Untuk part I, (https://iiumc.com/toksiknya-seorang-superior/).
Assalamualaikum pembaca confession IIUMC semua, terima kasih kepada admin yang telah menyiarkan luahan saya.
Pada luahan hali ini, aku ingin berterima kasih pada semua yang memberi kata-kata semangat dan dukungan padaku.
Sebenarnya aku diberi MC 5 hari selepas aku ‘relapse’.
Aku bukanlah seorang yang suka membuat aduan tentang keburukan orang lain. Meskipun setiap kali ada pesakit datang mengadu perihal staf dan pakarku, aku sentiasa cuba menjernihkan semula nama mereka.
Bagi mereka yang memberi nasihat untuk aku kumpulkan bukti, bukti semua telah ada. Bukan aku seorang sahaja yang menjadi mangsa superior toksik ini. Senior MO pon dah kena.
Senior MO aku mengandung tahun lepas dan mengalami pendarahan, semasa senior MO ku tengah bertarung melawan emosi apabila diperiksa rakan MO lain, pakarku datang dan bertanya “ye ke pregnant? Macam period ja, bila awak pregnant?
Mungkin pendarahan haid ja ni”. Sedangkan dalam scan tersebut dah ada jantung bayi yang berdegup.
Bahkan ketika senior MO ku tengah melahirkan bayinya, dia menelefon beberapa kali dan bertanya “kenapa dia dah cuti beranak? Due date belum sampai lagi”. Allahuakhbar, seorang doktor tanya soalan macam tu?
Bukankah kita semua sedia maklum, tarikh due date tu tarikh semasa 40 minggu, dan tak semua bayi diutuskan Allah untuk keluar pada tarikh yang diberi manusia. Aku merasa amat kasihan terhadap senior MO ku itu. Dia pon pernah menangis atas kekejaman superior kami.
Selama ini kami semua tak pernah terlintas untuk buat aduan kerana kami bimbang ketua jabatan akan terkena tempias. Ketua jabatan kami mempunyai masalah kesihatan.
Pada awalnya kami percaya pada dia kerana bagi kami ketua jabatan lebih rasional dari pakar. Kami tidak mahu dia menerima tempias jika kami menulis surat pada KSU KKM, KKM begitu pantas dan cakna, mereka akan datang dan buat siasatan dan semua tak akan terlepas.
Jadi kami memikirkan komplikasi dari aduan kami lebih besar dari apa yang perlu kami tanggung, mungkin kami pendam sendiri sahaja. Pernah ada seorang menulis surat aduan perihal pakarku, ketika itu dia (pakar) bersifat tiada perikemanusiaan.
Pada hari sampling covid19, ada seorang petugas kesihatan lelaki yang hampir pitam, jadi salah seorang terus membenarkan dia untuk ‘doffing’ (buka PPE), tapi pakar terus marah-marah, tiada arahan darinya dan kita kekurangan PPE.
Sedangkan kami mendapat bantuan PPE dari beberapa agensi. Surat tersebut memang sampai pada KSU KKM, siasatan dalaman dan luaran berjalan.
Selepas kejadian tersebut aku tidak mendengar apa-apa ‘feedback’ dari siasatan tersebut, mungkin kerana aku malas cakna perihal tersebut, sebab bagiku orang atasan tak akan pernah tergugat.
Dan kami bersedia menulis surat aduan kerana ketua jabatan akhirnya menyebelahi pakar tersebut.
Entah apa yang diceritakan. Oh kami tak pernah bercerita perihal toksik pakar tersebut kepada mana-mana pihak. Pakar memang nampak baik di mata orang yang tidak pernah bekerja dengannya.
Tahun ini salah seorang rakan kerjaku pula mengandung, selepas yang senior MO ku masuk kerja semula.
Pada awal kandungan , dia juga mengalami pendarahan dan sakit yang teruk, jadi terpaksalah cuti sakit. Tapi kami semua memahami, sebab ini kan hari dia, hari kita tiada siapa yang tahu.
Alhamdulillah dia pun telah selamat melahirkan bayi yang comel. Ada juga soalan pakar yang menyebalkan tapi aku tidak begitu ingat untuk memberitahu anda semua.
Aku menyukai rakan sekerjaku kecuali pegawai perubatan kesayangan pakar tersebut. Kami semua saling bekerjasama.
Terkadang aku terfikir jika aku pindah klinik/ hospital, masih lagikah aku mendapat nikmat rakan sekerja sebegini? Senior MO ku sangat membantu, bahkan ketika dia berpantang pun aku menelefon beliau untuk bertanya pendapat.
Pakar juga sentiasa mahu melaga kan aku dengan rakan kerja yang lain, ada mesej yang pernah aku sampaikan pada senior MO, dia telah sampaikan pada pakar, dan telah rekod perbualan tersebut. Tapi pakar akan cakap “eh saya tak tahu pon, M tidak beritahu saya”.
Tapi kami sentiasa merekod perbualan kami dengan pakar kerana dia selalu memutar belitkan apa yang telah dia sampaikan atau yang telah kami sampaikan.
Pada minggu lepas dia ada membuat perjumpaan dengan senior MO ku, dan mengunci pintu bilik, tujuan perjumpaan itu adalah untuk memberitahu senior MO ku yang beliau akan menggagalkan SKT dan mahu memeriksa telefon bimbit. Perihal ini sangat pelik.
Telefon bimbit zaman sekarang mempunyai perincian yang sangat ‘confidential’. Sekarang kita pakai e wallet. Rampasan telefon boleh tapi untuk memeriksa sesuatu yang sulit begitu seseorang memerlukan waran. Tapi dia tak mahu periksa sendiri, dia meminta seorang staf (sister) memeriksa.
Namun sister tersebut enggan kerana dia tahu ini menyalahi undang-undang. Lagipun apa yang perlu dia periksa di telefon bimbit senior MO ku itu?
Atas kejadian tersebut satu laporan polis telah pun dibuat tapi pihak polis ada menasihati jika dia menggunakan perkataan “mengugut” siasatan akan terus dilaksanakan.
Senior MO ku membuat keputusan untuk tidak meneruskan siasatan jadi laporan hanyalah “berkata”. Begitu ekstrem toksik pakarku. Sakit hati? Lebih sakit dari semua benda di dunia ini. Allahuakhbar , ada manusia sebegini psiko.
Terkadang aku terfikir, mungkin aku sendiri yang tidak bersyukur, aku mendapat nikmat rakan sekerja yang baik hanya pakar kami yang toksik.
Anda semua dapat gambarkan, yang kami sentiasa bekerjasama sampaikan kami tidak pulang dahulu sekiranya salah satu dari kami mempunyai kes kecemasan,
Selalunya paling tidak kami akan pulang selepas kes selesai dirujuk ke hospital dan menunggu ambulans, terkadang tunggu sehingga ambulans sampai. Jarang nak dapat rakan sekerja begini. Sumpah.
Di hari keempat aku cuti sakit aku mulai pulih semangat, tapi aku masih lagi menangis ketika berdoa kepada Allah swt. Ada sebabnya Allah datangkan ujian sebegini kepadaku. Di hospital dan jabatan lama sukar nak jumpa pakar yang tidak menghargai bawahannya.
Aku tidak pandai mengampu. Kerana bagiku keberkatan rezeki itu penting. Sampai terkadang aku suka dilimpahi pesakit yang ramai. Ada yang menggelarku “jonah”.
Pesakit yang ramai inilah yang akan menjadikan rezekiku berkat dan asbab kes yang banyak dan mencabarlah aku banyak belajar.
Sungguh, gaji seorang doktor sangat kecil tapi lebih dari cukup bagiku, kerana aku dari latar belakang yang terlampau miskin. Sekarang aku boleh memberi duit belanja untuk adikku yang sedang belajar di matrikulasi.
Aku berharap dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa di kampung, ibuku menjual nasi lemak dan ayahku penggali kubur.
Terkadang aku bergurau dengan pesakit, “kalau saya tak dapat selamatkan , nanti ayah saya ambil alih”. Ibuku selalu berpesan ujian ini untuk memberkati rezekiku.
InsyaaAllah kami akan mula menulis surat aduan ke KSU KKM. Bantulah kami berdoa supaya pakar tersebut dipindahkan jauh dari kami semua. Dan sentiasa dipantau KKM supaya tidak menganiaya MO lain lagi. Semoga kami dapat memberi khidmat terbaik untuk pekan koboi ini.
– Doktor N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit