Kahwini “Family Man”, Bahagia atau Derita?

Assalamualaikum.. Aku kenalkan diri aku sebagai Nur Ain. Berusia lewat 30-an. Mempunyai seorang cahaya mata, perempuan berusia 10 tahun dan seorang cahaya mara lelaki berusia 5 tahun.

Kenapa aku rasa terpanggil untuk menulis tentang berkahwin dengan “Family Man” atau dalam Erti kata yang lain, lelaki harapan keluarga.

Kerana aku sendiri berkahwin dengan “Family Man” Dan untuk beberapa Tahun kebelakangan ini, aku puas berdoa agar terus diberikan kesabaran Dan ketabahan dalam hatiku. Segalanya demi anak-anakku.

Jika dilihat dari satu Sisi yang baik, lelaki yang dianggap sebagai “Family Man” rata-rata dari mereka mempunyai berpewatakan yang baik.

Masakan tidak, Jika seseorang Itu menjadi harapan keluarga sudah pasti mereka Itu orangnya baik. Tetapi Jika dilihat dari Sisi yang kurang baik, maka akan timbulah suasana yang cukup tegang.

Dari pengalaman aku sendiri, Dan dari perkongsian teman-teman seperjuangan, majoriti meluahkan rasa sedih bila suami dianggap sebagai “Family Man” dalam keluarganya.

Kerana dari situ akan wujudnya keadaan dimana ipar-ipar terutama ipar perempuan Dan IBU mertua Akan mengambil kesemptan diatas kebaikan Dan “Ketaatan” si suami terhadap keluarganya.

Bahkan dalam satu keadaan yang cukup teruk, mereka mengarah si adik/ abang/ anak lelaki ini dengan sesuka Hati untuk memenuhi kehendak mereka tanpa menghiraukan sama ada dia mempunyai isteri atau anak-anak.

Dan lebih mengeruhkan keadaan bila si suami hanya akur tanpa mempersoalkan apa-apa.

Seperti aku sendiri, berdepan Dengan keadaan dimana setiap masalah dalam keluarga suami, suami akan menjadi orang pertama yang dicari walaupun bapa mertua masih ada.

Alasan yang selalu digunakan oleh mereka, bapa mertua tidak bersekolah dan tidak pandai.

Aku sendiri Cuba menasihati suamiku agar tidak membelakangkan bapanya. Walaupun suami aku akur dengan apa yang aku katakan tapi dia sendiri serba salah untuk menolak Jika keluarga nya meminta tolong.

Bagi aku mereka hanya mengambil kesemptan di atas kebaikan dirinya Dan cukup bijak mengatur langkah agar dilihat sangat baik di mata suamiku. Dibelakang suamiku, hanya Allah Maha Mengetahui.

Banyak keadaan yang menimbulkan rasa sedih tetapi sehinggalah satu tahap dimana aku sendiri tidak faham bila kakak ipar sendiri sering meminta suami menguruskan anak-anak yang agak nakal sedangkan suaminya sendiri ada didepan mata.

Minta suami memarahi anak-anaknya. Minta suami temankan dia membeli baju, Dan banyak lagi pekara yang membuatkan aku merasa dia Itu seperti janda yang tidak sedar diri.

Suami sendiri disimpan untuk melayan game. Kadang-kadang rasa tidak tahan Dan Tidak faham, kenapa suami yang menjadi sasaran keluarga nya sendiri.

Itu tidak termasuk perihal adik2 perempuan nya yang lagak mereka seperti orang kaya. Tetapi dari sudut yang dapat aku fahami, mereka sedaya upaya untuk menyakitkan hatiku memandangkan suamiku sangat baik terhadap aku sedangkan mereka sebaliknya.

Dalam satu keadaan lain pula, bila ipar-ipar tahu bahawa suami anak yang taat pada ibunya, maka mereka sering Kali menggunakan IBU mertua untuk memenuhi hasrat mereka.

IBU mertua sangat baik. Walaupun ada masanya IBU mertua tidak melayan kelakuan anak-anak perempuanya, tetapi aku melihat mereka begitu gigih untuk mempengaruhi IBU mertua.

Dan ada msanya IBU mertua juga turut terpengaruh Dengan menyuruh suamiku melakukan Itu ini. Dan Dengan akur suami Akan menuruti walaupun dalam keadaan terpaksa.a

Walaupun suami aku adalah suami yang baik, tetapi ada masanya dia juga terpengaruh Dengan kata-kata keluarganya tentang aku.

Dan beberapa Kali kami bergaduh kerana aku membangkang dia untuk “membantu” ipar-ipar yang terang-terangan sangat mengada-ngada, padahal mereke boleh lakukan sendiri.

Aku Tidak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Kadang-kadang suami juga seperti memaksa aku mengikut rentak keluarga nya, sedangkan mereka langsung tidak menghormati aku sebagai isteri kepada suamiku.

Ada masanya aku simpati pada suami kerana ada keluarga seperti Itu, ada masanya aku marah kerana suami tidak mahu bertegas dengan keluarganya sendiri. Suami terlalu percaya bahawa keluarganya amat sayangakan dia walaupun keadaannyan yang aku lihat adalah sebaliknya.

Memang banyak pekara lagi yang aku tidak fahami, tetapi apa yang perlu ditekankan disini adalah didikan agama sangat penting dan rasa menghormati kehidupan orang lain juga penting.

Orang yang memahami tentang tanggungjawab seorang lelaki lebih-lebih lagi Jika dia sudah berkeluarga, sudah pasti mereka Akan mengingatkan si lelaki tentang tanggungjawabnya yang paling utama kepada siapa.

Sudah pasti tidak Akan timbul isu mereka ingin mengambil kesempatan. Tentu mereka tidak Akan mempersoalkan bila seorang suami melebihkan isteri dari adik beradik.

Sudah pasti tidak Akan timbul isu isteri memasukkan sesuatu ke dalam makanan suami kerana mahu suami menuruti setiap kata-katanya.

Kepada mertua, Dan ipar, Jangan menanggap seseorang lelaki Itu selamanya milik kalian. Jika kalian gunakan ayat dia membesar bersama kalian, susah Dan senang bersama kalian, Itu tidak bermakna kalian boleh mengambil kesemptan Dan melakukan sesuatu hati.

Jika kalian ingin dilayan seperti raja, maka layanlah orang lain juga seperti raja. Jika hidup ingin dihormati, maka hormatilah orang lain terlebih dahulu.

Berikan Masa dan ruang untuk seorang lelaki menunaikan tanggungjawabnya keada Allah swt. Kerana Jika dia me syurga, kalian juga akan ikut bersama. Dan sebaliknya.

Sekian…

– Nur Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *