Assalamualaikum semua. Saya menulis atas sebab rentetan artikel SUAMIKU BUTA HURUF (https://iiumc.com/buat-confessor-suami-buta-huruf/).
Saya berumur 40 tahun ada degree, mengenal suami ketika saya 28 tahun. Suami sekarang berumur 39 tahun, pemegang diploma, lelaki yang sangat sopan dan elok lupa paras.
Kami bercinta setahun sahaja Dan terus berkahwin. Pada awal Perkahwinan tiada kejanggalan pada suami. Dia sangat ringan tulang membasuh baju, menggosok baju Dan kerja di dapur.
Ketika itu suami bekerja bahagia seni di sektor swasta. Gaji dia ketika itu agak berpatutan bagi fresh graduate. Saya pula berniaga trading n supplies di pejabat-pejabat kerajaan.
Sebelum kami ada cahayamata dia ada kata kan yang dia hnya tahu membaca ketika umur dia 10 tahun. Saya tak syak apa-apa Dan fikir itu masalah kecil sahaja.
Disebabkan jualan saya makin meningkat saya ajak suami saya berhenti kerja dan sama-sama berniaga.
Nah! Pada masa ni saya nampak kelemahan yang janggal padanya. Dia sangat perlahan buat kerja yang ambil masa setengah jam tapi dia hanya siapkan dalam masa 3 hari!
Dia seolah-olah sering bermimpi di siang hari. Pening saya Tuhan sahaja yang tau nak pikiran promosi klien account, penghantaran. Pagi2 tengok TV dekat 2 jam, 11am baru buat kerja yang tak pernah siap.
Pernah satu hari saya tanya suami dah siap ke invois. Sehelai je pun dia kata belum. Saya curi2 tengok dia tengah menonton movie! Geram nya Allah yang tau!
Belum lagi bila buat text dalam bahasa inggeris dan kiraan yang mudah. Semua dia tak tau.. Pening sangat saya dibuatnya!
Ketika itu bnyak saya Google sana sani kenapa laki saya tak seperti laki normal yang lain pandai cari nafkah dan kenapa tidak boleh membaca al-quran dan english dan matematik mudah walau dah dewasa!
Berkali dia Cuba menyebut perkataan English tapi tetap salah. Kemudian Baru saya tau apa itu Dyslexia.
Disebabkan tempahan yang banyak tetap kami tak dapat deliver on time sebab hanya saya sorang kesana kemari dan dia masih stuck dengan kerja dia.
Pelanggan makin berkurang dan komitmen makin bertambah. Akhirnya saya kecundang sampai meminjam Ahlong.
Klien saya yang rapat ramai kesian pada saya dan menyalahkan suami saya sebab terlalu perlahan buat kerja yang simple sahaja pun.
Episod hitam saya bermula bila dah pinjam Ahlong kereta ditarik rumah hakmilik saya sepenuhnya di lelong. Keluarga saya mula membenci suami saya dihina saban hari.
Saya sangat tertekan masa tu kami sudah dikurniakan 3 anak. Tambahan lagi saya fokus kelemahan dia yang tak pandai baca Al0quran, surah2 dan mengira.
Akhirnya, saya ambil keputusan bercerai sahaja. Saya asyik salah kan dia kenapa dia tak seperti lelaki lain yang normal ada visi untuk keluarga dan pandai cari nafkah. Saya yang penat fikir nak kumpul wang dan ada rumah yang besar.
Kami bercerai 1 bulan sahaja. Saya berasal dari keluarga kecil dan tidak supportive. Hari2 dihina dan dikutuk.
Yelah saya tiada apa2 ketika itu! Terduduk habis! Saya kesunyian anak2 dihantar ke rumah mak mertua. Saya rasa mahu bunuh diri sebab rindu pada anak2.
Pada suatu hari saya fikir kenapa saya di uji dengan berat sebegini. Mungkin ada silap saya yang Allah nak beri balasan.
Ya saya bukan anak yang baik masa remaja sering melawan ibubapa walaupun dalam keluarga saya yang paling pintar! Ini mungkin balasan Allah.
Disebabkan rindu yang tak tertahan pada anak dan saya tiada siapa2 (tiada support system). Saya ambil keputusan rujuk suami.
Ye ketika cerai kami masih hubungi antara satu sama lain. Kami tidak pernah bergaduh kami cerai pun cara baik pada masa tu.
Saya ambil keputusan saya minta dia kerja semula makan gaji. Disebabkan kami berniaga kami mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam penerbitan (sebab kami buat a to z).
Dia ditawarkan gaji yang agak tinggi. Tapi hati saya rasa curiga bolrh ke dia perform disebabkan dia tak pandai berbahasa English dan mengira kecuali tambah sahaja.
Telahan saya benar. Bulan ke 3, syarikat dia menurunkan gaji nya lebih 3/4!
Suami saya hanya lepas bayar sewa dan barang dapur shaja. Memang suami tak kedekut walau gaji dia sangat sedikit..
Saya redha.
Saya ketika ini betul2 mengadu pada Allah. Saya tak boleh bekerja disebabkan saya ada sakit fibroid yang agak teruk.
Ketika ini keluarga saya masih menghina saya. Yelah..saya hanya menyewa di apartment dan tiada kenderaan. Mereka jangkakan saya pandai pastinya punya rumah besar dan kehidupan yang sempurna. Mungkin ini ujian saya.
Akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak memiliki langsung kenderaan. Fokus pada anak2.
Saya create hibah paksa suami bayar sebulan RM50 disebabkan kami tiada savings yang banyak. Dan saya meniaga online. Dan ambil permohonan sebagai pesuruh Jaya sumpah.
Saya cuba bina kerja yang tidak melibatkan majikan. Bayangkan pendapatan suami isteri RM3k duduk di KL! Tapi hati saya makin tenang.
Saya biar kan orang nak kata apa. Dah biasa dihina oleh keluarga sendiri. Saya redha keadaan suami saya asal kan dia hafal al-fatihah dan zikir. Saya redha…
Saya juga telah ke klinik swasta untuk pengesahan anak saya yang pertama sama ada dia ada Dyslexia atau tak. Walaupun dia tiada ciri-ciri terse but. Tapi disebabkan saya terlalu inferior. Alhmdulillah anak sulong tiada Dyslexia.
Kepada kisah adik yang sebelum ini SUAMI BUTA HURUF. Mungkin dia Dyslexia. Banyak kan membaca Terima kekurangannya. Cuba fokus pada kebaikan suami. Pasti ada!
Fokus pada famili dan kurangkan bermedia sosial. Ini penting sebab jika tidak kita akan terus membezakan diri kita kenapa kita tak bercuti kenapa kita tak dapat hadiah hebat2 dari suami.
Kalau suami tak mmpu beli baju kita cari duit sendiri dan reward diri sendiri. Persetankan orang kata apa! (saya tau bukan mudah!) Bina self development! Ingat Allah.. InsyaaAllah… Tenang.
Fokus pada diri Dan keluarga insyallah adik bahagia…
Doakan saya terus tenang…. Aamiin…
– Dyan Erina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit