Assalamualaikum, hai semua. Nama aku Ady. Perempuan. Anak sulung. Asal Penang.
Merujuk kepada perkara diatas (cewah macam surat pula hehe), aku hanya ingin berkongsi rasa sangsi dan dilema dalam hati ni buat korang nyambil2 minta pendapat juga lah.
Umur aku 25. Aku ada niat nak sambung study. Dari dulu lagi, tapi selalu tertangguh. Sebab? Anak sulung kan. Biasa anak sulung je faham perasaan ni.
Aku fikir adik2 aku yang masa itu tengah sekolah (tahfiz pulak, lagi lah banyak kos). Jadi aku tak sambung la sebab taknak susahkan family nak tanggung pengajian aku.
Masa berlalu, ingat nak sambung gak. Tapi adik2 pulak masuk U, sambung oversea. Sekali lagi aku tangguh niat aku.
Ditakdirkan aku bertemu seseorang, yang mana aku anggap dia adalah batu loncatan buat aku untuk aku sambung juga pengajian.
Pada asalnya selepas berkahwin baru aku nak sambung sebab dia nak support tapi atas alasan tertentu dari pihak family dia pula minta aku sambung je dulu sekaligus tangguh dulu perkahwinan kitorang.
Dan kedilemaan aku bertambah besar apabila doktor sahkan abah kemungkinan boleh lumpuh. Sekaligus abah akan berhenti kerja. Pasal pengajian aku, untuk 2 3 bulan awal sahaja abah perlu keluarkan duit.
Untuk makluman, aku dapat zakat tajaan so aku memang tak usik mana duit abah aku. Sebab tu juga aku berani untuk sambung.
Tapi ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Asbab berita agak buruk dari doktor tu buatkan aku was2 semula untuk sambung study.
Aku duk fikir sape nak jadi driver family nanti? Hal adik2 sekolah kebanyakkannya aku yang urus dan jadi driver nya. Abah memang tak boleh nak drive sangat dah. Aku seolah2 jadi tulang belakang family juga.
Memang mak aku tak halang kalau aku nak sambung study. Cuma hati aku, sape nak tolong family nanti kalau ada apa2 urusan yang melibatkan kena drive lama dan hal2 lain?
Aku nak sangat sambung belajar. Plus, partner aku juga orang educated. Jadi sebolehnya dia nak aku sambung study. Kalau aku sambung, aku gembira sebab buat hal yang aku and partner aku sendiri suka dan minat.
Abah minta kalau boleh buat la bisnes. Dia boleh hulur modal. Tapi aku takde jiwa bisnes. Aku lebih suka study dari fikir kerja/ bisnes. Kalau aku buat bisnes, aku hanya buat family aku puas. Tapi aku tak.
Sebelum korang cakap utamakan kebahagiaan family, aku dah buat. 7 tahun ni aku ikut je apa family mintak. Pegi tolong makcik aku di kl, aku pegi. Jaga tok aku, aku ikut.
Tapi bila dah jumpa someone yang tercinta ni, ditambah pula permintaan dia untuk aku sambung study, jiwa dan semangat study aku kembali membara.
Apa aku kena buat ni? Aku dah istikharah. Aku tak nampak apa2. Kalau rasa hati, aku berat nak study. Tapi dalam masa aku fikir sape nak handle urusan family nanti?
Aku tahu, lambat laun jika aku berkahwin, aku akan tinggalkan rumah juga. Tapi masa tu tak tiba lagi. Jadi aku tak rasa nak fikir sangat.
Aku betul2 buntu. Harap, dengan terpublish nya confession ni, korang boleh beri pendapat dan pandangan yang bernas supaya aku boleh buat keputusan yang tepat.
Segala komentar yang korang beri amat aku hargai. Semoga urusan korang dipermudah dan doakan aku juga. Aku akan baca komen korang satu2. Assalamualaikum.
– Ady (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit