Jiwa aku merintih sakit akibat orang ketiga. Hidup bagaikan sudah bermadu, jumaat sampai isnin petang dirumah kami.
Yang lain disana bertapa hancurnya hati sebagai isteri.
Setiap hari air mata menjadi santapan, hanya Allah tempat mengadu.
Aku seorang ibu dan Suri rumah sahaja.
Yang tidak dipandang dengan penuh rasa sayang, hanya kejian hinaan yang ditaburkan.
Direndahkan diri tanpa belas ikhsan, aku tiada sumbangan kewangan dalam keluarga tetapi aku mencuba jadi isteri yang taat pada suami dan tanpa disuruh aku juga sedaya upaya menjaga amalan ibadah aku.
Suami yang kukasihi beralih arah, mendesak diri aku supaya terima kehendak dia.
Martabat aku sebagai isteri hancur Pada suami aku banyak bercerita kisah harian aku, bermanja berkasih sayang bergurau, bergaduh, segala-
Aku terus tidak diendahkan, saat dia anggau bercinta dia banyak memandang aku dengan hujung mata dia dalam keadaan yang sangat sinis, memarahi aku dengan kata yang sinis, hanya kata-kata meluat sahaja dilemparkan,
Perkahwinan 10 tahun nothing dia kata, Ya Allah segala pengorbanan aku tidak dipandang lagi.
Dia merasakan dia lebih berkuasa hanya kerana dia ketua keluarga, dan dia kata aku bayar semua ini untuk hidup kau, aku yang mencari rezeki, aku yang bagi kau makan.
Bermulalah episode cinta mereka tanpa rasa segan, tanpa rasa hormat.
Biarlah ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup aku.
Pelbagai dugaan hadir, kedukaan aku bertambah-tambah pilu, sebagai isteri aku masih mengharapkan suamiku kembali,
Tapi lama kelamaan hati aku semakin sakit dan sedar diri, aku merasakan diri aku sangat rendah, walaupun keluarga aku menjaminkan kesenangan pada aku dan anak, tetapi aku masih tekad meneruskan perkahwinan ini, walaupun hidup bermadu.
Saat mereka diambang kebahagian aku hanya menjadi saksi kehangatan mereka,
Ketika aku masih berdoa selesai solat dhuha suami aku menjawab panggilan kekasih hatinya dengan penuh hormat dan sayang berkata dalam nada yang romantic dan lembut, aku berair mata meraung kepada Allah,
Aku memarahinya aku nyatakan yang aku masih bernyawa didalam rumah ini, kadang-kadang emosi aku terganggu hampir gila dibuatnya,
Aku menjerit memarahi suami aku, bila izin telah kuberikan untuk berpoligami, dia semakin menunjuk kebahagian dia, aku hanya jadi CCTV, melihat dari jauh suami aku senyum ketawa bergayut, berbalas whatsapp,
Tidak ada seorang isteri yang ingin bentang carpet merah meraikan kebahagian suaminya bersama orang ketiga, aku bukan seorang wanita yang zuhud tidak sempurna yang juga mempunyai hati yang memberontak, memang aku izinkan suami aku bernikah lagi,
Tapi dengan keizinan itu suami aku semakin hanyut dibuai asmara, semakin melupakan aku yang bersusah payah untuk hidup bersama dengannya sehingga sekarang,
Aku pernah hidup dengan suami aku 10sen pun tak ada, diawal perkahwinan kami, hanya rumah flat yang tak ada langsir, tidur beralaskan tilam narita yang buruk zaman belajar, nak bagi empuk bawah tilam itu aku bentangkan kotak TV.
TV itu aku beli buat pinjaman aeon aku yang bayar secara ansurans, ketika itu aku masih berkerja.
Betullah ada pepatah menyatakan isteri diuji saat suami tidak punya apa-apa, dan bila ada segalanya isteri diuji lagi dengan orang ketiga, isteri ni sentiasa diuji.
Banyak episode cerita bahagia mereka, dan banyak episode cerita duka aku. Tidak dinafikan suami aku awalnya seorang yang bertanggungjawab dan taat kepada perintah Allah.
Dia lah yang sentiasa cuba menjaga solat diawal waktu, aku cukup berbangga dengan memilikinya dan bersyukur, solat sunat yang lain juga dijaga terutama dhuha, selalu mengaji alquran saat lewat malam,
Tetapi segalanya berubah saat kewangan stabil dan berlebihan, dari pada sumber sahih suami aku digoda oleh perempuan ini, diawalnya suami aku tidak melayan tetapi lama kelamaan dia terbuai juga, terkejut rakan sekerja melihat.
Diawal dulu suami aku hanya memberikan alasan kerja supaya boleh balik lewat, atau tidak balik langsung, rupanya aku ditipu.
Tanda mimpi yang hadir sangat mencemaskan.
Diawalnya Allah hadirkan mimpi melihat kecurangan suami, 5 kali aku mimpi yang sama, paling sedih mimpi tu anak aku menjerit, ayah beberapa kali tetapi suami aku tidak mengendahkan panggilan anak aku terus berlalu pergi sambil berpimpin tangan, meninggalkan kami dibelakang.
Ini takdir Allah yang membolakkan hati suami aku, seorang ayah yang baik terima siapa anaknya, zara sangat manja rapat dengan ayah. Aku ringkas cerita ini bagaimana aku tahu suami berlaku curang, Allah takdirkan isteri ada naluri yang kuat.
Jumpa rambut bercolor di seat sebelah ketika aku nak driving pergi pasar, beberapa helai rambut, ini memang plan nak aku tahu ke, ntah lah niat betul atau tidak,
Masa itu hancurnya hati, kereta connect Bluetooth phone husband aku, beberapa Kali nak drive ada panggilan masuk aku jawab suara perempuan terus cancel call, situ je aku dah boleh agak.
Mood husband aku sangat happy untuk diri dia jelah senyum sentiasa, phone bawa ke toilet, celah ketiak ketika Tidur, panggil aku sayang dah tentu 15 tahun panggil aku ayang macam mana tertukar sayang, orang anggau gitulah tidur mengigau.
Gelisah sentiasa, sentiasa cari peluang untuk hilangkan diri. Perbuatan hariannya berubah. Tidak memuji masakkan aku, selalu marah atau tidak pedulikan lagi.
Tiga bulan suami aku tidak tidur dirumah, balik beberapa hari sekali hanya beberapa jam, dan paling sedih 15minit sahaja, masa itu aku mengaruk memarahinya aku hampir gila dibuatnya, anak aku berlari dalam keadaan sangat tidak keruan, ibu ayah nak pergi mana,
Ayah baru balik ayah dah pergi ibu marah ayah sebab tu ayah pergi kata-kata anak aku sangat memilukan, dia memanjat tingkap rumah sambil jerit ayah nak pergi mana baru balik, suami aku meninggalkan kami begitu sahaja.
Meraung anak aku menangis bersama aku.
Berganti hari suami aku tidak pulang, sampai banyak kejadian yang memilukan, aku berusaha menjejak suami aku, tetapi tidak berjaya, semua condominium johor aku pergi sendiri naluri hati aku kuat menyatakan suami aku tinggal disini sahaja.
Semua melalui naluri, berdoa minta Allah tolong aku beri petunjuk.
Sebelum Pkp bermula banyak kejadian memilukan, suami aku share dekat story instagram gambar berdua diikea tebrau, gambar kasut dicarpet hitam situ je jantung aku bagai nak pecah. Keseronokan percutian mereka, tapi memilukan bagi aku.
Saat mereka pulang bercuti ada kisah yang Perit dirasai biarlah ia menjadi memori, hanya kami keluarga lebih mengetahui.
Dalam perjalanan pulang ke johor aku bersama suami aku dari kampung sebab ada perkara memilukan selepas percutian mereka, itu pun melalui Naluri, suami aku menuduh kawan-kawan dia tetapi sorang pun tak tahu atau bercerita Allah kan kaya.
Perempuan itu merajuk suami aku tak lekang dengan phone, sentiasa mendial takutnya dia, resah gelisah aku disebelahnya hanya berair mata,
Sampai kami berhenti untuk makan, suami aku berjalan kehadapan dan terus cuba menghubungi kekasihnya, aku dibelakang berpimpin tangan dengan anak.
Allah besarnya ujian aku, kami ditinggalkan dimeja makan suami aku, dimeja luar bercakap mungkin memujuk.
Aku pulang ke johor bersama suami dan anak, dan esoknya Pkp bermula, dan suami aku masih tidak mahu tidur dirumah saat itu aku dah tak banyak berbicara seperti sebelumnya.
Keesokkan harinya aku masih tidak putus asa menjejak suami aku, suami aku kerap post story di media social, pergi gym gaya dia sangat cool, nampak mewah, bahagia gembira, tanpa rasa bersalah meninggalkan anak isteri.
Aku sentiasa cuba hubungi memujuk tapi tidak diendahkan sampai tahap hilang kewarasan aku. Number aku akan diblock oleh suami.
Tidak ditanya khabar berita kami, sihat atau tidak makan atau tidak, cuma duit sentiasa dicukupkan oleh dia.
Hari pertama Pkp, setelah tiga bulan suami tidak tidur dirumah akhirnya malam itu suami tidur dirumah dan seperti dia ingin berbaik tetapi acuh tidak acuh, selang beberapa hari, mungkin suami aku ada terfikir untuk membetulkan keadaan, dia buat aku seperti hidup bermadu,
Suami aku memberikan penjelasan lagi, yang dia jauh tidak boleh patah balik, dia sayangkan keluarga ini, aku kena terima pilihan dia, gila ke apa mana nak terima sakitnya hati ini,
Berbulan bulan aku lalui percubaan poligami itu macamana, aku banyak disisihkan suami aku tak nampak pun yang dia sayangkan aku lagi.
Kalau sayang dia tak buat macam ini, dia akan lebih berfikir perkara ini sangat memburukkan untuk diri aku dan anak, sepanjang suami aku sakit angau bercinta aku tak ada tinggalkan rumah, masih lagi menunggu berhari-hari disini,
Anak bangun subuh terus buka pintu, nak tengok motor ayah ada tak, hampa dia dan terus termenung. Sebelum Pkp aku naik turun pejabat agama 6 kali untuk mengadu masalah yang aku lalui, mencari hak aku, tetapi bukti tak ada, suami pun tak ada mana nak hubungi,
Lagi satu nafkah zahir suami aku sangat lengkapkan, kereta rumah complete, cuma perbuatan dia sahaja yang macamni, tapi sampai bila aku nak lalui kesakitan ini, dan rasa dizalimi perasaan sebagai isteri, terus terang aku tak bahagia dilakukan macam ini.
Ketika suami aku bermalam dirumah aku cuba nak buat baik, duduk diruang tamu bersama, tetapi suami aku menyuruh aku masuk ke bilik, dia tidak bagi aku berada diruang tamu, alasan nanti aku marah sebab dia sentiasa melayan perempuan itu, call dan whatssp,
Begitulah kehidupan aku sepanjang Pkp ini, walaupun hari-hari balik cuma berlandaskan masa bila siang beberapa jam dan petang terus hilang, lama kelamaan aku faham waktu itu,
Sehinggalah suami aku diberhentikan kerja dia balik rumah dalam riak wajah sugul, dia memberi tahu yang dia tidak berkerja lagi,
dan meminta aku membantunya berniaga makanan, nampak desakannya disitu, aku akur membantu dia berniaga.
Lama kelamaan suami aku bersikap baik terhadap aku dan anak, tetapi aku sebagai isteri mana redha perbuatan ini, perempuan itu tak pernah lekang pada suami,
Bila dirumah sini suami aku sentiasa caring terhadapnya, ada perkara terjadi, walaupun card bank hilang pun suami aku akan tinggalkan aku dan anak, sampai bila aku nak begini.
Suami ada minta aku pergi mahkamah syariah untuk urusan poligami, ayang boleh tolong b tak naik mahkamah tingkat 7 tak silap aku untuk urusan poligami dia,
Alasan dia pakai seluar koyak dekat lutut, gila ke apa nak aku uruskan perkahwinan dorang, siapa nak berkahwin aku ke dia, terus aku mengaruk, aku bukan zuhud punya orang aku pun bukan baik hati sangat sampai nak meraikan pernikahan mereka.
Boleh gila aku, dah la aku tengok sendiri suami aku buat permohonan nikah online depan aku, riak Wajah dia sangat mendamaikan dah tahu akan marah kenapa tengok, bahagia betul isi form sambil ambil gambar send dekat orang ketiga. Aku ni tembok suami aku buat.
Menahan perasaan hak aku sebagai isteri tak ada, ketenangan jauh sekali, hari-hari berair mata, sengsara.
Walaupun suami aku dah berterus terang tentang perbuatannya, meminta maaf sentiasa sampai aku rasa ikhlas ke ni, atau aku terus diperbodohkan lagi, untuk membantu dia berniaga masak bersama,
Bila perkara ini terjadi aku jadi orang yang susah nak datang keikhlasan, was was sentiasa sebab suami aku perlakukan aku sama macam bermadu.
Semasa aku izinkan suami aku bernikah, aku ambilkan borang poligami, dan suami bertanya hantaran untuk perempuan itu, alasan dia single bukan janda, merancang nak buat weeding di dalam dewan, agak-agak berapa Kos suami aku mampu berduit.
Aku masih melayan kerenah dia Impian dia itu, sampai dia cerita selepas berkahwin dia nak perempuan itu kerja dibank johor, sebab dia ada degree suami aku katakan, sebelum itu mereka satu tempat kerja di singapore, tak lupa ayat suami aku, ea dia samalah gaji dengan aku dia ada degree.
Banggangnya suami aku memiliki dia.
Ini aku tegaskan juga hak aku sebagai isteri, aku banyak google cerita seperti aku apa perlu buat, sampai bila kita akan perlakukan begini,
Aku lantik satu Peguam Syarie, kos agak mahal tetapi adik aku kata tak apa dia mampu membantu dari melihat kakak dia terseksa begini, hati terus disakiti, sebenarnya dalam Pkp banyak bukti aku perolehi untuk fasakh aku.
Biarlah bukti itu aku dan keluarga lawyer yang tahu sangat menjijikkan bagi aku.
Suami aku sedih bila perkataan menjijikkan aku keluarkan untuk dia, semua manusia ada kesilapan dan kita bila-bila sahaja boleh bertaubat, suami aku yang kukasihi aku rela berpisah demi perkahwinan barunya, kalau kami masih bersama susah dia untuk urusan poligami.
Biarlah aku mengalah demi hidupnya lagi pun aku tidak disayangi lagi apa lagi dicintai, aku sakit pun suami aku tinggalkan berdua dengan anak dirumah, anak aku yang usia 6 tahun itu menjaga aku, dan sentiasa bertanya ibu lapar,
Kalau ibu lapar bagitahu adik, apa adik boleh buat kalau ibu lapar, nanti adik call ayah suruh ayah hantar makan, sebenarnya anak aku yang lapar, dia ulang masuk toilet, basahkan tuala lap kepala aku kenangan ini tak akan aku lupa.
Anak aku sangat memahami, pelajaran dia banyak tertinggal, diri dia terabai sampai dia pandai potong Kuku sendiri, sepanjang kejadian ini aku ada melalui kaunseling beberapa kali,
Melalui talian mereka sentiasa ingatkan aku jangan lakukan perkara yang keji, sentiasa ingat kepada Allah, jangan ada niat untuk cederakan diri atau anak sebab aku dah tahap depression.
Biarlah semua ini akan berakhir.
Aku juga tegaskan yang aku tak layak untuk berkongsi kasih atau bermadu, aku bukan isteri yang zuhud redha sentiasa, biarlah dia dengan pilihan dia.
Dia yang pilih untuk aku jadi macam ni, ini semua kehendak dari dia. Bukan mudah aku nak terima kehidupan macam ini, biarlah dia kata aku akan Menyesal tinggalkan perkahwinan kami.
Gila lah aku kalau teruskan juga drama ni. Sepatutnya aku yang tak sempurna ini dia betulkan, sebagai suami bukan mencari yang lain lebih sempurna. Hakikatnya Itulah aku pun tak minta jadi begini, dah ini tahap aku.
Bukan aku tidak berusaha menjadi lebih baik atau membantu mengurangkan beban dia. Aku tidak memberi dia membantu menguruskan rumah tangga dia hanya mencari rezeki sahaja untuk kami, dah itu tugas dia, dan aku lakukan tugas aku.
Kesilapan aku ada juga tetapi nak buat macam mana dah jadi sepatutnya dia tegur, betulkan bukan cari yang lain sekarang semua musnah. Semua ni alasan jelah.
Aku dengan suami pun tak ada kasut yang sama, tetapi orang ketiga ini 2 pasang kasut yang sama dengan suami aku, memang dia cakap tak payah sibuk hal mereka,
Tetapi mereka yang menayang dipublic, jiwa hancur melihat post mereka, dan sakit bila kawan-kawan baik aku melihat kemesraan mereka berdua di ciq atas motor, pergi balik bersama.
Cuci kereta pun kawan aku pernah terserempak, dan mereka memberitahu aku. Siapa yang nak hidup bersama kalau begini caranya, aku disisihkan.
Aku rasa diri aku macam orang gaji, yang jaga harta benda suami aku. Ada orang bertanya kepada suami aku siapa yang kau lebih sayang, suami aku dengan riak Wajah senyum mana boleh cakap, depan aku lah situ je aku tahu suami aku tak sayangkan aku lagi.
Ayat suami aku dah memang itu perempuan yang aku nak lembut, pandai amik hati aku menyenangkan, kata-kata suami aku ini tak akan aku lupa.
Lagi aku rasa terhina direndahkan, fizikal aku tak menarik.
Tidak secantik dia. Jadi buat apa lagi aku nak hadap semua ini, korang kalau korang nak ke hidup dalam keadaan macam ini,
Dah lepas cakap nanti minta maaf dan kata tak ada manusia sempurna termasuk aku ini juga tak sempurna, memang betul tapi aku diletakkan ditempat yang rasa terhina. Sebab aku berfizikal seperti ini dan tidak berkerja aku perlu diperkotakkatikkan.
Aku tetap tegaskan perempuan itu suka pada suami aku, sebab apa suami aku miliki, walaupun dia menafikan. Gaya suami aku, suami aku bawa superbike, ada kereta rumah yang agak senang.
Lantaklah aku Susah atau Senang selepas ini serah jelah dekat Allah. Dari Sengsara macam ni. Perempuan itu kata kau ingat, kau isteri yang suci sangat. Dia pula nasihatkan aku macam-macam.
Ini alasan lah lelaki yang nak perempuan lain dia akan buruk-buruk kan isteri dia.
Aku tinggal berdua dengan anak dirumah, keselamatan aku dan anak tidak diendahkan, jiwa aku sakit, kadang-kadang aku tak mencari kesalahan mereka, tetapi mereka yang menunjuk, post dekat story instagram.
Orang ketiga diletakkan di condominium agak mewah berhadapan laut, ada security, suami aku tetap cakap yang bayar orang ketiga, bukan dia. Ntahlah.
Aku memang salah bercerita seperti ini, tetapi ini hanya 30% sahaja, aku menunjukan gambar yang aku dapat, aku tak tunjukkan message yang orang ketiga bagi pada aku, dan bukti-bukti yang lain.
Perlu ke lagi aku terus bersabar, walaupun sekarang suami aku Cuba berbuat baik setelah tiada kerja yang tetap.
Memang bersungguh-sungguh suami aku nak ubah segalanya tapi hati aku tetap berkeras tak nak terima kembali, walaupun dia cakap dia je yang baik yang boleh terima baik buruk aku macam-macam lah dia kata,
Tapi aku isteri yang lama dengan dia aku tahu lah siapa suami aku, dengan semua orang mungkin Dia boleh tipu tapi dengan aku tak. Aku cukup Kenal siapa dia.
Dan kami berdua yang hadap perkahwinan ini.
Suami aku mengungkit dia membantu family aku adik-adik aku, masa mereka tiada tempat tinggal ia betul tapi mereka pun membantu suami aku juga, bila suami aku memerlukan sesuatu atau didalam kesusahan.
Biarlah masa yang menentukan.
Aku cuma meluahkan rasa Geram dihati aku geram dengan orang ketiga sangat geram.
Dia merampas kehidupan aku Walaupun dia Kata dah takdir Tuhan.
Kadang-kadang kata yang sangat angkuh, boleh live story bagai aku ni macam apa kat rumah.
Perkahwinan aku 10 tahun bukan setahun dua.
Aku jaga hati aku sendiri bila suami tidur dirumah aku tidur diatas sofa ruang tamu, oranv ketiga ini suka call time tengah malam, aku akan dengar dan rasa sangat sakit.
Kadang-kadang aku tutup telinga aku dengan kedua tangan menages menahan rasa geram sedih, kadang-kadang screen phone dia aku terpandang cepat-cepat aku terbalikkan.
Ye aku tahu ramai diluar sana menanggung derita lagi perit dari aku, ada yang didera, mental fizikal, suami menagih dadah, melacurkan isteri aku dah lalui kaunseling ramai aku jumpa masalah mereka lagi teruk dari aku,
Dan aku bersyukur dikelilingi family yang baik, family mertua aku pun baik, kawan baik aku yang sentiasa ada disisi aku, sakit derita aku kawan baik aku tak pernah tinggalkan aku sentiasa text aku tanya khabar diri aku dan anak.
Maafkan aku seperti membuka aib diri sendiri atau suami.
Disini aku tegaskan suami aku memang baik tetapi dia tersilap diusia muda dan ini ujian untuk dia, tetapi aku tetap merasa tidak selesa dengan orang ketiga yang macam tidak peduli perasaan kaum dia sendiri.
Lantang berkata-kata seperti dia yang hidup dulu bersama suami aku.
Seronoknya tengok keperitan diri aku kan. Orang ketiga menyatakan, kau tak akan dapat lelaki yang lebih baik selain dari suami aku, yang salah aku je tidak tahu menilai kebaikan suami.
Aku hargai suami aku lah aku jadi macamni, aku dah rimas ambillah suami aku tu, hiduplah berbahagia hingga ke jannah.
Disini aku tegaskan yang aku hanya memuaskan hati aku terpulanglah kepada korang nak kecam apa ke aku tak kisah membuka aib ini sangat sedikit,
Aku tahu batas aku, tapi aku tetap berasa beremosi dengan orang ketiga, aku lalui saat-saat yang getir sekali, mungkin orang yang senasib merasakan keperitan aku ini.
Suatu masa atau sekarang suami aku boleh jadi orang yang lebih baik.
Aku takut nak siarkan cerita ini, hanya serba sedikit sahaja banyak lagi aku simpan video mereka.
Biarlah memori hitam aku.
Suami dan orang ketiga berkata,
Hanya satu kesalahan aku lupa segala2nya kebaikan suami, aku hargai suami aku sangat menghargai.
8 bulan hidup aku begini, sekarang semua hampir berakhir.
Maafkan aku seperti membuka aib dan meluahkan hati aku sangat beremosi. Jauh dah aku pergi membawa anak mencari ketenagan hati.
Doakan aku terus tabah hadapi dugaan ini, aku tinggalkan segala kesenangan aku, kereta rumah segala-galanya, yang aku bawa hanyalah pakaian dan barang peribadi aku dan anak. Diluar sana kalau ada yang senasib dengan aku perjuangkan hak kita.
Kerana kita juga layak untuk bahagia dan mendapat ketenangan, bagi orang ketiga jangan terlalu angkuh dengan takdir tuhan yang kau katakan takdir yang kau rela untuk dijadikan begini, bahagia atas air mata kaum kau juga.
Buat suamiku semoga bahagia dengan pilihan yang kau cari Selama ini, sangat sempurna tidak cacat seperti isteri mu,
Akhirnya suami saya ditangkap berkhalwat pada bulan Ramadhan dan saya yang menjamin suami saya. Dan aku menjamin khalwat suami, kami bersemuka antara aku, perempuan simpanan.
Aku hanya dilayan bukan seperti isteri tetapi seperti orang jahat yang cuba gagalkan hubungan mereka, banyak kata-kata caci maki aku dapat hinaan ayat yang tak akan dilupakan
Kan dia tak ada apa-apa ceraikan dia. Suami diberi tempuh antara pilih aku atau perempuan simpanan dia. Setelah 2 minggu aku diceraikan talak satu dihadapan anak aku sendiri. Tiada air mata lagi nak mengalir.
Sekarang yang tinggal untuk kekuatan besarkan anak yang Allah amanahkan kepada aku. Aku tidak menuntut apa-apa harta sepencarian nafkah dan lain-lain.
Doakan aku dan anak diberi kebaikan diluaskan rezeki bahagia dunia akhirat.
– Izzah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit