Assalamualaikum. Tujuan aku post di IIUM confession ini adalah untuk meluahkan isi hati aku dan apa yang aku rasa setakat aku hidup sampai sekarang ni. Aku pernah ja dua kali post di IIUM confession ini tapi berlainan topik iaitu berkaitan social anxiety.
Aku harap penulisan aku ini admin akan terima dan post sebab selain tujuan aku ingin meluahkan isi hati aku ini, aku mahu terima pendapat dan nasihat daripada para pembaca IIUM confession ini.
Aku cerita sedikit tentang diri aku. Aku berusia 23 tahun, seorang perempuan, masih bujang dan merupakan fresh graduate yang baru sahaja menghabiskan pengajian dalam peringkat ijazah pada tahun ini.
Hidup tanpa makna. Aku tak tahu kenapa aku rasa hidup aku ini kosong, tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ini, tak tahu apa yang aku nak capai dalam hidup ini.
Tambahan pula, aku ni seorang yang tidak terlalu menonjolkan diri dan tidak mempunyai bakat atau kemahiran. Aku tak tahu apa yang aku mahir dan aku tak tahu apa kekuatan dan kelebihan aku.
Apa yang aku nampak, aku ini seorang yang ‘mandom’, tidak aktif. Orang utara kata ‘mandom’ ini jenis orang yang slow dan tidak cergas. Ya aku akui itu.
Aku memang seorang yang slow. Slow learner. Susah nak tangkap dan faham sesuatu kerja atau bila orang explain apa-apa. Kena ulang cakap 2/3 kali baru faham. Ini kelemahan aku.
Ada banyak lagi kelemahan diri aku yang aku rasa aku ini tak berguna dan tak cukup bagus di mata orang lain. Baik hal dunia atau hal akhirat.
Dari segi akademik pun, aku bukanlah orang yang terlalu bijak. Sederhana sahaja. Bila dapat results exam itu, cukup cukup makan sahaja.
Nak kata dapat A itu memang kalau dapat, sebab rezeki sahaja. Sama juga kalau dari segi bukan akademik, dari sekolah rendah lagi aku bukan orang yang aktif dengan aktiviti korikulum. Pernah la dilantik jadi pengawas. Itu pun aku rasa sebab rezeki sahaja.
Dan waktu pegang jawatan pun, aku tak terlalu aktif. Salah satu sebabnya aku ini seorang yang introvert dan ada social anxiety. Kadang kadang aku rasa itu penghalang untuk aku lebih berani untuk terokai benda baharu dan berani cuba sesuatu yang aku tak pernah buat.
Jadi aku ini orang yang banyak kelemahan. Aku tak tahu apa kelebihan, kemahiran , dan kekuatan aku. Bulan ini aku pergi interview kerja. Buat resume itu pun aku letak sahaja apa yang perlu diletak untuk bahagian kemahiran. Sedangkan aku rasa itu bukan kemahiran yang aku ada.
Tapi disebabkan nak attrack majikan untuk pilih aku, aku terpaksa letak kelebihan kekuatan, kemahiran tersebut walaupun aku rasa aku tak ada pun benda itu.
Salah ke kalau aku cakap aku tak tahu apa kemahiran , kekuatan dan kelebihan aku? Terlalu banyak kelemahan yang aku jumpa dan orang selalu kata kat aku, buat aku rasa aku ini bukanlah orang yang ada kemahiran, kekuatan dan kelebihan.
Aku rasa aku ini useless. Orang yang tak berguna. Not good enough. Tak cukup baik dan bagus. Pergi interview pun, aku rasa aku tak mampu nak impress majikan untuk ambil aku bekerja. Rasa macam aku ini tak layak untuk bekerja yang bagus-bagus.
Selain itu, tiada internship menambahkan lagi aku rasa ini seorang yang useless. Aku tiada internship semuanya disebabkan covid-19.
Sebab apa aku kata macam ini, aku ambil degree 3 tahun tapi tiada pengalaman bekerja dalam industri secara praktikal buat aku rasa macam apa la yang aku nak sumbangkan kepada majikan bila aku cari kerja nanti.
Ya orang akan kata, apa yang pelajar join waktu universiti macam join program, kelab-kelab, pegang jawatan boleh beri nilai tambah pada diri dan benda itu boleh diceritakan kepada majikan.
Tapi setakat aku pergi interview ini, tak nampak macam majikan impress pun. Mungkin sebab apa yang aku join itu tak terlalu impress sangat. Entahlah.
Aku rasa hidup aku ini takda makna bila aku rasa selepas habis belajar ini, aku tak tahu apa yang aku nak capai selain mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan aku.
Disebabkan kerja pun susah nak dapat, jadi aku bertambah useless. Aku ada cuba jadi dropship, tapi feedback tidak memberangsangkan.
Aku ini bukanlah dari keluarga yang senang yang ibu bapa boleh bagi duit kalau kita ni tiada duit. Aku kena belajar berdikari untuk cari duit sendiri untuk penuhi keperluan dan kehendak aku.
Apa yang aku membuatkan hidup aku ini tiada makna disebabkan semua kelemahan diri yang aku ada ini yang terlalu ketara berbanding kelebihan dan kekuatan aku.
Aku kadang-kadang rasa cemburu lihat orang lain yang ada pelbagai bakat. Ada yang pandai menulis, boleh hasilkan buku. Ada yang pandai menyanyi, boleh jadi penyanyi.
Ada yang pandai main gitar, hebat bersukan, pandai memasak dan lain-lain bakat kemahiran yang mereka ada. Sedangkan aku, bila aku lihat diri aku. Aku rasa aku ini zero. Kosong. Lansung tak ada apa-apa yang boleh ditonjolkan.
Aku selalu stuck dengan benda ini. Kadangkala penat dah nak motivasi kan diri aku. Aku bukan tak cuba untuk explore diri aku, aku mampu explore cuba benda yang aku mampu buat ja dari segi masa dan kewangan. Contohnya, aku belajar memasak.
Aku belajar main gitar. Tapi separuh jalan sahaja. Sebab aku rasa aku tak mahir semua itu. Dan terus buat aku down dan give up.
Ada banyak lagi aku nak luahkan tapi disebabkan jari aku penat untuk menaip, untuk setakat ini sahaja apa yang aku nak luahkan. Aku harap admin accept confession aku ini dan harap para pembaca dapat beri pandangan dan nasihat kepada aku :)
Sekian terima kasih.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit