Surat Untuk Abah dan Adik-adik Kesayangan

Assalamualaikum abah dan adik, kakak tahu semua dalam keadaan gundah gelana.

Andai abah dan adik-adik tahu yang kakak turut sama sedih. Kakak penyebab semua keadaan ini berlaku. Kakak penyebab rumah kita disihir. Kakak penyebab abah dengan adik-adik merana.

Kakak sayangkan abah dan adik-adik. Andai sahaja kakak boleh gantikan tempat kalian. Biar kakak je yang sakit. Biar kakak je yang merana. Kakak sanggup mati untuk kelaurga kita.

Andai abah tahu kakak tak dapat memilih antara keluarga dengan tunang kakak sendiri. Kakak mahukan kedua-duanya.

Iya. Kakak tahu kakak tamak. Ni juga membuktikan kakak bukan anak yang baik untuk abah… Kakak pon tak sangka kita ada dalam keadaan sekarang.

Kakak tak sangka orang nak pisahkan kita dengan cara menghantar sihir… Abah usaha untuk merawat. Adik-adik pon sama. Iya saya hargai usaha abah dan semua. Saya juga tak lekang mendoakan keluarga kita moga sentiasa dilindungi…

Andai semua tahu hati kakak hancur bila sekampung fitnah kakak sakit disantau tunang sendiri. Ustaz yang datang untuk ruqiyah juga dah katakan yang kakak tiada apa-apa.

Kakak bersyukur sangat abah. Tapi kakak tak faham kenapa abah tak boleh terima kata-kata ustaz tu. Abah layan kakak tak macam dulu. Bila kakak balik rumah kak perasan abah berbisik-bisik belakang kakak dengan adik-adik…

Kakak nampak abah. Kakak sedih setiap kali kakak nampak. Setiap kali abah dengan adik-adik senyum pada kakak, kakak tak pasti senyuman tu ikhlas ke tak… Kakak juga tahu abah dan adik-adik merupakan orang yang mula sebarkan cerita tentang kakak.

Bila saya tanya abah kenapa boleh jadi macam ni abah cuma cakap ni semua kasih sayang abah untuk kakak.

Maafkan kakak abah, kakak tak faham kasih sayang macam mana ni… Kakak keliru sebab bagi kakak sepatutnya aib kakak abah lindungi. Bukan buat macam ni…

Tunang kakak tak salah. Kakak tak de sebab untuk tinggalkan dia. Kakak diam-diam jumpa ustaz sebab kakak nak buktikan yang kakak sihat dan tunang kakak tak buat apa yang abah cakap.

Dan alhamdulillah terbukti kakak sihat dan tunang kakak tak terlibat… Tapi abah dan adik-adik tetap tak percaya. Susah ke abah dengan adik-adik nak percaya kakak.

Kakak penat bila setiap kali balik kampung abah bercerita tentang hal sihir ni. Makin lama cerita makin pelik. Makin tak masuk akal.

Kalau abah tak terima hubungan saya dengan tunang kenapa abah terima pinangan hari tu… Berkali saya tanya pada abah sebelum tali pertunangan kakak diikat…

Buat adik-adik kakak yang kakak sayang. Kakak nak kalian tahu yang kakak juga turut sedih. Kakak juga marah dengan si penghantar sihir. Kakak marah bila ade orang buat abah. Kakak terduduk bila tahu adik-adik turut sakit.

Kakak sayangkan korang semua. Dari dulu sampai sekarang kakak berkorban jiwa raga untuk bagi kalian membesar elok dan berjaya… Tipu lah kalau tak rasa pedih bila lihat kalian sakit. Hati kakak hancur.

Kakak tahu kakak bukan kakak yang sempurna untuk kalian… Kakak tak mampu nak gembirakan hati semua orang dengan menurut telunjuk kalian sepanjang hidup kakak… Kakak ambil keputusan untuk berkahwin dengan tunang kakak demi hidup kakak sendiri.

Pertama kali dalam hidup kakak, kakak buat keputusan dengan memikirkan diri sendiri. Selama ni kakak dah abadikan hidup kakak untuk kalian. Kakak dah ‘all out’ dalam berkhidmat untuk kalian.

Andai kakak tak menurut permintaan kalian untuk kali ini kakak mohon ribuan maaf. Berkali-kali kalian cuba ‘brain wash’ pemikiran kakak untuk tunang kakak. Tapi kakak tak berubah.

Maafkan kakak ye. Kata-kata hinaan kalian terhadap tunang kakak asyik berlegar dalam fikiran kakak.

Ugutan-ugutan kalian pada kakak pon kakak tak boleh lupa sebab kata-kata tu keluar dari mulut orang yang kakak sayang. Kakak terguris adik… Lukanya sangat dalam… Kakak hampir putus asa dengan keluarga kita.

Iya kakak derhaka… Beribu kali dah kakak dikatakan begitu. Sejak dulu lagi kakak dah terbiasa dengan kata-kata tu sehingga kak dah tak de rasa bila dikatakan derhaka terhadap abah.

Kakak perlu cari kekuatan untuk semua ni. Kakak dah usaha sehabis baik. Sikit pon hati kakak tak berpaling adri tunang kakak. Walaupon kakak sentiasa solat istikharah minta petunjuk dari yang maha esa.

Kakak dalam persimpangan yang mana kak perlu memilih salah tu sahaja. Maafkan kakak kalau pilihan kakak mengecewakan. Maafkan kakak abah. Maafkan kakak adik. Kakak cuma pembawa sial untuk keluarga kita.

Andai kata dengan pemergian kakak dapat selesaikan semua masalah. Kak rela pergi membawa diri… Jauh dari kedua-dua pilihan. Maafkan kakak andai kakak bukan yang terbaik.

Buat abah dan adik-adik kakak terpaksa meluah disini. Kakak tahu kalau kita berbincang mengenai perkara ini. Kata-kata kakak tiada nilainya.

Ape yang kakak cakap cuma kata-kata daripada orang yang sedang sakit… Bagi abah kakak tak normal. Kakak terpaksa meluah disini untuk kurangkan beban dihati.

Buat si penghantar sihir. Sudah-sudahlah menzalimi keluarga ku. Mohon kamu berhenti berusaha menyihir keluarga aku. Tiada manfaat sedikit pon… Tiada apa yang kau mahu rebutkan dari aku. Aku cuba memaafkan kamu dan aku berharap keluarga ku juga begitu…

– Milah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *