Assalamualaikum kepada semua pembaca. Penulisan aku kali ini adalah untuk meminta pendapat dan pandangan meraka yang pernah mengalami gangguan suara dari belakang rumah.
Actually Aku tidak pernah mengalami benda ini seumur hidup dan pertama kalinya berlaku di kawasan kediaman kami. Plus Aku tidak tahu nak minta tolong pada sesiapa kerana Aku tinggal dikawasan estet.
Begini kisahnya pada 3 Hari yang lepas Aku bersama keluarga telah pergi ke sebuah sekolah vokasional untuk mengambil adik Aku disana.
Sewaktu tiba dikawasan sekolah adik temperature kereta aku naik mencanak melepasi paras separuh.
Sedangkan pagi sebelum bergerak kami dah isi penuh air. Dijadikan cerita kami rehatkan kereta tunggu sehingga sejuk.
Bila dah sejuk kami melangkah meneruskan perjalanan. Disebabkan kawasan itu terpencil kami rasa sangat bimbang takut kereta breakdown tepi jalan.
Disebabkan risau akan cuaca kami teruskan juga perjalanan dengan harapan sempat sampai dirumah sebelum petang.
Kawasan yang akan kami lalui Ni sangat terpencil hutan kiri dan Kanan Dan line telepon pun kadang Ada kadang2 tidak ada. Mmg mustahil akan Ada mekanik atau towing.
Apa yang aku bimbangkan terjadi. Suami aku memberhentikan kereta dibahu jalan dikelingi hutan. Suami buka Bonet depan kereta Dan simbah air agar sejuk dan selepas tu ingin menambah air didalam tangki.
Namun enjin kereta masih boleh hidup dan kereta boleh bergerak cuma aircornd keluarkan haba panas.
Kami teruskan juga perjalanan ke depan sedikit kerana disitu terdapat sebuah surau ditepi jalan untuk kami berteduh seketika.
Memandangkan kereta tidak sejuk anak2 Mula rasa rimas aku ambil keputusan untuk masuk kedalam surau tu dan meletakan anak aku yang tidur sambil ambil peluang utk solat zohor.
Jam ketika itu 3.45. Aku rasa sangat bimbang kerana takut hujan lebat turun dengan keadaan aircond kereta sudah tidak dapat berfungsi akibat suhu temperature naik tadi.
Setelah sejam berlalu suami aku hidupkan kereta setelah menambah air. Perjalanan kami untuk sampai kerumah lebih kurang 45 minit perjalanan saja lagi.. dan mmg dikelilingi hutan dan pokok sawit.
Ketika itu kami mmg hanya mampu bertawakal kepada Allah agar kami cepat sampai dirumah. Alhamdulillah kami sampai dirumah dengan selamat.
Hal kereta kami akan settle dengan memanggil mekanik kerumah sebab kawasan kami ni pedalaman iaitu estet so memang tiada bengkel berdekatan.
Setelah dua hari kejadian itu tiba-tiba ketika aku membuat susu anak jam 11.30 malam kedengaran sayup2 suara meminta tolong….
Pada awalnya aku tidak mengendahkan kerana aku sibuk membancuh susu tetapi ketika aku berdiri untuk meneliti suara itu ternyata mmg Ada suara yang sedang meminta tolong.
Aku terus lari kebilik mendapatkan suami. Rupa-rupanya suami Aku pun mendengar suara itu ketika berada didapur. Cuma aku mendengar suara lelaki manalaka suami mendengar suara perempuan.
Ketakutan dan kebimbangan kami memuncak bila memikirkan keselamatan kami dan anak2. Suami terus menelefon jiran bersebelahan.
Jiran pula tidak mendengar apa2 suara. Kami menelefon pula ke pos polis bantuan untuk mereka membuat rondaan. Tetapi tiada apa2 yang mereka temui.
Keesokkan harinya aku mengadukan hal ini kepada jiran yang lain. Memang hairan kerana mereka tidak mendengar apa2. Setelah 12 tahun menetap dikawasan ini pertama Kali kami diganggu.
Malam berikut Aku dan suami masuk tidur awal Dan tidak mahu mengendahkan apa2 kerana kami tidak mahu memikirkan perkara itu lagi.
Namun ketika aku sibuk didapur jam 7.30 pagi suara itu datang kembali. Kali ni suara itu mendayu2 meminta tolong dan seaakan2 terseksa menanggung sakit.
Aku semakin takut dan terus mengejutkan adik untuk mendengar suara itu. Ya adik Aku dapat mendengar suara yang sama.
Aku terus menelefon suami Dan memintanya memeriksa kawasan dibelakang rumah.
Untuk gambaran dibelakang rumah aku terdapat sebaris rumah lain bukannya hutan dan kawasan rumah dibersihkan oleh tukang kebun setiap hari.
Sekarang ni aku sangat bimbang terfikir2 darimana datangnya suara itu.. Jika manusia.. Sudah pasti aku akan tolong jika menemui lokasi dia. Tetapi aku dah puas mengelilingi kawasan rumah namun tiada apa2.
Aku memang mengaji setiap hari dan selalu juga bangun untuk sembahyang ditengah malam. Namun ketika ini aku merasa macam takut dan sesuatu sangat.
Adakah ini gangguan mahluk halus? Sebab aku da cek keadaan keliling. Ada ke gangguan macam ni terjadi pada kalian? Macam mana nak hilangkan sebab aku rasa terganggu.
Yang benar,
– Puan A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit