Hai semua IIUMC readers! Aku selama ni dah banyak kali buat cubaan meluah, tapi asyik delete balik je. Banyak sebenarnya cerita yang aku nak share lebih-lebih lagi bila aku dah kahwin ni.
Mungkin agak klise mendengar kisah menantu-mertua atau ipar-duai, tapi aku tetap nak share biarpun cuma ada sekelumit pengajaran.
Ini adalah tahun keempat aku tinggal bersama mertua dan ipar duai. Actually, dari awal lagi aku cakap dengan suami yang aku tak akan ikut dia tinggal di negeri Kebun kalau dia tak nak sewa rumah (sebelum ni kami PJJ).
Kata suami, sementara je. So, aku tunggu dia punya ‘sementara’ tu sampai sekarang. Aku tinggal family aku di negeri Pasir kerana menurut suami.
Selama ni hubungan kami sangat baik sehingga aku rasa happy dikurniakan family in law yang best macam ni.
Aku sangat suka dengan bonding antara mereka sampaikan aku selalu bagitau mak aku tentang betapa rapat dan penuh kasih sayangnya diorang.
But everything’s changed bila aku dapat anak. Biras ada tegur aku dulu, ‘Carilah rumah dan tinggal sendiri. Sekarang memang tak rasa lagi, nanti dah ada anak tahu lah.’
Serious, aku memang tak faham dengan maksud dia sebab aku happy gila tinggal kat sini dengan family in law.
Aku selesa gila dengan rutin harian aku bangun pagi, kemas rumah sesama, beli breakfast atau beli lauk, masak and makan tengahari sesama, petang-petang sembang, ‘merended’ sesama.
Once dapat anak, anak aku meragam dan in law pula sakit. Ipar duai aku tinggal bersama cuma kadang mereka balik ke kampung spouse diorang.
Bila mereka ada, aku memang 100% fokus pada anak yang baru lahir ke dunia. Siapa lagi yang nak jaga anak aku kalau bukan aku? Bukankah anak itu keutamaan?
Dan bila mereka pulang ke kampung spouse masing-masing, aku akan cuba sedaya upaya buat kerja rumah sambil gendong anak. Sekejap nak keluar tengok in law, sekejap nak dodoi anak.
Eh, baby high demand memang cerewet tau! Bukan aku sesaja bagi alasan nak stay dalam bilik aku.
Tapi, aku tak sangka ‘kesibukan’ aku fokus pada anak menjadi bualan mereka. Katanya, aku tak boleh diharap untuk jaga in law dan asyik berkurung dalam bilik.
Kau rasa orang sakit boleh hadap ke suara budak menangis bagai nak rak? Aku cuba untuk bagi keselesaan pada orang sakit dan ajar anak aku tidur di bilik supaya tak mengganggu orang lain. Katanya lagi, apa guna ada menantu macam aku?
Aku suarakan pada suami yang aku tak sangka rupanya selama ni ada yang tak kena pada aku di mata mereka. Padahal aku rasa aku dah buat terbaik.
Disebabkan aku sorang je yang tak ada anak sebelum ni, aku sanggup korbankan masa aku untuk spend dengan suami (husband aku busy guys!) untuk volunteer bantu/ teman mereka ke mana je.
Apa je aku tak buat? Ada kenduri kendara, aku yang nombor satu hulur tangan. Sakit, aku yang bawa ke hospital sampai dinihari pun. Nak tinggal anak, aku jagakan. Aku tak pandai nak ambil hati tapi aku pandai tolong orang.
Tapi, siapa je aku orang asing yang ‘cuba nak mengadakan cerita’ kata suami. Marahnya dia pada aku sebab kata yang tak baik tentang family dia. Waktu tu aku dah kenal siapa suami aku dan siapa family dia.
Lepas dari peristiwa tu, aku memang dah tawar hati sebab bagaikan gerak geri aku jadi perhatian, apa je aku buat jadi tak kena.
Tu belum lagi mulut in law aku yang membebel pada aku siap sumpah seranah. Aku diam. Aku tak nak suami aku tahu. Nanti aku lagi salab.
Dan mereka suka bercakap mengenai kami para menantu yang pada mereka serba serbi tak kena. Depan aku, dia cakap hal si polan and si polen. Depan si polen, dia cakap hal aku dan si polan.
Selama ni aku bodoh sebab tadah telinga dan diam tapi tak lagi kali ni. Apa yang mereka mengata, kami sebagai ‘mangsa’ akan saling menasihati supaya tak ulangi hal yang boleh mencetuskan pembawangan.
Dan one find day, aku tak tahan mereka mencarut pada sorang biras aku ni dan aku meluahkan rasa tak suka bila mereka bercakap mengenai orang lain di selangi sumpah seranah. Alih-alih aku pula di carut di media sosial. Oh, kata-kata yang sangat menusuk hati ini.
Aku nak keluar dari environment aku. Aku dah tak tahan untuk memberi senyuman pada orang yang sok suci. Doakan aku mampu keluar dari sini.
– Odette (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit