Tiru

Salam hormat… Terpanggil untuk berkongsi cerita walaupun ianya biasa2 saja. Mungkin boleh dijadikan iktibar buat para pembaca di luar sana.

Saya isteri yang bekerja dengan anak 4 orang. Alhamdulilah hidup bahagia dengan rahmatNya setelah diduga kesabaran agak bertahun lamanya.

Saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta. Keluarga mertua sangat baik. Kami memulakan hidup dari zero, menolak untuk ditolong keluarga mertua yang agak senang kerana ingin belajar hidup berdikari.

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik pada mulanya. Suami sangat rajin menolong dalam rumahtangga.

Dugaan bermula bila suami mula dinaikkan pangkat. Dia menjadi semakin sibuk. Dan mula mengabaikan rumahtangga dengan alasan selalu out station dan penat.

Saya yang juga bekerja terpaksa menanggung segala urusan keluarga dari A to Z seorang diri. Penat tak terkata apatah lagi dengan jumlah anak yang semakin bertambah. Akibat dari kurangnya masa bersama, communication broke down.

Bertahun lamanya saya bertahan. Hidup bagai janda tapi bersuami. Dia seolah2 hilang terus dari hidup kami anak beranak. Hidupnya hanyalah kerja dan kawan2.

Bukan tak pernah diajak berbincang dan menyertai apa jua aktiviti keluarga tapi kesibukannya asyik dijadikan alasan untuk menolak.

Lama2 kami jadi biasa tanpa dia. Dia menjadi semakin bengis dengan kami hingga adanya dia membuat kami anak beranak sangat tidak selesa. Takut. Kadang2 bercuti ke luar negara pun dia tidak ikut serta.

18 Disember 2017 adalah tarikh tak terlupa oleh saya. Buat pertama kali saya dibenarkan ikut suami pergi berkursus di ibu negara selama 3 hari.

Saya pelik bercampur gembira. Di sana dia melahirkan hasrat untuk menikah satu lagi. Suami tunjukkan gambar. Cantik dan bergaya.

Bekas kawan satu sekolah. Janda anak 3. Pernah kerja sebagai cleaner di pejabat suami. Suami menolong dia dapatkan kerja baik sikit di hotel berdekatan. So, ter’sangkut’ sebab kasihan kat orang. Lagipun ‘saya sudah lama mengabaikannya’ katanya. Aikkkk.

Siapa abai siapa ni? Saya diam saja. Sudah boleh agak tujuannya membawa saya jauh dari anak2. Saya minta dia masa 3 hari untuk memikirkannya. Tapi air mukanya nampak tidak gembira setelah menzahirkan hasratnya. Biar betul?

Setelah 3 hari saya membuat keputusan untuk membenarkan suami menikahi janda itu. Dengan syarat melepaskan saya dan membenarkan anak2 bersama saya. Mana mungkin adil berbini dua sedangkan selama ini pun tidak bertanggungjawab kepada kami anak beranak.

Biarlah dia menanggung seorang bini je. Saya? Tak perlu beri nafkah pun tak apa. Saya mampu menyara diri dan anak2 saya.

Selama ini pun saya juga yang menampung segalanya kerana suami selalu beralasan tak cukup duit. Suami menolak dengan alasan masih sayangkan kami. Sayang ke?

Dengan jarangnya ambil tahu hal kami anak beranak, tidak bertanya kabar walau duduk serumah, jarang hulur duit belanja malah asyik marah2 saja bila ada, masih ada sayang lagi ke? Saya tetap mahu berpisah. Cinta, hormat dan kepercayaan saya pada dia telah hilang.

Dipendekkan cerita, suami tidak jadi menikahi janda itu. Dia tidak sanggup berpisah dengan anak2. Dia juga tidak mahu dikecam oleh keluarga mertua yang semuanya menyebelahi saya terutama ibu dan bapa mertua saya.

Suami berjanji untuk melupakan janda tersebut dan berubah membaiki diri untuk jadi suami/bapa yang lebih baik. Saya terima dia dan turut mendoakan agar hajatnya tercapai walaupun sebenarnya hati saya telah kosong setelah bertahun2 diabaikan.

Tetapi cerita tidak habis bagi pihak si janda tersebut. Kerap cuba menghubungi suami menagih janji. Walau suami sudah meminta maaf berkali2 dan menyuruhnya berhenti dan mancari ganti. Dia galak merayu dan menghantar teks dan gambar2 menggoda.

(Miang pelik dia ni walau dah berumur). Malah merayu saya untuk membenarkan suami mengahwini dia.

Dia kerap memuatnaik gambar2 menggodanya dengan kata2 rayuan di instagram dan fb miliknya ditujukan pada suami saya. Malah kerap menyatakan angan2 untuk duduk di tempat saya bersama suami saya. Sesak nafas saya bila membaca coretan terbukanya.

Pelik lagi, dia cuba meniru hampir segalanya tentang saya. Cara saya berpakaian, cara saya bersosial, hobby saya malah diet harian saya. (Suami saya beritahu dia tentang saya masa mereka masih berhubungan dulu dan dia stalk fb saya jgk kot).

Dia juga pergi ke tempat2 kegemaran saya dan update segalanya di media sosial. Suami tunjuk semua tu pada saya. Adooola. Suami saya block dia di semua media sosial dan juga di telefon.

Jadi macam meroyan pulak dia. Guna no telepon lain dan account media sosial berbeza untuk menghubungi suami dan mengganggu kami. Menuduh saya mengguna2kan suami untuk melupai dia. Serabut sungguh saya.

Disebabkan itu kami berdua selalu bergaduh sebab saya sangat stress dan mengungkit kisah2 lalu. Kehidupan kami sangat tidak tenang.

Syukur Alhamdulillah hidayah datang. Saya mendekati yang maha Esa. Saya mula rajin bangun malam meminta Allah menolong menyelesaikan kekusutan.

Sepatutnya saya sudah lama buat ini tapi sibuk dengan urusan anak2 dan diri sendiri di samping serabutnya kepala saya jadikan alasan letih untuk tidak buat ibadah lebih pada Dia. Allahu. Kali ini saya minta sungguh2 untuk Tuhan leraikan kekusutan.

Kalau lah bersama itu baik bagi kami maka Kau permudahkanlah. Kalau berpisah itu lebih baik, Kau tunjukkanlah jalan.

Pada masa itu baru saya tersedar bahawa betapa sayangnya Tuhan pada saya. Kehidupan yang baik, anak2 yang baik malah orang2 sekeliling yang sangat2 baik. Rezeki dalam pelbagai bentuk yang melimpah ruah kurniaanNya.

Menangis saya setiap malam bila teringatkan itu. Maka pasrah saya pada apa jua yang Tuhan telah takdirkan pada saya atas segala nikmat yang telah diberikan. Mungkin juga Dia mahu saya dekat dengan Dia atas kasih sayangNya itu maka diberiNya saya ujian

Julai 2018 Allah rezekikan kami menunaikan haji. Tak terkata bersyukurnya saya, juga suami. Kami
cuba bersungguh2 untuk menjalankan rukun Islam yang ke-5 itu dengan baik. Allahu.

Allah hadirkan cinta saya pada suami saya di sana. Kami perbaiki hubungan kami dengan Allah, Dia perbaiki hubungan kami berdua. Allahu Akbar. Saya sayang suami saya.

Saya mohon pada Allah agar dialah suami saya di Jannah nnti. Kami berdua berjanji untuk membina keluarga bahagia dunia akhirat bersama2. Berkali2 suami memohon maaf melukakan hati saya dan keluarga dan saya memaafkannya. Saya juga mahu jadi isteri solehahnya.

Sekarang, walau wanita itu masih cuba mengganggu keluarga kami (dia telah jadi isteri orang untuk kali ke-3 tapi masih cuba menghubungi suami saya atas dasar masih cinta), saya percaya Allah akan melindungi kami.

Ada juga rasa dikacau (dalam bentuk sihir/ benda pelik), kami percaya syaitanlah punca kejahatan dan Allah lah sebaik2 pelindung.

Untuk para pembaca yang mengalami nasib serupa, percayalah bahawa kebergantungan kita kepada makhluk tidak akan kekal bahagia. Hanya pada Allah saja kita berharap, ubat segala penyakit, pelindung kita dalam apa jua masalah di dunia.

Niatkan ‘lillah’ inn shaa Allah, Tuhan akan beri yang terbaik. Sama2lah kita berusaha ke arah hidup yang lebih baik di dunia lebih2 lagi di akhirat.

Aamiin…

– Nida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *