Semoga Dia Berubah

Assalamualaikum & selamat sejahtera pada pembaca IIUM Confession sekalian. Terima kasih diucapkan pada admin sekiranya kisah aku ini disiarkan.

Aku perkenalkan diri dahulu. Nama aku A (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20an dan sedang berkenalan dengan seorang jejaka, E (bukan nama sebenar). E lebih muda daripada aku beberapa tahun. Kami berjumpa semasa bekerja sementara di sebuah syarikat.

Sebelum aku teruskan, maaf sekiranya perkara2 yang aku tuliskan ni adalah hal kecil & remeh semata2. Tapi aku betul perlukan pandangan kalian, jika kalian sudi.

Selama hidup, aku tak pernah ada hubungan rapat dengan mana2 lelaki sebagaimana hubungan aku dengan E. Tapi, kitorang tak pernah declare kitorang pasangan kekasih atau apa.

Sembang pasal hal perkahwinan, jodoh semua tu ada tapi secara general, tak tertumpu pada kitorang. Yang pasti, aku tahu aku sukakan E. Tapi aku samar2 tentang perasan E pada aku.

Kadang dia layan aku macam seorang kawan biasa, kadang dia layan aku macam gf sebab selalu bgtau aku dia pergi mana, buat apa, dengan siapa tanpa aku tanya.

Tapi soal perasaan ni aku tak berapa nak fikirkan sangat sebab kalau beriya suka sama suka, takda jodoh tak jadi juga. Tapi kalau dah jodoh, rasa kosong waima benci pun bersatu juga.

E pentingkan hal2 agama. Solat, baca Al-Quran dan lain2 lagi. Pernah aku dengar E mengaji, sejuk hati dan telinga mendengar. E juga selalu nasihat aku macam2 berkaitan agama, kehidupan dan macam2 yang lain lagi.

Tapi seberapa kuat hati aku nak E menjadi jodoh aku, ada beberapa perkara yang buat aku rasa kalau kitorang kahwin, akan ada beberapa masalah yang timbul.

1. E bukanlah seorang lelaki yang kuat mencari rezeki. Maksud aku, kalau aku lelaki, aku tahu apa aku patut buat untuk mencari rezeki. Kerjalah apa2pun, janji dapat rezeki yang halal.

E pula, takda strong willed sebegitu untuk mencari duit. Semasa musim PKP, dia ada kerja sendiri skjp.

Aku perasan, E akan kerja bila dia nak sesuatu. Cukup je duit dia untuk dapatkan sesuatu tu, dia tak kerja dah. Dan duit pun habislah bila dia bayar untuk sesuatu yang dia nak tu.

Contohnya, bercuti dengan kawan. Aku tak pasti E begini sebab dia masih muda atau apa. Adakah kalau dia meningkat umurnya nanti, dia akan kuat cari rezeki, ke sama je tak berubah. Korang rasa?

2. E tak boleh masuk dengan benda2 yang aku minat tapi aku boleh masuk dengan benda2 yang E minat. Aku boleh masuk sebab aku minat juga apa yang dia minat tu, ke aku usahakan untuk minat sebab aku suka dia? Entah.

Jadi, bila aku excited nak cerita kat someone pasal benda yang aku minat, aku tak boleh cerita kat dia sebab dia tak faham. Tapi aku rasa benda ni hal kecil je kan. Ke tidak?

3. E berasal daripada keluarga yang kalau ikut B40, M40, T20 tu, keluarga dia bawah daripada keluarga aku. Jujur, aku sendiri tak kisah hidup susah dengan E kalau memang nanti dia jodoh aku tapi aku takut keluarga aku tak dapat terima dia.

Dan aku takut juga, sebab dah biasa hidup sekadar secukupnya, E tak usaha nak memberi yang terbaik untuk aku & anak2 kami nanti jika kami berkahwin.

Aku takut, E suruh redha je dengan apa pun keadaan keluarga kami nanti. Memang redha, tapi tak salah kan berusaha untuk keadaan jadi lebih baik?

Taraf pendidikan E juga rendah daripada aku (setakat ini). Mungkin E akan sambung belajar, mungkin tidak. Entah. Tapi aku tahu E nak sambung belajar. Semoga sampai rezeki itu pada dia nanti.

4. E manis mulut/ pandai layan orang. Ini antara yang selalu buat aku fikir bukan2 & overthinking walaupun aku tak berhak sebab E bukan siapa2 pada aku. E sangat pandai ambil hati orang untuk suka dia. Hati perempuan terutama. Antara hati yang diambil hati akulah, hahaha.

Aku perempuan, dan aku tahu E ni sangat memenuhi kriteria untuk disukai perempuan. Entah kenapa, aku dapat rasa bukan aku sorang yang suka dia skrg, dan bukan aku sorang yang dia layan begini. Mungkin sebab tu dia taknak declare apa2 dengan aku?

Aku ni sekadar antara pilihan bakal zaujah dia ke? Entah. Tapi E pernah cakap, dia tak bersedia nak berkomitmen apa2 buat masa sekarang.

Pada fahaman aku, dia sejenis tak nak menjanjikan apa2 pada perempuan sebelum dia betul2 bersedia nak berkahwin dengan perempuan tu. Dia pun muda lagi. Jauh lagi perjalanan dia untuk macam2 hal.

5. E ada rapat dengan seorang senior perempuan dia. Rapat yang sangat rapat, berkongsi masalah itu ini macam2. Oh, E kenal senior dia dulu sebelum dia kenal aku. Sebab aku dan E tak sama tempat belajar. Bila aku tanya, E kata hubungan diorang macam adik-beradik. Itu je.

Kerisauannya di sini, takut kalau kitorang kahwin, sebab E dah biasa selesa cerita mcm2 dengan senior dia tu, dia lagi nak bercerita dengan senior dia daripada aku sebagai isteri dia nanti. Jauh betul aku fikir kan. E tu entah suka aku ke tidak pun aku tak pasti.

5 perkara yang aku senaraikan ni, aku sendiri nampak sebenarnya aku tak payahlah nak simpan apa2 perasaan atau harapan untuk E ni. Tapi, hati aku dah terlanjur sayang dia.

Setakat yang aku kenal dia, aku nampak dia boleh jadi suami yang baik yang boleh pimpin aku ke syurgaNya.

Dia tak merokok, penyabar, selalu sabar dengan aku yang kadang mood tak tentu hala. Bukan senang nak jumpa lelaki sebaik dia zaman sekarang ni. Tapi tu lah, entah2 bukan dengan aku sorang dia macam tu hahaha.

Jadi aku perlukan pandangan & pendapat pembaca semua, apa patut aku buat dengan perasaan aku?

Patut ke aku tunggu & simpan harapan pada E, sebab aku sayangkan dia?

Adakah nanti bila E meningkat usia, dia akan berubah untuk kelima-lima hal di atas?

Terima kasih awal2 aku ucapkan. Maaf panjang pula aku menulis.

Yang keliru,

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *