Assalamualaikum semua. Post kali ini bukanlah confession, hanya sharing is caring bergitu, saling mengingatkan dan saling belajar.
Okay, sekarang saya nak berkongsi tentang keibubapaan. Kita semua pernah menjadi seorang anak bukan, malah yang bergelar ibu & bapa di saat ini pun pernah menjadi seorang anak, dari fasa kanak-kanak menjadi remaja dan kemudiannya dewasa.
Dari sudut ‘parenting’, setiap dari kita mempunyai pengalaman berbeza dan mahukan yang berbeza juga (atau sama? sebab mak ayah korang memang ohsem).
Ya lah ayah dan mak membesarkan kita ikut cara masing-masing dan juga ‘ideals’ ataupun persepsi kaedah parenting yang ‘betul’ menurut tanggapan kita melalui pengalaman, pemerhatian & pembelajaran akan berubah juga.
Namun, tak dinafikan, nak atau tak nak, sebenarnya, pengalaman kita dididik oleh ibu bapa kita akan mempengaruhi cara parenting kita.
Oleh sebab itu, kalau toksik suasananya, maka kita berpotensi untuk jadi toksik juga! Melainkan diri sendiri sedar dan sedaya upaya keluar dari alam toksik itu, memaafkan dan betul-betul keluar secara fizikal dan mental dari kekacauan parenting yang toksik tadi.
Jadi, bila tiba masa kita punya anak, perlu membesarkan sehingga menjadi orang. Maka nanti kita akan tahu sendiri bagaimana susah senangnya bukan?
Setiap ibu bapa yang prihatin dengan anak, akan tahu perangai anak dan mestilah mahu mencuba sebaik mungkin.
Dan selalunya, kita sebagai masyarakat Asia, ramai antara kita dibesarkan dengan ‘tough love’ bukan?
Biasa ayah garang, mak baik (ataupun role dia terbalik, ataupun, dua-dua garang jugak tapi ada salah seorang yang ada ‘soft spot’ untuk kita), tapi mereka memang sayangkan kita. (Tapi jangan sama kan dengan abuse, itu memang salah dan jenayah)
Cuma, perlu diingatkan, apabila anak-anak berada di setiap fasa, peranan ibu bapa berubah-ubah dan kebergantungan mereka pada ibu bapa juga berlainan.
Mudahnya (tapi susah), saya bahagi kepada tiga keperluan:
1. Fizikal: yang ini banyak untuk zaman kanak-kanak
2. Emosi dan mental: yang ini semua fasa ada, tapi lebih lagi bila anak-anak dalam fasa mengadaptasi dari kanak-kanak ke remaja, remaja ke dewasa, atau dari bujang ke berkahwin dan lain-lain (yang ‘in between period’ ni sangat memerlukan ibu dan ayah)
3. Jiwa (soul): yang ini setiap fasa perlu tekankan, aspek ketuhanan, dah dari kecil kena ajar dan sampailah dewasa pun, ibu ayah dan anak masih perlu saling ingatkan dan sama-sama buat.
Jadi, aspek yang saya nak tekankan sekarang ialah emosi dan mental. Ibu dan ayah perlu belajar untuk kenal emosi anak.
Perlu bersedia dan tak malu untuk bertanya, slow talk dengan anak-anak tentang emosi seawal usia kanak-kanak dimana anak dah boleh faham apa itu sedih, gembira, marah dan lain-lain emosi.
Penyelesaiaannya juga, jika tidak perlu campur tangan mak ayah secara direct atau fizikal, maka janganlah sesekali mak ayah campur tangan.
Contoh, anak usia remaja, gaduh dengan kawan baik sebab kawan dia suka orang yang sama dengan dia, pastu habis dia hangin sampai kat rumah pun (drama betul, tapi yelah zaman remaja kan memang dramatik).
Jadi, mak ayah zaman moden ni, koreklah cerita, validate emosi anak, dan dengar. Belajar berkawan dengan anak-anak tapi biar anak yang buat keputusan. Belajar untuk beri anak-anak ruang dan peluang untuk buat keputusan sendiri.
Sama juga bila memilih bidang yang nak sambung di kolej atau universiti, ‘career’ yang nak diceburi, nak beli kereta apa dan specs apa, nak pilih suami, nak beli rumah dan lain-lain perkara dalam hidup mereka.
Semua ini perlu dibincang dengan baik. Bukannya mak ayah yang tentukan keputusan atau menempelak keputusan anak-anak (melainkan dia buat jenayah lah huhu).
Bila menginjak dewasa ini, ibu bapa hanya membantu anak untuk buat keputusan. Kalau mak ayah yang teringin nak jadi jurutera, jangan lah dipaksa kan ke anak. Kalau mak ayah yang teringin nak pekena mercedes, jangan lah disuruh anak itu ambil loan segala.
Kalau mak ayah yang teringin bermenantukan anak kawan baik yang sopan molek cantik, janganlah dipaksa anak tu padahal dia dah ada kawan. Ya saya bagi contoh-contoh yang agak dahsyat saja (tapi masih berlaku ya).
Beri ruang untuk mereka bernafas dan membuat keputusan. Jangan sampai mereka buat keputusan sendiri dan hanya memaklumkan anda tanpa bincang apa-apa terlebih dahulu disebabkan perangai mak ayah sendiri yang tak boleh bawa berbincang.
Mak ayah perlu ’empower’ anak-anak untuk belajar dari kesilapan, dan buat keputusan-keputusan besar dalam hidup. Kerana apa?
Kerana mereka yang akan mengalami hidup mereka, susah senang pahit manis, mereka yang akan rasa.
Jangan disebabkan keputusan kita sebagai ibu bapa (yang dirasakan terbaik untuk masa depan anak-anak) menyebabkan anak merana dalam diam, hidup pun makin suram, akhirnya berdendam dan bermuram. Ironi.
Belajar lah dan terus belajar. Maafkanlah mak ayah kita jika mereka pada hemat kita bersalah kerana menyebabkan hidup kita merana.
Keluar lah kita dari kitaran parenting yang tidak sihat kearah yang lebih baik. Jangan takut untuk meminta maaf dari anak-anak jika sebelum ini banyak salah silap parenting kita.
Kerana hidup ini tak lama. Esok lusa kita tiada, moga anak yang soleh dan solehah yang kita didik dengan adil itulah yang diharapkan mendoakan kita.
Akhir kata, parents, be cool! We’re following your footsteps. (Not exactly yours, but the qualities and the essense of it).
(Eh tiba-tiba, bayangkan ya, kalau anak-anak kita ikut cara didikan kita yang bagus tu untuk cucu kita dan selanjutnya dan selanjutnya, tak ke kita pun dapat juga pahala? dengan izin Allah..)
Maka, belajarlah dan berbuatlah.
– Omega (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit