Assalamualaikum wbt. Aku bukan nak generalize kan semua restoran dalam mall pengotor, tapi aku just share dari pengalaman aku.
Aku pernah kerja sebagai waiter di beberapa buah restoran dalam mall yang agak famous (termasuklah restoran fastfood).
Well, ramai orang kita suka makan dekat restoran dalam mall sebab kita fikir, kebersihan dijaga dan makanan tu jauh lebih secure dari makanan kat gerai or warung. Yelah restoran dalam mall mesti ada SOP dari segala benda.
Well, secara theoretically yes, restoran dalam mall memang sangat bersih, terjaga, kualiti terjamin dan sentiasa fresh. Itu kalau ikut SOP lah. Tapi, tak juga. Meh aku expose.
Mula-mula aku pernah kerja di restoran A. Favourite food aku. Fast food restaurant. Aku excited nak kerja situ sebab aku nak tahu macam mana makanan favourite aku sebenarnya dihidang. Hari pertama kerja aku diberi penerangan tentang SOP.
Wow! Just wow! Aku terpegun dan gembira melihat SOP bagaimana makanan dibuat. Aku suka melihat kebersihan dan prosedurnya teliti dan selamat. Tiada isu pencemaran atau isu kotor.
Tapi, itu hanyalah SOP. Tak semua pekerja jujur. Well aku sebagai orang baru, aku banyak memerhati bagaimana senior staff bekerja termasuklah manager.
Dari cara penyediaan makanan sampailah makanan siap dimasak, semua aku perhati. Genap sebulan aku bekerja, baru aku nampak sisi gelap restoran ni.
Daripada SOP yang sangat perfect tu, hanya beberapa percent je yang betul-betul diorang patuh. Selebihnya diorang main bedal je sebab alasan : nak cepat, tak nak rugi dan takde sape nampak pun.
Makanan yang patut dibasuh, kadang diorang tak basuh pun. Alasannya, nak cepat. Kalau basuh makan masa.
Kadang-kadang makanan tu pernah jatuh atas lantai tapi diorang kutip balik sebab tak nak rugi. Bahan makanan expired pun kadang-kadang diorang guna lagi walaupun patutnya dah dilupuskan. Alasannya tak nak membazir.
Walaupun aku sebagai staff baru, aku memang tak boleh dan alergik sikit bab kebersihan. Bayangkan, dah la tu favourite food aku.
Selama ni aku suka makan makanan tu, tapi bila tengok penyediaan makanan main cincai je staff prepare, yang jatuh atas lantai tu pun diorang boleh kutip balik.. Terus aku rasa geli tekak nak makan lagi makanan tu..
Aku pernah mengadu dekat manager, tapi manager boleh jawab,
“Kalau makanan yang jatuh tu kita buang, sape nak tanggung rugi? Awak? Awak nak tolong bayar ke kerugian tu semua?”. Sebab setiap hari memang diorang nak cepat so biasalah ada makanan terjatuh whatsoeva.
Dapur diorang pun masyaAllah kotor dia takleh bawak bincang. Kadang lipas pun boleh berjalan-jalan dekat tempat letak makanan tu. Tikus pun pernah jumpa. Wekk geli tekak aku bila mikir. Jijiknya di sebalik tabir, tapi customer sentiasa penuh siap beratur panjang setiap hari.
Kadang makanan tu tak masak sepenuhnya, masih ada darah merah tapi staff cakap lantaklah. Kalau ada customer notice baru diorang recook balik. Apooo.
Ya Allah kesian kat customer yang tertipu dengan imej bersih restoran ni. Yelah dah restoran ni selalu masuk tv. One of fav makanan rakyat Malaysia jugak.
Tapi bila QC & audit nak datang, inspektor kesihatan datang check, bahagian halal jakim datang, management mall datang, pandai-pandailah diorang berlakon. Tetiba je haritu terus semuanya bersih dan ikut SOP.
Makanan jatuh terus buang. Makanan lebih jam dia terus buang. Tak de la simpan makanan dari pagi sampai ke malam. Memang auto perfect la masa tu.
Dapur terus bersih, lipas tu pandai menyorok masa tu. Sebab tu boleh dapat rating A untuk restoran. Yelah semuanya fake je masa tu, berlakon je lebih. Kau tunggu je bila semua yang datang check tu blahhh, terus keadaan kembali biasa.
Aku heran jugak, kenapalah yang datang check ni tak buat ambush je ke, barulah tahu tahap kebersihan restoran tu macam mana. Ni nak datang check pun staff boleh tahu, lagi sejam nak datang pun sempat lagi berlakon dan prepare mana yang patut.
Dan dan je bahan dah expired manager sorok. Pastu guna balik yang dah expired tu. Dan dan jugak la staff buat cleaning masa tu. Yelah benda boleh berlakon watpe nak jujur.
Pernah la aku tegur staff lama ni, tolonglah buat kerja bersih sikit. Makanan raw tu tolong basuh dan cuci, sebab diorang memang tak basuh. Pastu diorang boleh cakap, “bukan ada orang tau pun kitorang tak basuh melainkan kau yang bocorkan.
Kau jangan nak bagitau sesape eh kalau nak kerja lama sini”. Sempat pulak aku kena ugut. Kadang bila mengadu kat manager, manager pun tak membantu. Manager pun tak berani tegur staff lama tu sebab staff tu staff kesayangan dia.
Sempat la beberapa bulan kerja, aku resign. Tak sanggup dah nak bersubahat buat kerja tak bersih. Nak bagi makan orang tapi tak bersih.
Yela aku faham staff semua penat, kerja pun main cincai je sebab customer sentiasa penuh. Penat woo kerja tak berhenti. Takleh duduk kena berdiri manjang.
Kejang rasa badan. Balik kerja habis sakit satu badan. Memang penat kerja F&B line ni, gaji pulak ciput. Memang tak ikhlas la keje dorang ni.
Once again, aku highlight bukan semua staff camni dan tak semua franchise dia camni. Aku cuma share pengalaman kat tempat aku kerja je.
Lepas resign, aku pergi masuk restoran lain pulak. Dalam mall jugak. And the same thing happened. Restoran hat ni ada foreigner staff. Staff non muslim dia berlakon jadi muslim. Kuota untuk staff muslim kat kitchen pun tak dipatuhi.
Bila qc & audit datang check baru dia letak staff muslim sebagai tukang masak. Kalau tak selama ni non muslim je yang masak. Muslim jadi waiter duduk depan sebab nak bagi nampak yang staff situ semua muslim. Padahal kat dapur tu non muslim yang pengotor masak.
MasyaAllah restoran ni lagi pengotor sebab diorang handle makanan pun tak basuh tangan. Kadang diorang suka sentuh sentuh makanan dah masak sebab nak rasa or nak tahu texture dia guna jari yang tak basuh. Keluar toilet terus pergi sentuh makanan sana sini. Ewww. Jijik
And the same cycle happened. Then i resign, go to another restaurant. Pun sama. Lagi pengotor. Sebab pernah jumpa lipas dalam makanan dia. Ewww.
Pernah jumpa ulat dalam makanan. Pun fast food jugak. Yelah memang la jumpa ulat sebab makanan tak basuh pastu kadang makanan tu adalah makanan semalam tak habis pastu reheat reheat sampai la abang jamil mampus. Sebab tak nak rugi katanya.
Sudahnya, aku buat kesimpulan yang restoran dalam mall tak sebersih yang kita sangka. Gred A yang tertayang di kedai tak seindah yang kita bayang.
Di sebalik kebersihan dan kekemasan yang kita nampak, yakinlah ada staff tak jujur dan main cincai je buat kerja kat dapur tu.
They are all human. Dah kerja berbelas tahun, rutin yang sama, maybe dah bosan dan dah tak kisah jadi pengotor except during audit and qc check by mall management and halal jakim. Terus auto jadi bersih.
Aku rasa yang tukang check ni kena selalu main ambush, supaya boleh tahu tahap kebersihan yang sebenar. Gaji pun tolong naikkan, staff ni banyak kerja tak ikhlas sebab rasa macam kuli batak. Kerja takde life. Dah la penat.
Ini baru restoran fast food dalam mall. Mamak aku lagi tak confident tahap kebersihan dia. Lagi pulak aku pernah ada sejarah hitam di beberapa kedai mamak yang buat aku turn off dengan mamak.
Well itu jelah coretan aku buat maseni. Apa pun rajin rajinlah memasak, sebab bila masak sendiri, kita tahu tahap kebersihan kita berbanding makan di kedai. Ciaoooo…
– Lijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit