Assalamualaikum para pembaca iiumc. Saya salah seorang pembaca tegar iiumc dan dapat pangkat Top Fans, hehehe.
Saya terbaca kisah, (https://iiumc.com/mangsa-
Saya masih ingat kejadian hitam ni. Berlaku di Pasar Malam berhampiran dengan rumah saya.
Saya semasa kecil memang suka teman mak pergi pasar malam sebab boleh beli mainan, makanan dan macam-macam lagi.
Situasi pertama : Alam kanak-kanak
Pada hari jumaat, hari yang mulia. Penghulu segala hari, tapi kejadian hitam dan pedih terjadi kepada saya.
Masa tu, ramai orang dan bersesak-sesak. Tapi mak dah jauh ke depan sikit. Saya kejar mak, saya jerit “makkk tunggu !!” tapi mak tak dengar.
Mungkin sebab bunyi generator agak kuat. Saya kejar mak, tapi saya terhenti sebab ada lelaki halang jalan saya. Sambil mata pandang mak, saya rasa ada tangan yang pegang kema**** saya.
Saya terkejut, saya nak jerit tapi suara tak terkeluar.
Saya pandang muka lelaki tu, kulitnya agak gelap ada misai dan berbadan gempal. Dia senyum sengih kepada saya. Saya takut !! Saya terus lari pergi kepada mak.
Situasi ke dua : Alam remaja
Saya ada seorang pakcik, bekerja dalam unit beruniform. Saya bagi clue astro pernah buat cerita tentang badan beruniform ni. I love u ……… (korang cari sendiri)
Saya sambung semula, Pakcik saya selalu datang ke rumah. Alasan nak melawat ayah. Sebab ayah jaga dia masa kecil.
Tapi setiap kali datang, pakcik akan peluk saya dari belakang. Saya ingat benda tu perkara biasa, kasih sayang pakcik kepada anak buah.
Tapi semenjak dua tiga menjak ni, peluk semakin kuat. Dan ada sekali tangan merayap ke bahgian depan badan saya.
Saya terus lari masuk bilik dan kunci!!
Saya trauma dengan situasi ni.
Setiap kali pakcik saya datang, saya akan lari masuk bilik atau akan lari duduk sebelah ayah. Jadi dia tak berani buat apa-apa kepada saya.
Situasi ke tiga : Alam pekerjaan
Almdulilah selepas habis belajar saya dapat kerja yang bagus. Kejadian ni berlaku di kampung saya.
Kebetulan pada hari kejadian, jiran depn rumah buat majlis perkahwinan.Semua ahli keluar pergi. Tapi saya tak sihat jadi saya baring depan tv.
Rumah kosong pada hari kejadian, saya tinggal seorang. Lepas makan ubat saya pon terlelap. Dalam mamai-mamai saya rasa ada orang selak baju saya.
Saya tarik tutup. Selepas tu dia selak lagi, saya terus jerkah. Rupa-rupanya adik lelaki saudara saya yang masih bersekolah menengah berani cabul kakak saudara sendiri.
Saya terus lari keluar. Kejadian hitam tidak habis di situ. Malam tu, saya masuk tandas untuk mandi. Tapi saya dengar ada orang di luar. Macam tarik kerusi.
Tiba-tiba kain yang saya tutup lubang-lubang kecil jatuh.
Tandas kampung saya jenis lama, yang ada bunga lubang-lubang untuk angin masuk.
Saya tolak kain tu masuk ke lubang, tapi tak lama lepas tu kain tu jatuh balik. Saya tak sedap hati, saya terua keluar dari tandas dan terus pergi ke belakang.
Saya nampak adik saudara saya keluar dari kegelapan malam. Jadi memang dia ada niat tak baik dengan saya. Saya cerita kepada ahli keluarga tapi seorang pon tak percaya.
Mereke tak percaya sebab adik saudara pelajar sekolah pondok. Saya stress sangat masa tu, dan alami depress. Saya ponteng kerja, berkurung, tak makan. Tak lama selepas itu saya berhenti kerja.
Sehingga sekarang saya masih trauma. Saya takut dengan lelaki. Dewasa atau kanak-kanak semua saya takut !!
Wahai kaum ibu, ayah, dan saudara sesama islam. Tolonglah ambil berat.
Ped* ni bukan masalah remeh temeh. Ia boleh membuatkan mangsa depress seperti saya. Saya hampir ikat kain di leher untuk gantung diri di sebabkan kejadian hitam ini.
Syukur alhamdulilah allah masih sayangkan saya. Saya hidup sehingga sekarang.
Nasihat saya buat kamu semua :
1) Jangan lah bawa anak kecil ke tempat yang ramai orang dan bersesak-sesak. Kita tak tahu apa yang boleh berlaku dalam 2 saat.
2) Jangan terlalu percaya dengan saudara lelaki dan biar anak gadis berdua-dua dalam satu rumah.
3) Awasi anak bujang, ambil tahu apa sahaja yang dia tonton dalam handphone. Apa yang kawan-kawan bercerita.
4) Buat ahli keluarga, tolong siasat kalau adik atau kakak mengadu tentang kejadian begini.
Doakan saya sihat dan dapat lupakan kejadian hitam ini ye warga iiumc. Assalamualaikum…
– Mrs Flower Bee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit