Memohon Jasa Baik Semua Untuk Mendoakan

Assalamualaikum semua. Nama aku Syuh. Allahu, inilah kali pertama aku menulis di ruangan IIUM Confessions.

Tujuanku menulis jauh sekali ingin membuka aib mana-mana pihak. Apa yang buruk jadikan tauladan.

Ulang intro, aku Syuh. Umur dipertengahan 20an. Belum berkahwin.

Aku ada benda nak cerita. Mungkin bagi orang cerita aku ni tersasar jauh dari topik yang selalu orang confess. Ini cerita pasal member aku, kiranya aku rapat jugaklah dengan dia. Nama member aku tu Ija.

Ija ni sudah lama berkahwin, sekarang umur sudah menghampiri angka 30 dan belum dikurniakan anak. Suami dia pernah kerja gomen, sekarang dah pencen.

Dah selamat terima duit pencen dia yang berkepuk-kepuk. Korang semua boleh agak kerja gomen apa yang pencen dia dapat banyak mengalahkan pencen guru. Aku malas nak mention nanti tak pasal-pasal lain yang terasa.

Member aku tu sumpah orangnya baik. Baik tersangat-sangat baik. Lepas tu Ija ni memang seorang housewife yang betul-betul mentaati suami.

Dipendekkan cerita, suami Ija ni seorang suka sangat dengan binatang spesies unggas. Subhanallah, memang pencinta haiwan betul.

Tapi ada yang tak seronoknya. Hari tu Ija borak santai-santai dengan aku, dia kata, “Sometimes aku stres dengan life aku.”

Aku mula-mula itu diam. Aku biarkan dia bercerita. Akukan belum berumahtangga. Susah aku nak cakap lebih.

Dia sambung lagi, “Husband aku pernah spray penyembur nyamuk kat kucing aku wehhh.”

Aku punyalah terkedu ingatkan Ija nak cerita pasal apa rupanya pasal kucing. So aku dengarkan jelah. Takpe telinga aku ni masih muat kalau setakat nak dengar cerita kau.

Lepas tu aku tanya, “Kenapa pula? Apa hal?”

“Aku lepas kucing aku tu dalam rumah. Kebetulan si Comot tu asyik memanjat. End up Comot jatuhkan sangkar binatang unggas dia.

Husband aku marah sampai dia nak bunuh Comot tu. Laju je tangan dia capai spray Ridsect hala kat depan muka Comot aku. Nasib baik aku tepis tangan dia.

Aku sedih gila wehhh dia buat kucing aku macam tu. Alasan dia binatang unggas dia patah sayap, darah mengalir tak henti-henti. Sampaikan kerusi plastik pendek dia nak baling ke arah Comot.

Serious wehhh hati aku patah. Comot tu dia siap maki” luah Ija. Berlinang air mata dia.

Aku mengaku isu pasal kucing ni memang kadangkala menyentuh hati lebih-lebih lagi tuan kucing tu. Aku kan takde kucing sebab asma so aku taklah craving sangat dengan bulusss ni.

Aku balas kat Ija, “Kau sabar ek. Biasalah tu. Ni fasa bulusss kau tunjukkan kenakalan. Normallah tu kalau dia tumpahkan air, koyak kertas, cakar sofa, tolong menghambur barang … ”

“Normal apanya ? Itulah unggas yang husband aku sayang diantara semua unggas yang dia pelihara. Unggas-unggas tu semua siap dia gantung di siling ruang tamu rumah lagi. Kecuali kat dapur, bilik air dan bilik tidur je dia tak gantungkan unggas dia.

Kat depan rumah dia buatkan sangkar besar lagi untuk unggas yang dia baru tangkap. Yang dia beli dengan orang dia gantung.” laju Ija menjawab.

Inilah ‘kelebihan’ orang berkahwin. Senang je defend pasangan. Aku tak rasa apa yang aku cakap mengguris hati dia biarpun aku tak berapa sangat dengan kucing.

Ni aku nak bagitau korang… Jangan layan sangat orang yang meluahkan segala hal terutamanya orang yang dah berumahtangga. Kau cakap apapun dia tetap defend suami dia. So ada baiknya diam jelah.

Aku mula rasa lain. Sumpah tak selesa bila Ija cakap macam tu. Seolah-olah aku pula yang mula topik Comot dia tu. Tapi aku masih lagi berborak dengan dia.

“Lah, ye ke ? Manalah aku tau. Kawan kau ni kan asma. Memang taklah bela kucing. Tu yang tak tau langsung.” Aku buat-buat teruja jelah bila dia bertukar lain macam.

“Meow aku tu jadi takut dengan tuan dia sendiri.” kata Ija.

Aku dalam hati, ‘Gila tak takut? Laki tuan dia lagi dahsyat mengalahkan perangai syaitan.’ Nasib je hati ni tak bersifat lutsinar. Kalau tak mesti Ija tau aku cakap pasal dia.

“Alah, kasihannya si Comot.” ujarku.

“Tahu tak hari tu husband aku pukul kepala kucing orang guna sabit sebab panjat sangkar besar unggas kat luar rumah?” tambahnya.

Aku pula yang speechless dengar.

“Seramlah weh. Kucing tu tak apa-apa ke?” aku tanya.

Selamba Ija jawab, “Tak kot. Sebab kucing tu hidup lagi. ”

Gila!!!! Berani buat binatang kesayangan nabi merana? Yang pukul guna benda tajam tu dah kenapa? Asal aku yang panas ni!!!!

Aku masih diam. Tanganku ligat scroll coretan IIUM Confessions masa tu tapi fikiranku tiba-tiba teringat tentang tragedi yang berlaku di kampung ibu aku.

(Seorang lelaki ni dia racun anjing. Masa tu bini dia pregnant. Anak dia lahir dengan kaki yang tak sempurna. Bila dah pandai jalan, budak tu jalan dengan cara kaki sebelah kanan terseret-seret. Seriously, kifarah is real.)

Aku geram dah. Ija membebel entah pasal apa lagi aku dah tak berapa layan. Baru-baru ni dahlah ada orang hempas kucing. Ni laki dia lagi tolong hangatkan isu kucing.

Apa yang last aku dengar sebelum Ija balik, dia kata rumah dia selalu bersepah dengan makanan unggas yang jatuh atas lantai. Penat dia menyapu.

Baik di luar, tempat parking kereta laki dia, penuh sisa makanan unggas. Berhambur sampai tak tahu nak cakap.

Bila hujan longkang tersumbat. Suami dia kata jiran tak reti nak bersihkan longkang. Walhal binatang laki dia tu yang menghambur.

Korang teka jelah binatang unggas apa yang famous dari dulu sampai sekarang, yang orang ketagih nak pikat tak kira dimana jua.

Tentang laki Ija pula… Satu je nak cakap, sia-sia duit pencen kau berkepuk tapi kau jahat dengan kucing.

Kawan-kawan ingat tau, jangan seksa kucing. Tak baik. Haiwan lain pun jangan diseksa apatah lagi kau maki. Mulut kena jaga baik dengan orang atau dengan haiwan.

Kalau kau faham bahasa haiwan dah lama agaknya kau sentap sebab kena maki balik. Apa yang istimewanya memaki ni pun tak taulah. Selalu jugak Ija cerita laki dia suka maki-maki. Macam biasa aku diamkan aje.

Pernah sekali aku balas, Ija hampir naik angin. Dipertahankan juga suaminya.

Kata Ija, itu memang silap dia jadi tak hairanlah kalau kena maki sekalipun. Akukan tak berumahtangga lagi so mungkin aku yang tak reti nak faham macam mana dunia orang kahwin ni.

Akhir kata, aku memohon dari korang agar kita sama-sama berdoa agar dilimpahkan kasih sayang yang suci, tulus dan murni buat diri dan juga laki si Ija ni.

Minta maaf kalau confession aku tak berapa hebat. Tapi aku anggap ini satu usaha untuk tingkatkan kesedaran kita terhadap binatang.

– Syuh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *