Hadis 14 & Budaya Swinger, Cuckhold, Hotwife Dalam Kalangan Orang Melayu

Bersempena dengan giliran saya membentangkan hadis dalam halaqah, izinkan saya berkongsi serba sedikit intipati hadis ini.

Daripada lbnu Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara :

Berzina, pada hal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad).”

(Riwayat al-Bukhari, dan Muslim)

Islam amat menitik beratkan soal maruah dan nyawa. So much so sehingga urusan yang mengancam kedudukan dua aspek ini boleh dihalalkan darahnya untuk hukuman bunuh. Golongan pertama, janda yang berzina.

Ulama berpendapat ungkapan ini turut merangkumi lelaki dan wanita yang pernah bernikah tetapi masih terjebak dengan zina. Bukan untuk janda sahaja.

Saya teringat kisah seorang pesakit saya (wanita) yang sudah berumah tangga lebih 10 tahun. Datang ke klinik untuk mendapatkan ujian STD (penyakit kelamin).

Etika kedoktoran memerlukan saya bertanya soalan asas bersifat objektif untuk memastikan beliau menjalani ujian yang sewajarnya.

Sudah berkahwin. Anak 4. Bekerjaya professional. Tidak pernah mengamalkan seks bebas. Bimbang kerana terdapat vaginal discharge di bahagian bawah.

Dengan bantuan jururawat saya, sampel diambil dan ujian dijalankan.

Bila temu janji yang seterusnya untuk mendapatkan keputusan ujian (yang Alhamdulillah semuanya negatif), beliau membuka cerita sebenar.

Membuat ujian STD kerana mengesyaki suami ada perempuan simpanan lain.

Selama 10 tahun berkahwin atas dasar suka sama suka, dan bahagia dengan anak-anak. Tapi ada sikap suami yang kurang disenangi. Dengan teragak-agak, beliau bagi tahu saya.

“Suami saya ada fantasi untuk melihat saya digauli oleh orang lain.”

Pada awal perkahwinan semuanya berjalan normal dan beliau tidak pernah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tapi setelah beberapa tahun.

Suami mula berubah selera. Suka merakam gambar dan video ketika bersama. Semasa bersama ada dibisikkan untuk membayangkan jika orang ketiga ada di dalam bilik.

Isteri berasa hairan dan rimas tetapi tidak mengambil serius perkara ini.

Namun beliau tetap merasa pelik dengan perubahan sikap suami.

Di luar bilik tidur, suami adalah seorang yang penyayang dan bekerjaya. Berpendidikan agama, sembahyang dan berpuasa cuma sekali sekala menghisap rokok tapi sudah semakin berkurang setelah berjanji akan berhenti.

Bila diutarakan sikap suami yang pelik ini cepat sahaja ditapis.

Setelah beberapa tahun, satu hari beliau tergerak hati untuk memeriksa laptop suami dengan lebih terperinci setelah semakin kerap suami membuat permintaan pelik ini.

Beliau terkejut dengan salah satu laman web yang sering dikunjungi oleh suami, bersifat forum yang mengumpulkan peminat lifestyle swinger.

Swinger adalah terma daripada budaya barat di mana pasangan suami isteri atau kekasih bertukar pasangan untuk berkelamin dengan alasan untuk “keep the fire going”.

Ada beberapa subsection forum ini termasuk bahagian Hotwife dan Cuckhold.

Yang mengejutkan beliau, kebanyakan ahli forum ini adalah orang Melayu, berdasarkan banyaknya postings yang berbahasa Melayu.

Ada ahli yang berbangga dapat menukarkan isteri yang konservatif bertudung kepada Hotwife dan menawarkan kepada mana-mana lelaki yang mengikuti citarasa fantasi beliau untuk “menikmati” isteri.

Selepas itu berkongsi gambar dan video isteri bersama dengan lelaki lain, disusuli dengan komen ahli lain yang meminta untuk bersama di “next session”.

Salah satu posting termasuk ahli yang berkongsi petua “conditioning” isteri untuk menerima gaya hidup seks bebas ini.

Bermula dengan memujuk isteri untuk menerima fetish atau fantasi berkawan dengan lelaki lain. Kemudian bermula proses pujuk rayu.

Keluar bersama Bull atau lelaki yang akan mengorat isteri dengan membelikan hadiah atau keluar makan bersama untuk melihat keserasian.

Dan lama-lama bila isteri terperangkap dengan nafsu, isteri sendiri akan menurut lelaki ini sehingga di atas katil.

Dan kalau mengikut posting di dalam forum itu, ada ramai golongan ini di kalangan lelaki dan wanita di setiap negeri.

Puan pesakit saya menangis.

“Menggigil tangan saya doktor”.

“Saya menjaga maruah saya untuk suami tetapi saya pun tidak tahu jika aurat saya pernah dikongsikan dengan lelaki lain oleh orang yang sepatutnya saya percaya”.

“Saya buat ujian STD sebab risau jika suami sudah terjebak dengan budaya ini dan pernah bersama dengan perempuan lain. Saya rasa jijik”

Saya beristighfar. Ini kali pertama menghadapi kes sebegini.

Saya pernah handle kes STD seks bebas tetapi dikalangan remaja/pelajar. Tak sangka terdapat komuniti Swinger yang sudah mula bertapak di Malaysia.

Atau to put it crassly, budaya berzina dikalangan pasangan suami isteri Melayu Islam.

Berbalik pada hadis asal. Hukuman untuk penzina yang telah berkahwin adalah dihukum bunuh mengikut syariat. Ini berdasarkan kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah di zaman nabi Muhammad s.a.w.

Untuk membincangkan dari segi teknikal jatuh hukuman dan macam mana hukuman dijalankan saya serahkan pada ahli nya.

Sebagai pengamal perubatan Muslim, saya menyeru kepada pasangan suami isteri untuk mengamalkan budaya seks yang selamat dan bermaruah.

Fantasi atau fetish anda adalah perasaan yang tidak dapat dielakkan tapi anda boleh pilih tindak balas anda kepadanya. Islam meletakkan batas dalam perhubungan untuk menjaga maruah dan keturunan.

Untuk suami-suami ingatlah tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga yang akan menanggung segala nya di akhirat nanti.

Wallahuaklam.

– Tabib Cabuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *