Kawan Tiada Common Sense

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku ni. Aku sebenarnya sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master di sebuah universiti.

Aku punya Master by Research jadi aku banyak masa terluang terutama waktu pandemik ni. Aku duduk dekat rumah sewa. Inilah yang menjadi satu masalahnya.

Aku duduk rumah sewa ni dengan kawan-kawan aku sendiri ada enam orang. Sebelum ni aku tak pernah pun duduk sebumbung dengan mereka ni. Tapi bila aku duduk dengan mereka ni Astaghfirullah boleh gugur jantung aku.

Patutlah orang cakap perempuan yang tinggi-tinggi belajar ni bukan pandai uruskan rumah pun. Tak semua. Tapi ini adalah salah satu contoh depan mata aku lah.

Kalau Master by Research semester 1 memang banyak ada dekat rumah je. Sebab paling-paling kena siapkan proposal dengan bab 1 hingga 3.

Tapi housemate aku yang lain kebanyakannya Research Assistant (RA). Jadi mereka ni memang akan selalu keluarlah. Aku tak kisahlah. Tapi mereka ni selalu bebankan kerja rumah dekat aku dan seorang kawan aku lagi ni Miss N.

Kami barang dapur kongsi, tapi adalah jadual memasak. Tapi jadual tu hanya sekadar jadual. Aku dengan Miss N yang selalu masak. Kadang-kadang bila dekat rumah pun nak tunggu mereka masak tunggulah jam 3 petang baru nak lunch.

Kalau aku lapar, aku masak je la terus. Kadang-kadang aku dengan Miss N dah penat-penat masak, mereka balik cakap dah makan, atau bawa makanan balik rumah.

Bukannya aku dengan Miss N tak tanya sebelum masak, nak makan dekat rumah atau tidak. Lepastu nasi membazir. Nasi tu kadang-kadang sampai 3 hingga 4 orang boleh makan. Aku rasa nak menangis je tengok nasi dibuang-buang begitu.

Beras tu elok-elok 10 kg boleh tahan sebulan, jadi 20 kg untuk sebulan. Kalau time mereka masak, baguslah, tapi lepas masak tak reti nak kemas, sampah tu biar je dalam tapis singki, periuk kuali semua aku dengan Miss N yang basuh.

Kalau bab sampah tu jangan ceritalah. Kadang-kadang sampai 4 hingga 5 beg plastik biarlah disitu. Apalah salahnya dia keluar rumah angkut sekali beg plastik tu. Nak juga disuruh. Kadang kalau siang ikan dengan ayam, faham-faham jelah baunya.

Kalau orang masuk rumah aku, aku pun malu. Ruang tamu tu selalu jadi tempat tidur mereka. Situlah tidur, Situlah study.

Memang sepah tak boleh bayang. Kalah weyh bilik lelaki bujang. Aku rasa bilik lelaki bujang ada lagi yang lebih kemas. Aku sampai tahap rimas, hari-hari nak pergi library.

Bangun tidur jam tenggahari, bila masa nak kemas? Kadang-kadang bangun dah lambat nak masuk office tinggal je begitu. Weyh tak guna la rupa lawa tapi rumah begitu.

Baju kotor pun kadang-kadang aku dengan Miss N yang basuh. Nasib ada ampaian lebih takde la sampai kami juga yang lipat bajunya.

Pernah sekali kawan aku datang, Dia terkejut tengok rumah aku, sampai dia tanya “Kau boleh duduk ke dengan rumah macam ni?” sebab dia tahu aku ni spesies suka kemas and teratur. Janganlah aku cerita macam nak mennagis dah.

Mungkin mereka bebankan kerja dekat aku dengan Miss N sebab kami sentiasa ada di rumah. Iyalah bukan RA kan.

Aku kadang-kadang mengemas rumah tu sampai tengahari, masak, then tidur kejap. Bangun buat kerja, malam dorang dah jejak rumah, bersepah balik. ok aku terus takde mood nak belajar.

Walaupun kami sentiasa ada di rumah tak bererti kami tak sibuk, nak-nak lagi sekarang banyak je online class yang kena join. ada artikel dan tesis kena hadap. Jangan ingat sebab dia pergi office, dia je yang busy.

Itulah orang kata kau takkan kenal dengan dia selagi kau tak duduk sebumbung dengan dia.
Hopefully buat korang yang duduk rumah sewa,

Please lah ada common sense sikit dengan housemate korang. Jangan jadikan mereka hamba abdi korang. Tak guna belajar tinggi-tinggi tapi common sense tiada.

Buat para wanita yang berpendidikan tinggi, tak payahlah demand sangat sampai tak boleh mencemar duli ke dapur, kemas-kemas rumah.

Cuba tengok Tuanku Azizah, walaupun dah jadi permaisuri masih mengerjakan kerja-kerja rumah tangga. Takat level Master je pun tak payahlah diva sangat.

Tak bererti kau duduk rumah sewa kau tak boleh deco-deco rumah. Deco la supaya boleh cipta suasana kondusif untuk belajar.

Doakan aku boleh cepat-cepat habis master dan tak hadap benda ni lagi.

Sekian,

– Miss Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *