Assalamualaikum semua. Saya Bedah, awal 30 an dan ada 2 anak lelaki.
Pertama sekali kalau post ni diterbitkan “kau” yang saya maksudkan dalam penulisan ni merujuk kepada diri saya sendiri dan orang yang terasa diluar sana. Ini cara saya muhasabah diri. Saya ingin kongsikan bersama.
Ini pendapat, pandangan, perspektif, pemerhatian dan 100% semata-mata saya kongsikan mengenai tipikal orang Melayu nak anak kalau boleh, normal tiga anak atau lebih.
Lebih hebat kalau dapat anak laki dan perempuan. So sapa ada sepasang tu dah boleh tarik nafas lega dan slow2 plan untuk tambah anak ke 3.
Tapi bagi yang belum dapat anak lain jantina ni dia macam pressure sikit, duk kira umur sempat ke nak ada baby baru kalau boleh b4 40 tahun. Tipulah kalau tak terdetik rasa tengok orang dapat sepasang anak.
Macam mana nak cakap ya, memang manusia ni susah nak rasa puas. Pendek kata bersyukur. Menghargai seadanya.
Orang lain ada, kau pun nak juga. Tahu nak je. Lepas tu bila kene hadap apa segala karenah dan perkara berkaitan membesarkan anak baru kau terciduk, stress, letih, lelah nak membesarkan anak. Aku cakap aku lah ni.
Anak first ni selain rasa berkobar2 nak hidup berkeluarga dengan suami tercinta, kau sebenarnya lebih kepada nak tutup mulut orang yang duk bertanya dah mengandung ke belum? Especially dari keluarga rapat yang duk menyibuk.
Kau baru nak bercinta, berkenal dengan peel suami, dah kene hadap baby. Sebabkan pressure macam ni lah, kadang2 niat nak kahwin, niat nak ada baby jadi menyimpang.
Ia membawa kepada rasa kurang seronok untuk menjalani kehidupan harian disebabkan salah niat tadi.
Aku pernah baca, orang barat, orang korea kenapa biasanya anak diaorang sikit je. First sebab ada anak ni menuntut kewangan yang tinggi. Harga perubatan, pendidikan, insurans sangat mahal.
So diaorang betul2 berkira bab nak tambah anak ni. Yelah tak nak jadi beban dimasa hadapan yang menjurus kepada menjadi mak bapa tak guna. Tak mampu nak beri yang sepatutnya pada anak.
Kenapa orang melayu ok je nak tambah anak. Sebab biasanya ayat biasa dengar kalau golongan alim2 kucing ni, Nabi bangga dengan umat nya yang ramai.
Tu ada orang duk bangga anak tiap2 tahun duk tambah. Dia tak peduli mampu ke tak. Beranak dulu, nanti ada lah tu rezeki. Dia ingat anak kucing pandai2 lah cari makan, tidur sendiri.
Kedua sebab bersalin kerajaan memang murah. Takde hal lah. Mampu.
Ketiga kalau sekolah, masuk politeknik, atau universiti yuran biasanya masih dalam lingkungan mampu. Tak mahal mencekik macam IPTS. So secara kasar kira2 anak 4 atau 5 tu memang mampu sangat.
Tapi hakikatnya anak yang dilahirkan mempunyai tuntutan yang berbeza, amanah yang makin memberat. Biasa sangat kalau bersalin baby baru, abang atau kakak yang baik perangai tolong jaga adik.
Tu mak ayah seronok duk tambah ahli sebab walau bertambah ahli rasa relax je. Dia tak sedar anak yang sulung atau yang atas2 tu dah letih, tension kene belajar lagi, jaga adik lagi. Nak banggakan mak ayah lagi.
Aku pernah baca apa yang orang2 barat kata ni ada logiknya. Kalau anak pertama dapat baju baru dapat belajar di kelas2 khas tambahan macam swimming, dancing, anak yang seterusnya mesti juga memiliki keseronokan dan peluang yang sama.
Kiranya apa anak pertama dapat anak kedua dan seterusnya mesti juga dapat sama. Konsep adil dalam adik beradik mesti dipraktiskan. Ni tidak, anak nak ramai, tapi kedekut. Duk repeat baju kakak, abang bagi ke adik, buku lama, spender lama, bantal lama.
Tak mampu buat tak mampu jangan duk galak taram pas je ke adik2. Memang lah boleh pakai lagi tapi ada tak kau raikan anak yang lain sama adil? Itu yang penting.
Kalau kau rasa anak2 ni lebih kurang je, kacang je, alah asal cukup sudah, kau mmg mak ayah tak guna ambil kesempatan atas kebaikan dan ketulusan anak2 yang tiada tempat bergantung selain kau.
Bila tak rasa cukup nak lagi, ada perasaan lain yang sama naik iaitu tak bersyukur dengan apa yang ada depan mata.
Manusia ni selagi tak kehilangan selagi tu lah dia duk komplen. Suami tak romantik lah, anak cerewet makan lah, anak cakap gagap lah. Kau boleh tak rasa bersyukur?
Anak orang lain lahir2 cacat, ada penyakit kekal, suami orang lain siap hisap dadah pakej tumbuk bini lagi. Cuba rasa cukup dalam hati tu. Tuhan bagi kau seadanya. Pandai2 lah kau jaga, hargai dan terima.
Jangan duk tension tengok apa yang orang lain ada kau tak ada. Sebab kalau tak sia2 jelah hidup duk rasa sakit hati pada orang lain, pada Tuhan.
Jaga apa yang kau ada sekarang, hargai, doakan selalu, kuat kan hati untuk baiki diri, baiki apa yang perlu dalam ahli keluarga.
Tak perlu nak bermegah di social media dengan nikmat seciput kau tu. Tak perlu pun manusia asing kat luar sana nak sahkan kebahagian rumahtangga dan anak2 kau.
Apa lah kau kejar sangat like dan comment murah mereka. “Comelnya anak kau, bijaknya anak kau.” Kang orang komen “hensemnya suami kau, romantik nya suami kau”, baru kau takut diam2 orang private message laki kau.
Kau bahagia kau tahu. Tak perlu kecohkan sebab orang lain pun ada keluarga bukan kau sorang. Kang duk tayang, ada orang menunggu je untuk kau jatuh tergolek. Sebab apa?
Sebab memang fitrah manusia yang hatinya tak pernah puas, dengki dalam hati. Kalau boleh nak tengok kau tertonggeng berguling2 bagai.
Ok sekian muhasabah diri saya dan rakan2 yang sudi membaca.
Yang benar,
– Bedah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit