Kepada Lelaki Yang Nak Isteri Cantik

Salam 1 Malaysia guys. Confession ni bertujuan untuk menyedarkan lelaki-lelaki yang bergelar suami yang asyik komplen isteri tak cantik, naik badan, kulit mengerutu, rambut macam sawang labah2 dan mcaam2 lagilah tohmahan yang aku selalu dengar.

Aku wanita bujang, memang pada dulu lagi aku memang jaga penampilan. Berhabis jugaklah untuk produk dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Kawan2 lelaki ofis aku selalu mengeluh kononnya wife dorang dah tak cantik. Ada jugak bila balik kampung, sepupu lelaki boleh mengutuk bini dorang depan2 orang ramai.

Aku yang jadi perempuan ni amat kasian dengan golongan wanita. Para lelaki cukup tidak tahu dan tidak memahami yang cantik ini perlukan kos yang tinggi.

Mereka hanya tahu komplen, wife aku gemuk, muka berjerawat lepas beranak. Ada anak satu tapi macam anak sepuluh, bau bawang sampaikan aku takut nak kawin. Jadi trauma sekiranya husband aku sendiri mengutuk aku kat belakang.

Sedih.. sape tak sedih dihina mcmtu. Wife sepupu aku sampai menangis2 sebab diperli oleh husband sendiri.

So pada yang tak sedar diri ni, meh aku kongsi kos minimum aku utk sebulan untuk kekal and maintain cantik.

1) Perawatan rambut.

Shampoo aku pakai yang ditempah khas di laman sesawang. Matrix nama brandnya. Termasuk dengan hair masker dan conditioner sebulan berharga RM500++

Aku buat rawatan rambut di saloon sebulan sekali. RM120 sekali rawatan. So dah total RM620.

2) Perawatan kulit wajah.

Aku pakai jenama dior. 3 bulan sekali aku restok dalam RM2000. So sebulan dalam RM650++. Tu tak termasuk masker. Kadang aku tak beli sebab nak jimat kos. Aku pakai masker buatan sendiri je.

Aku akan ke spa sebulan sekali untuk buang kekotoran kulit wajah. Dalam RM300 macam tu sebulan. So total RM950++ sebulan.

3) Perawatan kulit badan.

Waxing dan spa sebulan sekali RM400. Produk kulit aku pakai mustika ratu. Lulur mandian dia memang bagus. Dalam RM70 sebulan. So rawatan kulit sebulan RM470.

4) Make up.

Aku memang peminat Dior. Restock 3 bulan sekali dalam RM400 sebulan.

Wahai lelaki, ini hanya anggaran untuk wanita bekerjaya macam aku. Kenapa mahal? Sebab aku takde masa nak lulur sendiri or salon di rumah.

Aku bukan dari golongan kaya, tapi aku usaha sendiri untuk puaskan hati sendiri. Walaupun aku bertudung. Memang aku jaga rambut supaya tidak berbau.

Ini tak dikira harga baju, beg tangan dan rawatan lain seperti manicure dan pedicure. Komplen nak isteri cantik macam model, tapi korang ada tak bajet macam diatas?

Kalau nak murah, belikan isteri produk dan jaga anak sementara isteri nak berdandan cantik. Ni tidak, jaga anak, isteri. Masak, isteri. Kemas rumah pun isteri.

Isteri jugak perlu bekerja, balik rumah kelam kabut nak jaga RAJA macam korang. At last korang boleh mengumpat isteri masing2 kat belakang.

Aku tak kata semua, tapi aku dah selalu dengar komplen dari lelaki2 yang tak sedar diri ni. Siap nak takel aku, konon aku pandai jaga diri.

Hello! Kau ingat jaga dengan air kosong je? Hormatlah isteri korang kerana mereka susah payah menjaga rumahtangga. Apa perasaan isteri kalau dia tahu suami mengutuk dia kat belakang?

Ada jugak yang berani share hal2 dalam kain, badan isteri hitamlah, takde nafsulah. Cermin diri sendiri saudara. Korang hensem sangat ke? Nak isteri cantik, jangan lokek berikan dia duit dan masa untuk dia kekal cantik.

Jangan bandingkan isteri korang dengan isteri orang lain. Tubuh badan manusia ni tak sama. Ada yang naik badan bila dah beranak pinak, ada yang maintain kurus tapi kulit semakin gelap.

Aku sebagai wanita solo inilah selalu kena tempias. Dibandingkan aku dengan bini masing2. Kacau text tengah malam. Memang tak tahulah apa yang ada dalam kepala lelaki tersebut. Tak malukah anda??

Sebab itulah bila isteri jadi janda terus naik saham, tau tak kenapa? Sebab dia ada masa untuk berdandan dari jaga korang yang ramai nye macam biawak hidup kat rumah.

Maaf luahan ini agak kasar, tapi aku hanya ingin share pengalaman aku sepanjang komunikasi dengan suami orang dipejabat.

Buat lelaki, hargai isterimu..

Seikhlas hati,

– Laura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *