidak kesampaian. Adakah aku ditakdirkan berseorangan?

Tiada siapa Adakah sepatutnya aku terima sahaja B agar aku tidak hidup keseorangan? Banyak bermain di fikiran aku. Mungkin jika aku teruskan perkahwinan, aku tidak akan tahu dia pernah curang kepada aku.

Sudah setahun berlalu, aku masih tidak dapat lupakan dia walaupun aku rasa dia sudah mendirikan rumah tangga.

Ya Allah Ya Rab, bantulah aku melupakan dia. Janganlah biar kan aku keseorangan menjalani kehidupan di dunia ini.

Ampuni lah aku. Ujian Mu Maha Besar. Tutuplah aib aku dan keluarga aku. Amin Ya Rabbal Alamin.

– Empty space (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *