Salam Sejahtera readers yang rajin menelaah di iium confession. Jika tersiar, terima kasih admin kerana sudi menyiarkannya. Semoga bermanfaat kepada kita semua.
Tak tahu macam mana nak mula sebenarnya. Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Tapi kesan ‘terasa hati’ tu buat saya selalu pesan pada hati ‘raikan perbezaan, usah berburuk sangka’.
Kini saya hanya ada 4 adik-beradik kandung yang masih bernafas di bumi Tuhan ini. Masing-masing telah berumah tangga dan tinggal berasingan daripada ayah bonda.
Hanya saudara sulung sahaja yang telah bermenantu dan bercucu, manakala yang lain-lain, ada yang anak-anak masih kecil dan ada juga anak remaja.
Dulu di media massa pernah terjumpa sebuah keluarga yang berjaya berkumpul beberapa generasi. Kini pun ada jugalah terjumpa yang sedemikian.
Yang terkini sahaja tiada lagi perjumpaan sedemikian gara-gara serangan Covid-19 yang entah bila akan berakhir.
Masa tu rasa macam bahagianya dapat berkumpul bersilaturahim macam tu. Berbanding kini, memang rindu dengan moments tersebut.
Ada satu tahun tu, terdetik hati untuk meraikan sambutan ulang tahun ayah bonda yang ke 50 tahun +++. dengan dihadiri hanya anak menantu cucu cicit ayah bonda sahaja.
Perancangan awal, tidak terlintas pun untuk buat ‘grand’. Cukuplah sekadar dapat mengembirakan hati ayah bonda di usia emas mereka.
Langkah pertama mencari tarikh perkahwinan ayah bonda. Jenuh juga bertanya ayah bonda, dan mereka memang tak ingat pun. Adoi la.
Turut juga dipersoal “nak buat apa beria-beria sangat nak tahu”. Alasan. “anak nak buat kertas kerja kajian sejarah tentang susur galur keluarga”.
Akhirnya setelah bersusah payah selongkar laci, barulah terjumpa sijil nikah bertulisan jawi dan bertulis tangan lagi. Aduhai. Hujung tahun rupanya tarikh nikah ayah bonda.
Cuti sekolah. Bagi yang bekerja, masih sempat untuk mohon cuti. Seorang demi seorang adik kakakku hubungi. Adik-adikku on ja.
Kakakku. “Banyak masa boleh rancang-rancang majlis ayah bonda? … tak apa lah, aku ni sibuk dengan jiran nak kenduri, keluarga nak kena urus lagi”.
“Siapa yang tak sibuk kak?, nak ikut sibuk, semua orang sibuk. Kita pilihlah tarikh berhampiran yang semua kita boleh join”. Getusku.
Akhirnya tarikh dipilih lajak sehari daripada tarikh nikah ayah bonda.
Tempat yang dipilih pun jaraknya lebih kurang sama jauh dengan tempat tinggal masing-masing. Kira-kira 1 jam perjalanan dengan kereta. Aku & adik bongsu berjaya booking restoran atas air tersebut.
(Kiranya ini kali pertama kami jejak restoran tersebut). Majlis ayah bonda kami rancang pada waktu malam selepas Maghrib.
Aktiviti pun sekadar bacaan doa selamat, makan-makan dan bergambar sedikit sebanyak. Kakakku sampai agak lewat. (Restoran ni ada menyediakan tempat solat jika ingin solat di situ).
Bonda pula tak habis2 bertanya “kakak datang tak?” “Datang bonda, mungkin ada hal, sebab tu lambat sikit”. Mujur juga landskap restoran tu cantik. Dapat juga kami cuci mata.
Ketika majlis sedang berlangsung. “Ayah bonda tahu, lah yang beria merancang majlis ni untuk ayah bonda”. Beritahu adik
“Oh, patutlah hari tu beria nak tahu sangat tarikh nikah ayah bonda.” “Mudah-mudahan ayah bonda sihat2 selalu. Emm lepas ni, lima tahun pula baru kita sambut”. Kata kakak. Erk aku macam. Mmm.
Tahun-tahun berikutnya, kami raikan juga ayah bonda tapi sekadar cakap sahaja kepada kakak tanpa ajak join.
Kakak selalu beritahu, dia orang yang selalu mendoakan kebaikan buat ayah bonda. Dia juga selalu balik kampung menjenguk ayah bonda.
Ketika ayah bonda sakit ditahan wad, dia tidak ketinggalan akan menemani ayah bonda. Setiap kali balik kampung, dialah pengurus terbaik segala sudut dan ruang di rumah ayah bonda.
Hubungannya dengan jiran tetangga memang A+. Hanya kini sejak Covid-19 menyerang, telah lama kakak tidak balik kampung.
Ayah bonda dapat cicit baru pun belum berpeluang lagi untuk ziarah gara2 covid-19. Hari raya pun berlalu tanpa kepulangan kakak. Hanya sesekali hubungi ayah bonda melalui telefon.
Persoalannya, apakah aku telah menyusahkan adik beradikku semata-mata untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ayah bonda yang 365 hari hanya sekali?
Salahkah meraikan ayah bonda sebagai alasan untuk bersilaturahim?
– A sampai Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit