Zumba dan Marriage

Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana memberi siaran kepada coretan peribadi saya.

Zumba, salah kah aku kerana membenci industri ini sebagai seorang suami?

Put it this way la, aku mula kenal wife aku sekitar usia aku menghampiri 30 tahun. Wife aku ketika itu hampir sebaya dengan aku.

Wanita yang baik, Cantik, datang dari keluarga yang baik & kerjaya dia jugak baik di sektor pendidikan. In short, dia perfect untuk aku pinang & jadikan isteri/ mama kepada anak2 yang aku imaginasikan.

Mengenali dia sekadar setahun lebih cukup untuk aku buat keputusan menikahi dia.

Aku akui, aku kawin agak lewat sebab aku maklum bahawa aku perlu sediakan semuanya sebagai bakal suami dahulu.

Rumah aku sediakan, furniture lengkap aku sediakan, kereta untuk kami sorang satu aku sediakan, bibik jugak aku sediakan.

Hari selepas nikah di Selatan (rumah keluarganya) aku junjung isteriku pulang ke rumah kami di Damansara dengan penuh rasa sayang seorang suami ke rumah kami & kereta yang tersedia untuk isteriku.

Tertulis di loh mahfuz, isteriku mengandung terus lepas kahwin, alhamdulilah.

Cut it short, anak kami lahir, Baby girl. Comel & cantik macam isteriku.

Hidup kami bahagia. Tiada hari yang aku tidak panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana memberi rahmat kebahagiaan kepada aku.

Side note, dari sebelum kahwin hingga lepas kahwin, ramai je gadis dari yang muda sampai ke yang mature nak rapat dengan aku, kata diaorang personality aku diaorang suka, walaupun aku tau aku langsung tak handsome.

TAPI, aku teguh & setia bersama isteri aku BUKAN sebab aku takut bini tapi aku sayang family aku. Aku PILIH untuk setia.

Anyways, beberapa tahun down the road, wife aku mula terjebak ke dalam satu industry fitness namanya ZUMBA.

As a husband, aku happy sebab dia dapat luangkan masa dia dengan aktiviti yang menyihatkan. Aku totally percaya kepada kesihatan mental dari bersukan.

So aku support dia beraktiviti. Apa attire Zumba dia nak, semua aku belikan. Baju, seluar, kasut, beg & accesories zumba aku sediakan untuk the only love of my life. Aku happy dapat happykan wife aku.

Things took a turn slowly bila dia start beraktiviti lebih dari masa yang sepatutnya.

Oh ya, by this time, anak kami dah jadi 2 orang, both girls. Siang malam kelas zumba, Weekend zumba, school holidays zumba & even Hari raya pun zumba.

The worst part adalah, kelas zumba sejam dua je, tapi balik melangkau pukul 2-3 pagi lepak ramai2 dengan kawan zumba kat cafe untuk minum.

Kalah attend classes and balik, by 10pm boleh dah sampai rumah, tapi tak pernah sampai rumah at 10pm. Average time balik sekitar 2-4 pagi.

Almost everyday aku sebagai husband lalui fasa ini for the past 5 years. Anak-anak kami grew up tanpa ibu di waktu malam.

Aku yang entertain anak-anak waktu makan malam, buat homework and put them to bed tanpa mama diorang for so many years.

Mama diorng bukannya mati, mama diaorang bukannya bercerai dengan papa, mama cuma kaki zumba yang “chronic” yang dahulukan zumba sebelum keluarga.

Untuk makluman, lepas nikah AKU buang semua kawan lepak aku dan aku tidak lagi lepak macam zaman bujang. Life aku totally untuk family.

This confession is coming to an end, hang on eh. Hahahaha.

In the end, aku dah malas nak argue & gaduh. Aku just let it be. This time, aku takkan choose to stand with her anymore. Aku PILIH untuk setia for so long.

But now, its time untuk aku PILIH happiness untuk diri sendiri dan 2 orang anak aku.

So, moving forward, kalo ada ladies yang approach aku macam zaman aku pilih untuk SETIA sebelum-sebelum ini, aku takkan holdback untuk get to know them.

Aku bukan mintak wife aku jadi a superwife or a supermama kepada aku and our kids. Aku just mintak dia jadi a normal wife macam wife orang lain.

Maybe this is the time untuk aku move on dan evaluate apa yang perlu untuk diri anak anak-anak aku.

Lagipun mak ayah aku dah takde dan abang aku dah migrate ke negara lain, so hidup aku hanya anak-anak je sekarang. Ini sahaja syurga dan wonderland aku.

Aku nak end this confession dengan satu soalan kepada all the readers, patut ke aku pilih untuk SETIA lagi or move on and bukak ruang untuk kenal orang lain?

Thanks all for your time. God bless.

– Repetedly broken (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *