Tolong Duduk Dalam Kasut Kami

Assalamulaikum & hi reader. Thanks pada admin kalau approve confession aku ni. Ok ni aku nak cerita kisah benar. Cettt kemain kau. Haha. Sebenar aku tak tahu mana nak start. Tak reti sangat karang ayat2 ni. Tapi aku cuba ok.

Haritu dapat tahu dari mak aku yang adik aku kat lokap. Tahu pun dari mak kawan adik aku. Dia bagitahu diorang kat lokap. Tapi tak tahu atas kesalahan apa.

Untuk pengetahuan reader, ni kali kedua adik aku kena tahan. Untuk kali pertama, mak aku dapat call. Tapi bila caller tu bagitahu dia polis terus mak aku pass phona kat aku. Sebab dia tak sedap hati plus ada darah tinggi.

Aku jawab phone call tu dan ya, adik aku kena tahan atas serbuan polis ke satu rumah. Dalam rumah tu diorang tengah layan barang.

Ok… Polis call lepas 2 3 hari diorang kena tangkap. Urine positive syabu hokeyy.

Ok untuk pertama kali aku dapat call macam tu seriously aku terkejut sangat2. Gigil tak payah cakap.

Ok, adik aku ada je buat hal. Tak balik rumah, kurang ajar dan sebagainya. Tapi kita orang tak sangka dia akan pergi ke tahap tu. Even aku dah banyak kali remind ayah aku untuk alert dengan dia.

Dia adik aku yang nombor empat. Dari aku sampai adik aku yang nombor tiga, ayah didik kitaorang strict sangat2. Kalau A, A la kata dia.

Tapi adik aku yang keempat ni, dia manja 9 tahun sebelum dapat adik aku yang bongsu. Segala salah dia, kami abang dan kakak dia yang tanggung.

Korang bayangkan, dia yang pergi lombong, pergi cc sampai tak ingat balik rumah, tapi kitaorang yang kena dengan alasan kitaorang kakak dan Abang, kena selalu jaga adik. Sedihkan.

Ok. Lepas dapat call tu, polis suruh datang mahkamah untuk dengar pertuduhan. Itu pun polis tak bagitahu bila. Kami tunggu.

Lepastu hari Jumaat pagi ayah aku dapat call dari adik aku suruh datang mahkamah. Yang kelakar suruh jamin dia. Banyak cantik muka kau.

Aku gerak dari bangi. Dari tempat kerja terus mintak balik. Alhamdulillah bos bagi. Bawak kereta macam torento. Almost accident. Semua sebabkan nak dengar pertuduhan dan nak tengok dia.

Dalam hati masing2 sedih plus sakit sebab adik yang kau sayang selama ni kena tangkap sebab dadah.

Sampai sana, ada mak, ayah dan adik lelaki aku, angah. Lepas dengar pertuduhan kita orang boleh salam. Masa salam dia mintak maaf. Tapi dia cakap bukan barang dia. Dia tak buat salah.

Hello, urine kau positif. But still yet aku peluk dia sebelum balik. Kaki aku berat. Berat sangat. Angah tak pandang langsung muka dia. Siap dia cakap, “Best duduk dalam?”. Dalam keadaan tu, marah macam mana pun tetap aku kesian.

Lepastu kita orang masing2 balik. Next week aku bawak mak aku pergi puncak alam tengok dia. Aku dengan suami dan mak. Masa tu sedih aku tengok keadaan dia. Menangis la weh.

Tak pernah ada family member yang masuk lokap ataupun jail. Dia pun menangis. Tak mampu kata apa. Dia siap cerita makan makanan kucing. Ikan rebus. Biskut dua keping je. Kalau lapar tunggu la makanan esok. Perit kan.

Lepas pertemuan tu, family member boleh untuk buat bayaran kalau nk bagi diorang makan sedap2. So mak aku pun bayar. Kira haritu dapat la dia makan sedap. Baju sabun semua kena beli. Waris yang beli ya.

Seminggu boleh jumpa sekali. Kira masih ok sebab dia under age. 16 tahun. Kalau dah lebih atau kes berat, sebulan sekali je boleh. Next week tu ayah dan adik nombor 3 datang. Still aku yang bawak. Masa ni suami aku tak ikut.

Selesai kita orang borak dengan dia, bila turn ayah cakap, dia tunduk. Menangis macam budak2 tak dapat gula2. Dia speechless habis.

Ayah aku yang selama ni aku nampak kuat, nampak riak wajah dia. Mana la tak sedih anak yang dia tatang, duduk dalam tu. Sebagai ayah kau tak dapat bantu anak sendiri. Aku bole rasa sebab aku pun seorang ibu.

Lepas dah habis jumpa, ayah aku pergi bayar untuk dia makan sedap. Siap ayah aku bayarkan berus gigi dia, sabun segala. Ayah kan.

Ok iklan sekejap. Masa dia form3, dia sorok result PMR dia. Mak ayah aku minta. Dia kata kat rumah kawan dia.

Adik aku yang nombor 3 bengang, dia suruh ayah aku pergi sekolah. Rupanya result dia seorang je kena tahan pasal tak bayar yuran. Yes tak bayar yuran.

Duit mak aku bagi tah mana pergi. Family kita orang Alhamdulillah sederhana. Ayah aku mampu bayar yuran lagi. Tapi dia yang songlap duit tu. Malunya mak aku masa tu.

Jadi ayah aku pun keluarkan duit bayar. Semata-mata nak dapatkan result dia yang penuh dengan D dan Fail.

Lepas dari isu tu, aku cakap kat ayah aku suruh hantar dia vokasional sebab aku tahu dia tak bole dah nak belajar. Lebih baik bagi dia skill. Tapi ayah aku tak nak.

Fast forward, kemuncaknya, ayah aku naik kementerian buat rayuan untuk dia dapat sambung vokasional.

Alhamdulillah dapat. Malunya ayah aku sebab pegawai situ ingat ayah sejenis bukan ayah yang bertanggungjawab.

Disebabkan adik aku dapat masuk situ, ayah aku belikan dia semua barang baru termasuk raket badminton baru. Original pulak tu. Tapiiiii, dia lari. Tinggalkan segala barang2 dia. Dan kantoi la ambik barang.

Sebelum dari kisah ni, macam2 lg dia buat. Tak tertulis aku. Kalau aku senaraikan semua, bukan confession dah, jadi novel terus.

So sambung balik pasal puncak alam tu. Situ diaorang koreksional. Helok2 ayah dia hantar vokasional, dia nak pergi koreksional kan. Ha hambik.

Lepas dia keluar, jaminan polis, ayah aku suruh kitaorang bagi dia semangat. Dan untuk pengetahuan reader, aku dan bersedia untuk bagi dia semangat. Pimpin balik dia.

Tapi tak lama. Balik habit yang dulu. Kurang ajar dengan mak ayah aku. Dia keluar rumah. Kerja yang tak pasti kerja apa.

Sebelum kena tangkap kali kedua, dia kantoi bawak kereta syarikat dengan lesen agong dia. Kantoi pun pasal langgar kereta orang. Jantung aku macam nak pecah.

Bos dia cina. Call kitaorang bagitau dia bawak kereta sampai kampung aku. Aku, ayah, suami dengan angah terus shoot balik kampung sebab risaukan nenek aku.

Sampai kampung dia takda. Kau bayangkan masa tu aku pregnant 2nd baby. Semua busy kerja, tapi lagi sekali dia buat kitaorang huruhara.

Lepastu kita orang kena datang balai setelkan kes dia. Then tiba2 dah selesai bos cina dia tu setel. Malas aku nak pikir macam mana bos dia tu setel dengan polis.

Lepas tu, seminggu kemudian dia bole balik rumah macam takda apa2. Sedih kan? Tak. Tak langsung. Aku dah start annoying dengan dia. Dasar tak sedar diri. Orang kelam kabut pasal dia. Dia bole buat rilex je.

So sekarang, kita orang masih tak tahu apa kesalahan dia untuk tangkapan kali kedua ni.

Pada kami satu keluarga, ini jalan yang dia pilih. Kami tak suruh. Kami sentiasa ada bila dia perlu. Cara baik, cara kasar, berubat dengan ustaz, bagi apa yang dia nak dan perlu. Semua dah.

Cuma apa yang aku kesal bila orang luar rasa kitaorang ni macam kejam. Tak sayang dia. Sedangkan orang luar tak tahu apa yang kita orang hadap selama 6 tahun ni dengan drama2 bodoh dia.

Kesian mak aku. Dia kurang ajar dengan mak aku. Tahap yang layak gelar anak derhaka. Pernah angkat parang kat adik perempuan aku. Ugut mak aku macam2.

Bila tanya pasal dia kerja apa, macam2 dia tipu. Bila ayah aku pergi tempat tu tanya nama dia ad kerja tak, takda weh. Takda….

Tapi duit banyak. Entah la. Sejenis tak suka kerja berat tapi nak duit banyak. Belajar taknak tapi nak hidup macam raja. Itu la adik aku.

Maaf terlalu panjang. Tapi inilah kisah aku. Kisah kami. Betullah kata pepatah, dalam setandan pisang, mesti ada 1 yang busuk.

Kami anggap ni ujian. Bukan untuk mak ayah aku je, tapi kami 1 keluarga. Cuma bila nampak kami macam tak kisah, macam tak sayang, bukan sebab kami tak sayang, tapi kami dah penat. Masih menunggu untuk tahu kesalahan dia.

Tujuan aku menulis ni sebab aku nak share cerita aku. Dan korang ambillah pengajaran dari cerita aku ni. Kalau confession aku ni approve dan ada update pasal adik aku, aku akan story lagi.

Pada ibu ayah, tolong tolong tolong jaga anak2 kita. Pantau sehabis baik. Tolong. Zaman sekarang bukan main2.

Sebab tu aku dah cukup dengan 2 orang anak aku walau pun ada yang kata aku muda lagi. Tapi aku trauma tengok benda jadi depan mata. Aku nak fokus pada kualiti bukan kuantiti.

Doakan aku, doakan mak ayah aku agar diorang sama2 kuat.

Sekian.

– Anak Sulung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *