Isteri Di Atas Kertas II

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-di-atas-kertas/).

Assalamualaikum sahabat iium confession. Saya Lea (bukan nama sebenar). Ini kisah penamat buat rumahtangga saya.

Alhamdulillah, terima kasih buat pembaca iium yang memberikan kata-kata buat saya tempohari. Saya lah seorang isteri diatas kertas. (Boleh cari confession pertama saya)

Allah telah pun permudahkan urusan saya. Sesungguhnya kami seluruh keluarga masih lagi berduka. Namun semuanya sudah ditakdirkan Allah.

Saya dan suami telah selamat berpisah. Sesungguhnya saya dan keluarga redha dgn setiap ujian yang Allah turunkan.

Hakikatnya saya dan suami tidak berjodoh. Hanya mampu menjadi raja sehari untuk satu hari sahaja.

Perkahwinan adalah suatu ibadah. Bukan suatu bahan eksperimen atau suka-suka. Dan saya berkahwin kerana saya ikhlas. Namun, keikhlasan saya dipijak hancur.

Curang itu adalah salah satu asbab yang dia bukan jodoh terbaik untuk saya.

Mungkin ini adalah cara Allah untuk melindungi saya. Mungkin juga ini adalah kifarah diatas dosa2 saya selama ini. Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Saya cuba muhasabah diri. Berhenti menjadi seorang wanita yang lemah. Saya cuba kuatkan hati. Diri saya, hak saya. Saya berhak ke atas hidup saya.

Lelaki seperti ini tidak layak untuk menjadi ketua dan ayah kepada anak-anak saya nanti.

Ujian ini ternyata menjadikan saya seorang wanita yang lebih kuat. Jangan biarkan orang lain menindas kita.

Jujurnya saya kecewa. Tapi dengan ujian ini barulah saya tahu lelaki yang saya sanjung selama ini hanyalah seorang lelaki murahan.

Jika hati saya ini sudah tidak lagi seperti dulu, tidak selembut dulu.. berbanggalah bahawa segala perbuatanmu telah berjaya membuat saya bangkit.

Saya bukan lagi seorang isteri yang hanya menurut dan membiarkan diri terus di zalimi. Allah anugerahkan saya hati yang lebih kuat.

Masih saya terbayangkan rayuannya di mahkamah tempoh hari. Meminta agar saya menarik semula segala tuntutan kepadanya.

Saya? Hanya memandang kosong. Suaranya tidak melekat di pendengaran saya. Tutur katanya yang lembut sedikitpun tidak menjentik sanubari saya.

Dan tidak sekalipun air mata saya jatuh untuk lelaki seperti ini. Sudah banyak saya bazirkan airmata untuk nya. Air mata yang sia-sia.

Sesungguhnya saya dapat melihat Allah menjawab setiap doa saya selama menjadi isteri yang dizalimi.

Maka, suami diluar sana. Percayalah, doa seorang isteri ini sungguh mustajab. Kerana hatinya penuh dengan kasih sayang. Berbuat baiklah kamu kepada isteri selagi mana dia mentaati kamu.

Maka, berakhirlah sudah episod duka saya. Saya kini bergelar seorang janda. Bekas pengantin satu hari.

Buat masyarakat diluar sana, kita tidak tahu apa sebenarnya yang seorang wanita bergelar janda lalui selama dia bersuami. Terimalah mereka selagi mana mereka tidak berlaku salah.

Kerana saya tahu, gelaran J itu bukanlah sesuatu yang bagus dan kami juga tidak minta untuk jadi seperti ini. Namun, terpaksa juga kami tempuhi qada dan qadar Allah.

Akhirkata, mohon doa semua warga iium mendoakan akan kesejahteraan hidup saya selepas ini. Semoga doa itu berbalik kepada kamu semula. Terima kasih.

Salam sayang,

– Lea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *