Untuk part I, (https://iiumc.com/kuasa-sedekah-2/).
Assalamualaikum, thanks to admin sudi approvedkan confession kedua aku. Aku Miss Joyah, pernah confesss di sini sebelum ni.
Berbalik pada tajuk diatas, kali ni aku nak kongsikan pengalaman manis aku mungkin berkat bagi makan haiwan jalanan. Alhamdulilah Aku masih teruskan bagi makan haiwan jalanan setiap kali sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja.
Walaupun gaji aku tak tinggi, tapi aku spend RM150 lebih jugakla untuk beli makanan kucing, aku beli jenama elok sikit, yang takda pewarna..
Sebab bagi aku, nak bagi kucing jalanan makan, biarla bagi yang premium sikit, diorang makan pun kenyang lama. Biarla makanan diorang mahal sikit, aku niatkan sedekah, janji diorang kenyang.
Haha untuk aku makan jimat2 jugak, telur, megi, beras tu antara menu wajib aku. Aku makan ala kadar ja. Doakan aku naik gaji guys, boleh sedekah lebih lagi dekat yang memerlukan terutama bagi makan haiwan jalanan ni.
Kalau baca first confession aku dulu aku teringin makan something, alhamdulilah dapat, baru2 ni plak aku teringin sungguh nak beli blender yang boleh blend ayam, daging, yang takyah letak air tu.
Aku search kat shopee memang ada yang murah, tapi aku rasa was2 pulak, yala tak ada cop sirim, bab perkakas elektrik no aku cuak sikit. Ada baca kat komen guna tak sampai setahun dah rosak.
So aku pun lupakan jap hasrat. Lepas aku balik bagi makan stray cat, malam tu sebelum tidur, aku saja scroll fb, tup2 ada brand buat promo.
Ada blender yang aku nak tu. Dari harga asal RM299, after promo jadi RM123 gitu ja.. free shipping pulak.. alhamdulilah rezeki dapat jugs beli.
Kira self reward la Aku pun dh lama tak beli barang untuk diri sendri.. yala gaji pon kocik, tak leh shopping suka hati ja.
Kedua rezeki aku bulan September ni alhamdulilah hampir setiap hari ada ja dapat sedekah makanan. Tiba2 jiran mai bagi lauk + nasi, pi office ada orang buat kenduri makan, siap lebih depa tolong bungkus bagi.
Aku bawa balik, kira beras kat dapur aku tu macam tak terusik sangat. Alhamdulilah ada ja rezeki makanan.
Ada sekali malam tu lepas bagi makan kucing kat pasar, on the way balik rumah, aku sebut dalam hati, sedapnya kalau dapat makan sambal petai.. lama tak makan, tapi sekarang susah nak cari, bukan musim kan. Dok ingat esok tula nak pusing pasar cari.
Tup2 pagi esok tu dalam pukul 9 pagi camtu, jiran aku datang bagi lauk sambal petai, siap ada lauk lain lagi dengan nasi..
Ya Allah aku baru terlintas semalam, pagi ni dah dapat, dah tak payah masak, banyak pulak jiran aku bagi sampai boleh makan sampai malam.
Aku perasan alhamdulilah bulan ni memang rezeki makanan tu tak putus2.. banyak sangat aku dapat makanan sampai kenyang tersandar nak makan.
Setengah tu sampai kena masuk dalam peti ais, frozenkan takut rosak, boleh panaskan balik makan esok tu. Kiranya duit aku untuk beli makanan macam tak luak.
Aku terfikir semua ni bulan kebetulan terjadi, dengan izin Allah, berkat aku bagi makan kucing jalanan, yang betul2 kelaparan, sampai dioarang kenyang, aku pun Allah bagi izin kenyang sekali tanpa keluarkan suit belanja untuk makan.
Sebak weh bila tengok kucing jalanan yang setiap kali aku singgah bagi makan, sungguh2 diorang makan siap ada bunyi, tanda lapar sangatla tu. Camtula jugak time aku tengah teringin something, tiba2 jiran sedekah lauk, kawan sedekah makanan.
Satu lagi keajaiban yang aku nak kongsi, aku penah teringin nak makan popia yang aku penah makan masa aku umur 14 tahun. Tulaa popia paling sedap seumur hidup aku makan, pi Cari kat mana pun tak jumpa sesedap tu.
Last aku makan masa aku form 2, beli kat bazar ramadan tempat aku. Dah lebih 15 tahun tak makan, tetiba tekak aku craving pulak popia tu. Puas aku search dlm group penduduk, kot ada yang tahu penjual tu masih jual lagi ke, kot tahu orang tu pindah kedai kat mana.
Tapi yala benda dah lebih 15 tahun, mmg mustahilla ko nak jumpa balik orang yang jual popia tu, entah hidup lagi ke tak orang tu, ntah dah pindah negeri lain. Tapi dengan izin Allah, tahun ni, masa tu aku on the way balik keja, memang hari2 aku lalu Jalan yang sama..
Tup2 tengah bawa moto mata aku ternampak orang tengah beratur kat gerai ni. Orang tu bukan jual kat gerai besar tu tapi tepi jalan jaa. Aku pun terlintas nak berhenti. Guess what guys.. rupanya gerai tu jual popia yang aku dok mengidam tu..
Allah sebak aku, dalam aku teringin, dalam aku rasa mustahil nak boleh makan popia tu balik, sekali penjual tu rumah dia area aku dok lalu pi keja ja..
Hebat kan kuasa Allah, aku beli makan sambil berlinang air mata guys sebab sebak sangat. Dan yang paling best, rasa sedap dia saling tak tumpah macam 15 tahun lepas.
Mungkin antara kisah manis yang aku kongsikan ni ada yang anggap semua yang jadi satu kebetulan, tapi bagi aku takda benda kebetulan dalam dunia ni, semua Allah yang atur dan izinkan.
Kat sini aku nak share, jangan kedekut nak bagi makan haiwan jalanan guys, kalau dalam keta atau moto, even dalam beg pun simpanlah pek makanan kucing atau makanan kucing kering tu.. Kalau jumpa kucing jalanan bagila makan. Mungkin haritu sehari suntuk dia tak makan.
Kucing bukan macam orang, dia hanya harap sedikit belas ihsan manusia untuk isi perut. Tak luak pun duit korang, setakat bagi makan haiwan. InsyaAllah buat seikhlas hati, aku doakan korang juga dimurahkan rezeki.. Aamiin.
– Miss Joyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit