Adik Beradik PEMALAS

Assalamualaikum warga iiumc. Sebelum ni, aku percaya banyak artikel menyiarkan tentang adik beradik yang pemalas.

So tujuan aku menulis artikel adalah untuk menceritakan pengalaman aku sendiri deal dengan orang pemalas sejak berkurun lama.

Kalau sebelum ni, ramai yang assume lelaki ni pemalas. Kalau buat kerja rumah automatik hilang macho.

Tapi situasi aku sekarang terbaik. Ini adik beradik aku which is dua orang kakak aku dan sorang abang ni pula jadi pemalas.

Jadi aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku.

1. Bagi kucing makan. Rumah aku ada banyak sangat kucing. Ada dalam 11 ekor tak silap. Aku ni pelajar Form 6. Balik rumah kadang kadang pukul 2.30 petang – 3.30 petang.

Kadang bila aku balik tengok kucing masih berlapar tak makan. Jadi itu tugas aku untuk bagi kucing makan.

Abang aku tuh dia menggangur sejak keluar dari poli dan tidak mencari kerja sambilan. Bila aku balik memang kerja aku bagi kucing makan + buang najis mereka + kemas sangkar dan lain lain.

Orang lain mungkin akan kata kerja tu senang tapi kucing kat rumah aku banyak so itu memang tanggungjawab aku.

Nak harapkan abang aku? Dia tuh bangun lambat. Kadang bila aku balik masa tulah dia baru nak mandi la apa la. Dia tu memang pemalas sangat. Nak bagi kucing makan pun taknak. Sumpah aku penat.

2. Lepas habis bagi kucing makan aku kena basuh baju yang bertimbun. Sebabkan keluarga aku ni ramai ada 6 orang so aku terpaksa juga buat sebabkan kakak kakak aku ni kerja so aku kena buat.

Macam aku cakap nak harapkan abang aku? Memang tak. Dia tak akan buat. Jadi aku lah yang kena basuh baju dan sidai baju.

Kadang pukul 4.30 baru setel semua kerja. Itu tak termasuk lagi nak siapkan task yang bertimbun. Kalau hari cuti Sabtu dan Ahad kakak kakak pun tak membantu. Ingatkan boleh relaks pada haru cuti tapi tak.

Ye kadang aku faham mereka sendiri penat dengan kerja tapi penat aku? Takde sapa faham. Aku pun ada task sekolah. Aku just nakkan keadilan pada setiap kerja. Aku taknak la aku sorang je yang buat kerja untuk semua orang.

3. Pada hari minggu aku akan bangun awal untuk lipat baju yang bertimbun. Kadang sampai 3 atau 4 bakul baju aku kena lipat sebabkan 5 hari tu sidai baju je.

Lipat baju takde sebab takde masa. Jadi aku sorang jela yang kena lipat baju dari pukul 9-11 pagi. Sumpah la aku penat hadap semua ni. Selain lipat baju aku kena juga sapu sampah, buang sampah, kemas ruang tamu itu semuanya aku yang buat. SORANG.

Kadang ada adik beradik aku ni suka sepahkan barang jadi aku kena kemas balik sebab aku sendiri akui aku akan stress bila tengok barang bersepah.

Setiap malam pukul 1 aku akan turun bawah untuk kemas dapur sebab kadang kadang mereka ni masak magi tapi tak reti basuh kuali. Pastu lauk tengah hari aku kena buang/ simpan dalam peti.

4. Just aku tak puas hati satu perkara lagi lagi melibatkan abang aku. Dia tuh dahla pemalas, menganggur, tak nak ringankan beban aku pastu dia tuh kerja dia tengok neflix je. Kadang aku rasa macam nak sorok je remote TV tuh.

Bangun tengahari terus turun bawah tengok drama korea pastu malam malam ulang rutin sama sampailah pukul 1 pagi. Maksudnya sekarang ni dia tuh tidur lambat.

Dah habis tengok neflix dia akan memekak dalam bilik sebab main PUBG sampaikan aku sendiri tak selesa nak tidur.

5. Mesti ada yang tertanya tanya. Kenapa mak kau tak tolong? Actually mak aku dah tua, dia tak larat semua kerja jadi aku kena ringankan beban mak aku supaya dia tak rasa susah sangat.

How about your dad? No no typical ayah aku macam abang aku je tapi aku malas nak cakap pasal benda ni.

Ada satu lagi sebenarnya. Mak aku ni menjual aneka kuih muih jadi aku kena tolong juga mak aku. Adik beradik aku ada la tolong juga sebab terpaksa tapi aku lagi banyak tolong.

6. Aku experience benda ni sejak sekolah menengah lagi sampai satu tahap aku dah tak tahan. Jadi aku biarkan semua kerja yang tertunggak serahkan kepada orang pemalas.

Priorities aku cuma untuk mak ayah aku sahaja. Adik beradik aku tak boleh. Aku cuma akan lipat baju mak ayah dan aku sahaja.

Pakaian adik beradik aku akan tinggalkan. Sumpah aku penat hadap semua ni. Tolonglah sedar sikit yang sikap pemalas kau tuh dah memberatkan beban aku.

Aku menulis sebab aku nak meluah supaya dapat dijadikan pengajaran buat semua.

Akhir kata aku minta maaf andai kata yang terluka. Aku tahu penulisan aku ni tak menarik macam orang lain jadi aku cuma harapkan mesej aku ni sampai kepada orang lain.

– MUHAMMAD FAUZAN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *