Duka Dalam Kerjaya

Malam ini aku berasa terlalu suram sekali. Nama aku Lara. Entah dari mana harus aku mulakan. Aku buntu dan keliru. Umurku baru genap 25 tahun. Seorang wanita biasa.

Dua tahun ini aku bekerja bawah salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia. Kerjayaku ketika masuk ke sini bagiku agak stabil setelah 3 tahun bekerja sebagai pelukis pelan under subcon.

Alhamdulillah aku dapat saving untuk perbelanjaan kahwin, tolong ibu ayah dan adik-adik aku. Namun, disebabkan PKP yang telah berlaku, aku telah diberhentikan setelah hampir 2 tahun bekerja dengan notis dan pampasan.

Waktu itu seingat aku, aku cuma rasa sebak di hati dan menerima segala yang berlaku. Waktu itu keluar saja dari ruangan HR, untuk naik ke tingkat atas kembali ke mejaku, aku bertembung dengan bos department aku yang aku hormati dan anggap dia sebagai mentor.

Dia cuma terkejut nampak aku keluar dari ruangan HR dan tegur aku sambil terkejut. Aku cuma terdiam dan menunduk pergi. Memang waktu itu sedih tapi entah kenapa terlalu sukar untuk digambarkan. Akhirnya, bulan May menjadi bulan terakhirku disitu.

Bulan berikutnya aku mencari kerja sekeras-kerasnya, beratus emel setiap company, beratus application setiap job portal. Akhirnya hujung bulan June aku dapat interview dan ditawarkan kerja sebagai Assistant Engineer under subcon. Gaji seperti fresh balik.

Tapi aku terpaksa terima kerana waktu itu memang sukar untuk mendapatkan kerja. Bukan bagi aku tapi semua orang pun sama.

Akhirnya, aku kerja tapi cuma selama 2 minggu kerana aku telah mendapat tawaran kerja di company consultant yang aku impikan sejak dulu kerana kena dengan bidang yang aku belajar selama ini.

Namun, aku ingat lagi masa sesi interview bekas majikan sangat baik sampai menjanjikan bulan dan bintang kerana aku mengimpikan untuk menjadi seorang jurutera satu hari nanti.

Walaupun tanpa pengalaman, aku cuba belajar sendiri membuat kerja-kerja jurutera walaupun company tersebut terlalu kecil tiada senior cuma seorang bos dan seorang kerani.

Tapi lama kelamaan aku nampak warna sebenar bekas majikan aku bila ada suatu hari dia marahkan aku kerana kesilapan kecil yang orang tidak akan pernah expect akan kena marah,

Sampai dia hina aku sampai persoalkan aku ini siapa, sampai sentuh attitude segala-gala yang membuatkan aku terkedu.

Aku pernah minta tunjuk ajar tapi makian yang aku dapat. Aku mungkin boleh tahan tangisan aku depan bekas majikan aku tapi bila kembali ke meja aku menangis bagaikan hujan yang turun dengan lebatnya.

Aku terkilan dan perit. Akhirnya aku cuma bertahan sebulan setengah di situ.

Dan, sekarang ini company ketiga aku bekerja sebagai pekerja kontrak tanpa caruman epf dan sosco selama selepas diberhentikan disebabkan PKP.

Aku bersyukur dapat bekerja di sini. Memang sama pengalaman aku dengan company yang aku diberhentikan dulu.

Aku kerja dengan penuh semangat, paperwork aku siapkan bersungguh-sungguh sehinggakan pukul 7 atau 8 malam baru aku pulang.

Pada aku, aku ada pengalaman dalam kerja tersebut membuatkan aku senang untuk bekerja secara independent.

Ditakdirkan superior aku terpaksa masuk ke hospital selama 3 minggu, jadi aku yang membuat kebanyakan kerja, aku yang menguruskan renovasi, membuat submission ke majlis perbandaran dan membuat permohonan dengan jabatan kerajaan.

Walaupun kerja tersebut aku kena buat tambahan jobscope berlainan tapi aku rasa boleh sebab aku faham dan sebelumnya pernah berkawan dengan rakan sekerja yang pernah membuat kerja-kerja tersebut.

Namun, aku ingatkan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Aku sekali lagi diberhentikan. YA, SEKALI LAGI!

Dengan alasan, prestasi aku yang baru cuma sebulan setengah masih tidak memuaskan kerana disebabkan gaji yang aku minta terlalu tinggi bagi company tersebut sedangkan gaji aku di syarikat terdahulu 40% lagi tinggi.

Dan, disebabkan PKPB jadi kewangan mereka merosot dan tidak mampu untuk membayar gaji aku seorang.

Tapi pada pendapat aku gaji tersebut agak biasa kerana aku harus membuat beberapa tambahan kerja lain tapi aku terpaksa terima gaji seperti 2 tahun yang lepas.

Aku tidak faham akan apa sebenarnya company mahukan. Aku rasakan aku telah buat sehabis baik sampaikan aku tidak berkira usaha dan waktu.

Mereka menyuruh aku untuk memberi notis tapi aku masih lagi tidak faham kenapa aku yang perlu memberi notis sedangkan aku yang diberhentikan. Aku pulang dengan perasaan hampa. Menceritakan kepada ibu dan ayah dan menangis sekuatnya seperti budak kecil.

Sudah lama aku tidak menghamburkan perasaan seperti ini. Bagi aku, ini adalah dugaan tunang yang paling kuat. Aku terlalu risau kerana tinggal beberapa bulan akan berkahwin dan pastinya memerlukan duit untuk komitmen bulanan.

Malam ini terlalu suram bagiku. Memang sudah dalam fikiranku lagi, aku harus memohon kembali kerja-kerja kosong yang sudah aku tinggalkan rutinnya hanya baru sebulan lebih.

Sebelum pulang ke rumah telah aku selesaikan solat Asar dan menangis dengan harapan Allah berikan aku jalan dan tempat kerja yang manakah sesuai dan boleh terima aku seadanya.

Hanya Allah yang Maha Pemberi Rezeki lagi Maha Mengetahui. Mungkin ini semua asbab ujian aku.

Aku mungkin merasakan terlalu down dengan nasib yang terjadi. Sehinggakan mati rasanya hati untuk bekerja lagi. Rasa sepertinya kudratku dipermainkan. Disebabkan hanya aku seorang pekerja.

Kenapakah terlalu kejam rasanya bagi aku yang betul-betul sukakan dan bersungguh bekerja? Aku tidak tahu. Biarlah pertanyaan itu tergantung.

Jadi, aku hanya tinggal meniti hari untuk tamatkan pekerjaan ini. Bagi aku, aku sudah lelah untuk menghadapi sekali lagi. Syarikat baru. Orang baru dan peraturan baru.

Namun aku tiada pilihan. Aku ada komitmen dan akan berkahwin. Aku perlukan kerja.

Mohon doakan aku, semoga orang-orang yang teraniaya disebabkan kerja akan dibalas hikmah yang tak terucap dengan kata-kata. Aku hanyalah hamba yang lemah dan aku terima segala duka dalam kerjaya sebagai ujian kepada hambaNya.

– Miss Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *