Apa Lagi Yang Patut Aku Buat?

Assalamualaikum semua. Nama aku Kaktus tapi bukan nama sebenar. Umur aku dalam sekitar penghujung dua puluhan tapi bukan dua puluh. Dah tua lah jugak.

Sebenarnya aku ade perkara nak cerita sebab aku memang dah tak tahan sangat dengan kehidupan aku. Sampai satu tahap aku dah tak tahu ape yang patut aku buat lagi.

For your information, aku ni anak sulung. Ayah aku dah tak keje dah. mak aku je yang masih kerja. aku pulak adelah nak dekat setahun tanam anggur.

Sejak Covid ni aku slow sikit apply keje, sebab aku tak berani lagi nak keluar rumah. Sentiasa rase tak selamat, gelisah, berdebar debar.

Kalau keluar rumah pon kadang dah sampai depan pintu kedai, tetibe tak jadi, kemudian masuk semula dalam kereta. End up balek rumah tanpa beli ape – ape. Kalau boleh semua bende yang ade kat sekeliling aku tu aku nak sanitize.

Tapi, sejak akhir akhir ni, Alhamdulillah aku macam dah boleh keluar rumah dan dah berani walaupun tak keseluruhannya. Tak pe lah at least okay kita buat step by step.

Sampai kadang kadang mak aku kate kat aku, “dah mula dah tu sakit aku datang” kalau dia nampak aku macam pelik sangat. Aku tak nafikan yang aku ni ade simptom anxiety. Nak kata teruk sangat ke tak aku sendiri tak tahu. Tapi orang sekeliling aku boleh nampak.

Okay sambung pasal keje tu. Aku sebenarnya dah puas jugak lah apply keje kat dalam negeri aku dan puas jugaklah jawab soalan peperiksan secara online ni.

Aku apply dekat dalam negeri aku sendiri sebab mak ayah aku kate apply yang dekat – dekat je, jauh ni susah sikit, buat penat je kalau tak dapat. Kos perjalanan nak ke sana lagi.

Aku pon terima je lah betul jugak cakap mak ayah aku. aku ni belum kerja lagi. duit simpanan aku yang keje sebelum ni pon dah susut.

Pasal peperiksaan online tu. Aku dah banyak kali jawab peperiksaan dan banyak kali tu jugaklah aku gagal.

Kadang kadang aku sendiri tak tahu ape lagi usaha yang aku kurang? Nak kata aku tak jaga hubungan aku dengan Allah? Alhamdulillah aku cube jaga sebaik mungkin dari segi amalan wajib atau sunat.

Tahajjud dan Dhuha aku selalu je buat. Kalau tertinggal yang sunat tu mungkin sebab ade sebab yang tak dapat dielakkan dan mungkin jugak Allah tak pilih aku untuk bangun waktu tu atau mungkin jugak aku ade buat dosa atau dah bangun tidur semula.

Nak bangun tahajjud ni bukan senang sebenarnya. Allah yang pilih kita. Kadang sedih jugak bila bangun dah subuh rupenye. Lepastu rasa menyesal. Ni aku cakap atas pengalaman aku bukan orang lain ye.

Sebab bile aku bangun tahajjud ni lah kekuatan untuk aku mengharungi hidup aku, hidup yang aku rase aku ni jadi beban pada family aku, hidup yang aku sendiri selalu rasa aku macam tak de fungsi hidup sebab tak mampu menyumbang ape – ape.

Nak kata aku tak study, aku lah orang yang dari aku sekolah dulu sentiasa struggle belajar. Walaupun ade orang sekeliling aku kata, “aku ni kalau lulus hanya bernasib baik je,muka aku ni penuh dengan gagal je”.

Tak pe aku terima semuanya orang cakap pasal aku walaupun hati aku terluka dan sakit. Aku percaya yang Allah akan tolong aku.

Cume ade seorang je hamba Allah yang percaya kat aku iaitu cikgu aku kat sekolah baru aku. Dia selalu cakap kat aku, “cikgu percaya yang awak boleh buat, cikgu nampak usaha awak. InsyaAllah awak boleh berjaya. ”

Disebabkan ayat dia tu lah pembakar semangat aku harini, bermula kat universiti sampai sekarang. Setiap kali aku rase sedih, mesti aku akan ingat ayat tu. Nampak ayat tu simple kan? Tapi untuk orang macam aku. Ayat tu sangat mendalam bagi aku.

Tapi aku rasa aku gagal peperiksaan mungkin sebab aku tak jaga hati manusia. Sebab mak aku pernah cakap yang aku ni perkara lain aku okay, tapi dengan manusia, aku gagal. terutama dengan mak aku.

Ye aku mengaku yang aku dengan mak aku ni sentiasa ade perselisihan faham. Mungkin memang salah aku, nak cakap macam ni, tapi yang keluar dari mulut lain, jadi mak aku pon faham lain. Kadang aku sedih jugak lah, sebab mak aku macam lain dengan aku sejak aku berhenti keje.

Boleh dikatakan selalu jugak perli aku kat rumah. Cakap, “dah tak keje tu tolong tolong lah kat rumah, kau ade duit ke, dah tahu tak de duit tu keje lah, mak ni kalau dia cakap betul ke salah ke. Mak tetap akan betul. Sebab dia mak. Dan lain lain lagi.”

Aku bukan tak tolong dia langsung. Aku ade je tolong cume tak semua perkara aku tolong. Tapi biasa aku masak. Aku jarang masak dengan kemas rumah sekali. Ade jugak aku tolong ayah aku bercucuk tanam dan kemas rumah pusaka.

Kadang badan aku ni sampai sengal sengal sebab terlalu penat. Banyak berdiri. Nak solat pon kene solat duduk. Dan ade masenye aku tak tolong sebab aku tak sihat.

Ade je aku tolong mak aku. Tapi mak aku kata aku tak tolong dia. Seolah olah aku tak buat pape. Takkan lah semua perkara yang aku buat ni semua nak cerita kat mak aku kat orang sekeliling yang aku buat semata mata nak orang faham aku.

Kadang aku sedih jugak ape yang aku buat, ade je yang tak senang kat mata mak aku. Ade je yang salah. Tapi adik beradik aku yang lain duduk melongok. Dok main game je. Mak aku tak cakap pape pon.

Yang dah masak kat dapur tak kemas, mak aku bangun pagi nampak tak bersih, mak aku tak de pon marah marah. Tapi kalau aku, aku terlupa sikit je, macam macam dah mak aku cakap kat aku.

Sedih tu memang sedih tapi aku belajar perlahan perlahan terima je ape mak aku cakap pasal aku, tak kesah betul ke salah, sebab mak aku pernah kata kat aku kalau aku tak ikut ape je cakap dia, tahukan ibu ni macam mana, doa ibu ni makbul.

Tak pelah aku terima bende tu. walaupun sebenarnya hati aku ni terluka seolah olah aku tak boleh bersuara apa apa, semua perkara aku kene telan sebab aku risau kalau aku cube jelaskan pape dekat mak aku walaupun mak aku salah, nanti bagi kesan dekat hidup aku.

Walaupun mak aku macam tu, aku bersyukur aku masih ade ayah yang faham aku. Bile mak aku persoalkan dan cube cari salah aku, ayah aku sentiasa faham aku dan back up aku. Dia faham setiap kali aku cuba cakap dan aku suarakan bende yang aku nak cakap.

Tapi yelah ayah aku tak setiap masa kat rumah, kadang pergi masjid, kadang pergi kebun dan takkan aku nak cerita pasal mak aku kat ayah aku. Aku kalau boleh tak naklah mak ayah aku jadi lain sebab aku. Selagi aku boleh tahan, aku tahan.

By the way, aku berhenti kerja aku dulu bukan hanya sebab aku stress semata mata dan bekas majikan aku dan rakan sekerja aku semuanya baik dengan aku.

Bekas majikan aku sampai menangis masa aku berhenti. Tapi sebab aku rasa macam ragu ragu dengan keje aku dan aku rase tak tenang dengan keje aku.

Hampir setiap hari aku rase berdebar. Yelah bende yang kite ragu ragu ade kaitan halal haram ni kita tak boleh buat main main, sebab akan jadi darah daging kite jugak.

Oh ye ini tak de kaitan langsung dengan jual barang terlarang ke ape ye. Ade lah perkara lain yang tak dapat aku nak cerita kat sini. Hopefully korang tak salah faham dan tak membuat andaian ye.

Walaupun aku dah tak keje situ lagi, tapi aku masih kene hormat tempat keje lama aku. Sebab kat situlah tempat pertama kali aku bekerja dan menerima ilmu dan pengalaman.

Aku sebenarnya kan dah tak sanggup nak menghadap sedara mara atau ahli keluarga aku yang lain. Kalau boleh duduk rumah, memang nak duduk rumah, tapi sebab kadang ade majlis, nak tak nak kene pergi, yelah nak kene jugak jaga air muka mak ayah sendiri kan.

Salah satu sebab aku tak suka pergi majlis kekeluargaan ni, diorang banyak bagi negative vibes dekat aku. Kenape? Korang bayangkan lah bile jumpe je tanya, aku dah keje ke belum? Keje mane sekarang?Bile aku jawab aku belum dapat keje.

Diorang kata, “aku ni seolah olah mengharapkan duit mak ayah aku, menyusahkan mak ayah aku, seronoklah tak keje, aku ni macam tak mintak keje je. kalau mintak, mesti dah dapat, lepastu cakap anak diorang bagus, dah keje itu ini, dan sebagainya” dalam nada perli perli gitu.

Aku tak kesah pon orang nak tanya ape kat aku, tapi tanyalah dengan baik dan berhikmah, try to listen and understand each other, aku boleh je terima. We are family right? Am I your family?

Sampai aku dah tak tahan sangat. Rase susah nak bernafas. Aku duduk kat luar sorang sorang. Tenangkan diri. Tengok langit. Dengan mata dah berair,cube cakap kat diri yang aku akan okay dan insyaAllah Allah akan bagi jugak dekat aku nanti, bile masenye tibe.

Bende berkaitan dengan rezeki ni kita tak boleh persoalkan bila, kenape. Semua tu kerja Allah. Bukan duit aje rezeki. Nikmat sihat, nikmat dapat keje, nikmat dapat jodoh, semuanya tu ade lah rezeki. Siape kte nak persoalkan?

Aku penat. Jiwa aku sakit. Telinga aku pon sakit. Semua sakit. Semua sesak. Terpaksa mendiamkan diri. Sebab atas dasar hormat dia sebagai orang yang lebih tua dari kita.

Tapi adil ke kita orang muda kene hormat orang tua, tapi orang tua tak nak belajar hormat kite yang muda? Adil ke? Habis mental dengan jiwa kita yang rabak yang koyak ni macam mana?

Lepastu bila aku balek kampung yang satu lagi pulak, nak dengar mulut tok sedara aku. Tak padan dah tua. Dah sakit sakit still nak menyakitkan hati orang. Kadang sampai aku doa, biar dia tak balek kampung, duduk je dekat rumah dia yang kat bandar tu lelama.

Kalau balek asyik menyusahkan orang dan ulang cakap perkara yang sama. Dok bercakap, “aku ni dah keje, berhenti, dah keje berhenti je ”

Padahal aku baru sekali keje dan sekali tu berhenti. Dia tak tahu pape tak payahlah cakap. Tambah je dosa sekilo. Dulu mase arwah atok aku meninggal pon dia boleh cakap, “ko, seronoklah eh nak pergi keje dah tak lambat, ye lah atok ko dah tak de. ”

Waktu tu aku tak tahan. Dahlah arwah baru meninggal dia langsung tak hormat ayah aku yang ade kat situ dengar sekali. Aku geram. Aku jawab je, “ape ni cakap macamtu, orang tu dah tak de kan”. Terus dia tersengih pura pura nak membetulkan keadaan.

Bile aku masuk kete. Ayah aku tegur cakap. Biarkan je dia. Dia tu dah tua. Dengarkan je. Satu perkara pasal ayah aku pulak dia penyabar.

Aku yang jadi anak tak boleh tengok bile orang tak hormat ayah aku. Ayah aku baik dengan semua orang. Siap boleh bagi kereta dia yang paling dia sayang tu adik beradik mak aku.

Aku yang jadi anak ni pon tak de tau dapat macamtu. Tapi, aku tak kesah pasal dia nak bagi ape kat orang. Tu hak dia, duit dia, ikut suka lah. Bahagian aku, aku usaha sendiri. InsyaAllah akan ade rezeki untuk aku nanti.

Tapi itulah ade je orang yang tak hormat kat ayah aku. Aku boleh terima kalau orang nak hina aku, tak hormat aku ke ape tapi jangan buat macam tu kat ayah aku.

Dia dah banyak sangat yang dia korbankan dalam hidup dia. Dia lah ayah yang terbaik. Anak yang terbaik buat arwah atok aku yang aku nampak.

So, bile orang tak hormat kat ayah aku. Aku mintak maaf. Aku direct sound kau tua ke muda. Aku kenal ayah aku. Aku faham ayah aku macam mane.

Walaupun aku tahu end up ayah aku akan tegur aku jugak. Tapi aku tak kesah. Aku tahu ayah aku tegur aku sebab tak nak orang tuduh dia tak pandai ajar anak dan tak nak orang benci kat aku.

Ye aku kalau orang nak cakap buruk buruk pasal aku, aku terima tapi pasal mak ayah aku, aku mintak maaf. Aku tak boleh, walaupun aku dengan mak aku selalu berselisih pendapat.

Tapi bagi aku dia tetap mak aku yang lahirkan aku,besarkan aku dan insyaAllah satu hari nanti mak aku mesti akan faham dan percaya dengan aku.

Semalam hari yang aku rase boleh kata, aku kecewa gile gile dan ntah ni kali yang keberape aku gagal peperiksaan. Sebab aku gagal peperiksaan dan tak layak untuk ditemuduga.

Sedih sebab aku dah usaha semampu yang boleh dan cube buat yang terbaik tapi dalam mase yang same aku gembira mungkin untuk sedapkan hati yang doa aku Allah makbulkan dan mungkin pekerjaan itu bukan pekerjaan yang terbaik untuk dunia akhirat aku.

Cume sekarang ni, aku tak tahu ape yang patut aku buat. Sebab macam dah rase hilang semangat macam rase, alah aku study ke aku usaha macam macam ke, kalau Allah kata memang bukan rezeki aku memang bukan lah.

Ni pon aku tak cerita lagi kat mak ayah aku. Tak tau dah nak cakap macam mane. Mesti diorang sedih dan kecewa walaupun diorang tak cakap bendetu. Yelah anak orang lain semua dah ade keje tetap, dan berkahwin ape semua. anak sendiri masih macam ni lagi.

So, boleh tak korang bagi nasihat dan kata kata semangat kat aku? Aku sampai satu tahap dah hilang rase nak buat semua bende. Sebab rasa macam kewujudan aku ni tak memberi sumbangan ape – ape. Rase nak je mati pon ade. Rase kenapelah aku dilahirkan kat dunia.

Kalau dulu keje, boleh belanja mak ayah,boleh belanja adik – adik dan budak – budak. Sekarang, bile belum kerja, nak buat ape ape pon susah sebab tak de duit.

Aku cerita kat sini pon sebab aku tak tahu nak cerita kat sape dan orang tak tahu sape aku. Semua yang aku rasa aku pendam. Nak cerita kat kawan pulak, tak semua orang yang dengar cerita kita takkan judge diri kita. Aku selalu tertanya tanya bila aku nak merasa bahagia?

Bile agaknya aku akan dapat keje? Bile agaknya aku nak merasa dapat memberi dekat orang sekeliling aku? Bile agaknya aku akan jumpe seseorang yang boleh terima semua kekurangan aku, faham aku, support aku, boleh berbincang semua perkara dengan aku.

Sebab aku dah tak kuat nak melalui semua ni. Hari semalam mungkin aku kuat, harini mungkin aku lemah, hari esok mungkin aku kuat semula, hari lusa mungkin aku lemah. Kita tak tahu.

Sebabtu bile ade mase aku kuat aku gembira pada satu haritu, aku rasa dah bersyukur sangat sebab aku tak pasti esok lusa perasaan aku macam mana.

Aku harap sangat korang boleh berikan kata kata nasihat dan sokongan dekat aku untuk aku teruskan kehidupan aku dan aku harap bile korang bace ape yang aku ceritakan ni, korang tak mengambil tindakan melulu untuk terus menghukum aku atau orang sekeliling aku.

Tak pe. Aku faham yang diorang tak faham dan insyaAllah one day diorang mesti akan faham.

Terima kasih sebab bace cerita aku. Tolong doakan untuk aku supaya Allah berikan rezeki yang terbaik buat diri aku dunia akhirat baik dari segi rezeki jodoh ataupun rezeki pekerjaan.

Dan semoga kalian yang senasib seperti aku atau pon yang masih tercari cari erti kebahagiaan dalam hidup, teruskan usaha.

InsyaAllah kita fighter kita boleh lakukan bersama sama. Kita kuat dan kita disayangi sebab itu kita diuji. Moga moga akan ade pelangi yang datang setelah berlalunya hujan dan mendung.

– Cik Kaktus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *