Assalamualaikum. Saya seorang ibu tunggal anak 3. Semuanya dah besar-besar meningkat remaja. Menjelang usia hampir 40 tahun, saya terpanggil untuk menulis kerana rasa tertekan dengan ujian hidup.
Ujian hidup saya tidaklah besar, tetapi tetap membebani hati ini. Dengan anak-anak yang semakin membesar, memikirkan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak mahu tak mahu merisaukan juga hati ni.
Sudahlah bapa mereka jarang-jarang bagi nafkah. Nak menuntut pun buat habis tenaga saja.
Kalau ikutkan logik akal, saya tidak mahu lagi berumahtangga. Adakala hati ni berkata-kata bertanya pada Allah, bolehkah Engkau tutupkan hatiku dari rasa ingin disayangi suami?
Aku mohon selalu agar Allah cukupkan aku dengan perbelanjaan menanggung anak-anak sendiri termasuk ibu ayahku yang sudah bersara. Tapi hati ni kadangkala hadir juga rasa rindu berkeluarga. Ingin juga dimanja.
Tambahan gaji pula kecil. Sakit tiap bulan. Aku sudah cuba perniagaan online. Masih sakit. Kerana selalu tak cukup, timbul harapan agar ada lelaki yang baik untukku yang Allah hantar untuk melengkapkan kekuranganku. Aku sentiasa bersedi menjadi isteri.
Sebelum ini, pernah hadir seorang duda berusia beberapa tahun tua dariku. Orangnya aku masih sayang sampai sekarang. Dia workaholic. Siang malam kerja.
Sebelum pkp semua baik2 saja sebab sesibuk mana pun dia, dia tetap akan meluangkan masa untukku. Dan aku cukup faham dengan jadualnya.
Namun semua berubah selepas pkp. Dia terpaksa berpindah ke negerinya memulakan bisnes di sana pula. Dia semakin sibuk malah lebih sibuk dari dulu.
Lama-kelamaan hubungan jadi renggang. Asalnya dia tetap memujukku untuk sabar dengan kesibukannya. Tapi lama-kelamaan aku rasa terabai.
Namun hati tidak pernah ragu dengan kesetiaannya. Entahlah.. Akhirnya sampai di situ saja hubungan kami. Namun ada satu tempat istimewa untuknya di hati.
Kini, aku berkawan pula dengan bos sendiri. Dia suami orang. Status yang aku tentang habis-habisan. Aku bukanlah dari spesis wanita perampas. Semasa awal perkenalan dengan duda tadi lagi, bos ni sudah lama berkenan denganku tapi aku tolak habis-habisan.
Dulu bekas suamiku pernah berkahwin lain, jadi aku memang tentang habis-habisan bab menjalin hubungan dengan suami orang ni. Sebab aku tak mahu melukakan hati wanita lain. Semua rakan tahu ‘stand’ aku. Aku memang ak mahu.
Tapi si bos tak pernah give up. Sampai satu masa aku jadi keliru jadi aku buat solat istikharah beberapa kali sampai aku rasa lega. Makin lama makin mudah dengan dia. Dia bantu aku bila perlu.
Dia ada selalu. Tapi meletihkan. Sangat meletihkan bila kita bekerja satu tempat yang sama. Kami terkadang tak dapat membezakan antara kerja dan personal. Kalau dulu selalu dimarah kita rasa tak kisah. Kini jadi tegang pula.
Kawan sekerja pula mula pandang serong. Cuma mereka tak boleh nak tembak aku sebab mereka tahu bukan aku yang kejar bos tu.
Sebenarnya sejak bos mula usik2 aku, aku dah mula cari kerja baru. Masalahnya setelah pkp, susah..takde company nak ambil pekerja. Ada pun, gaji lebih kecil.
Sekarang antara kami selalu tegang. Kata dia sebab masih baru, dia belum boleh asing antara personal dan kerja.
Aku mula rasa stress. Lebih kepada rasa letihnya hidup ni. Tak mahu bersuami, tapi macam perlu. Bila ada, macam2 hal pula. Ada orang sinis denganku, kata aku ni sibuk nak berlaki.
Dorang tak faham. Ujian kita lain-lain. Mungkin awak tak diuji dengan ujian seperti saya, tapi awak diuji dengan hal anak2, atau kesihatan. Apapun aku bersyukur sebab biar aku saja diuji. Asalk anak2 dan orang tuaku baik2 saja.
Aku meluah ni kerana rasa letih. Kadangkala tertanya mengapa. Sudah puas dulu sedih kerana suami buat hal tak berhenti. Kemudian sedih kerana kehilangan setelah hati kita serahkan.
Sedangkan setelah bercerai dengan bekas suami, aku begitu takut nak bercinta lagi. Orang yang kita harapkan, tiba2 terlepas dari tangan.
Yang kita tak minta, Allah bagi pada kita namun tetap ada ujian. Allah kadangkala tak beri apa yang kita mahu. Tapi Dia bagi apa yang kita perlu.
Semoga Allah kuatkan hati kita semua. Doakan aku.
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit