Jangan Menipu Semasa PKP

Hi, nama aku Siti. Aku harap, orang2 yang suka menipu untuk rentas negeri semasa pkp, baca lah pengalaman ini, dan harap korang bertimbang rasa dan insaf…

Imbas kembali, 7-9 April 2020.. rasa ngilu yang takkan hilang…

Kami kehilangan ayah mentua dalam tempoh pkp fasa 3. Bermacam cara kami buat untuk dapat lepas rentas negeri semasa arwah sedang gering, 7 april, tapi polis kajang kata hanya dapat dilepaskan kalau ada kematian.

Ya Allah nak meletup rasa dalam dada. Seolah mendoakan yang buruk2. Rasa nak marah nak mengamuk, semua ada.

8hb mak call lagi, cakap keadaan ayah makin teruk. Kami pergi semula mohon baik2. Ditolak juga. Bagi segala mak nenek surat hospital pun, tak dilayannya.

Kita minta tolong buat keras hati, dibalas dengan keras suara pula. Demi tak mencetuskan kekecohan, kami balik.

Pada hari kami terima khabar pemergian ayahanda kami, jam 12 tengahari, 9 April. Waktu tu baru siap makan nasi goreng.

Kami pergi semula ke balai, juga ditolak, alasan nak tengok permit kubur dulu. Menangis kami berdua luar pagar balai. Kejam gila nak bagi arwah dikuburkan dulu baru bagi kami lepas merentas balik penang.

Nak tak nak tunggu adik hantar permit kubur jam 4.30 pm, jenazah kebumi lepas asar.

Masuk semula balai dengan mata merah2, tunjuk permit, sepatah kata tak mampu nak bercakap dah. Baru la pegawai polis sign. Itupun semua doc nak hitam putih, tunjuk dalam hp digital, tak terima. Mesti print out.

Masa fasa 3, semua kedai tutup jam 4 petang. Nak cri kedai print punya la azab. Satu2 kedai masuk tanya mintak tolong print.

Jumpa satu farmasi cina (depan balai polis kajang) masuk buat tebal muka minta tolong nak guna printer. Dia siap2 kemas nak tutup kedai dah tapi dia print kan jugak. Se sen bayaran tak minta tapi kami kasi juga sebab dah menyusahkan orang.

Dapat pass jam 530 pm, terus gerak tak balik rumah dah. Bawak je apa yang ada dalam kereta

Sepanjang perjalanan ada 4 roadblock besar. Ada yang bila kata kes kematian, tak banyak cakap terus bagi lepas, ada yang dah tunjuk pass pun siap soal itu ini siap pertikai balai mana yang bagi pelepasan.

Rasa macam……. nak maki orang.. Ketahuilah manusia2 yang takde hati perut, kes kematian bukan kes yang orang akan buat gurau pakcik… jangan sampai pakcik rasa apa kami rasa..

Dapat keluar kl pun jam 10 malam. Minyak yang tadi penuh, tinggal 4 bar je gara2 sangkut roadblock berjam2 dari 5.30 pm hingga 10 pm baru dapat lalu tol rawang.

Masa sangkut jammed, nak ke petrol pump pun tak dapat. Stuck tengah2 tu for 4 hours. Kiri kanan kereta langsung tak gerak.

Sampai ipoh, minyak habis. Rnr semua tutup. Jam pukul 1 am. Call plus ronda, diaorang tak assist kes minyak habis kecuali kerosakan.

Nak tak nak, bermalam kat tol ipoh lepas gagal dapatkan bantuan. Jalan pun sunyi tak ada kenderaan. Rnr dah macam bandar mati. Masa tu pun dah 3 am. Rehat tunggu sekejap, tak dapat lelap mata pun.

Subuh, bangun solat, beli air kopi kat mesin vending, 7.00 am gerak pelan2 dengan lampu minyak kelip2, cari nearest station. Tu pun sampai 7.30 am, tunggu setengah jam, kul 8 am baru bukak.

Dari ipoh, pecut laju2, dua jam kemudian sampai penang dalam 10.30 pagi hari jumaat. Arwah ayah dah selamat. Tak sempat apa. Tak sempat mandikan, kafankan, solatkan, semua tak sempat.. y

Yng ada menanti kami cuma kubur yang masih merah. Sedangkan dua hari sebelum arwah meninggal, kami dah start turun naik balai. Sebab mak kata ayah dah nazak. Tapi itu lah, pkp punya pasal.

Sebab itu, bila dengar kawasan KL selangor nak PkP lagi sekali, tiba2 mek trigger.. dan traumatised. Bayangkan betapa struggle dan kecewa, dan rasa terkilan yang tak mungkin akan hilang sampai bila2.

Moga2, selepas ni tak ada lagi kes kecemasan dalam fasa berkurung. Allah saja yang tahu beban hati yang kami berdua tanggung, sehingga ke hari ini. Sikit pun tak kurang. Hari terakhir ayah, si anak tak ada disisi.

Kalau lah, pukul 12.30 pm tu pihak berkuasa sign pas rentas negeri tu, mesti sempat. Sekurang2nya sempat sampai ngam2 waktu asar.

Tolong lah rakyat2 lain jangan menipu time pkp untuk rentas negeri, akibatnya, yang betul2 keperluan pun dinafikan haknya.

Kami dah pun redha. Benda dah jadi pun kan. 2 bulan sebelum kematian arwah, long kami dapat balik sebelum pkp fasa 1 dilaksanakan.

Bahkan, ada juga mulut2 jahat kata kami ni anak derhaka sebab tu takda rezeki nak buat last service to our beloved father.

Terpulang. Cakap lah apa nak cakap, saya cuma doakan hal yang sama takkan berlaku pada anda.

Ini cuma luahan, rasa terkilan, yang terpaksa ditelan sampai mati.

Wallhuaalam.

(Menanti hari sebelum pelaksanaan pkpb kl selangor, october 2020)

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *