Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confession ini. Aku Aina (bukan nama sebenar), usia 26. Sudah berkahwin. Usia perkahwinan baru 7 bulan.
Aku menulis untuk bertanyakan pendapat para pembaca. Mungkin kalian sudah dapat meneka apa yang aku ingin sampaikan berdasarkan tajuk. Kalau ada ayat aku tonggang langgang terpanjang atau terbelit susun ayat sorry ok.
Aku dan suami, Izhar (bukan nama sebenar) disatukan atas permintaan keluarga. Izhar dua pupu aku. Tapi aku tak pernah kenali dia secara dekat. Masa kecik pernah lah ternampak waktu ziarah raya. Takat habis gitu. Tak pernah jumpa dah lepas tu.
Awal tahun lepas keluarga Izhar ada datang ziarah ayah yang tak berapa sihat. Lepas mereka sekeluarga balik, ayah ada bagitau sesuatu pada mak. Mak sampaikan pada aku yang mak Izhar berkenan nak jadikan aku menantunya. Aku tak tahu nak respon macam mana.
Aku bukan kenal budak Izhar tu. Maknye yang berkenan. Si anak tu berkenan juga ke dengan aku? Entah2 ada girlfriend. Ish, aku tak nak tersangkut dalam kahwin paksa. Macam drama pula. Aku cakap dengan mak aku belum ready. Belum puas bujang, alasanku.
Mak minta aku pertimbangkan permintaan ayah untuk fikirkan hal ini. Lagipun ayah tengah tak berapa sihat. Izhar tu baik budaknya. Nampak tertib, beradab, pentingkan agama dan berjenis untuk dibuat suami. Ini semua pujian mak pada Izhar untuk yakinkan aku.
Mak minta aku jumpa dan kenal2 dulu dengan Izhar. Kalau tak ngam, dorang okay je kalau aku nak reject. Mak ayah risau, aku sorang je yang belum kahwin lagi. Kakak abang semua dah berkeluarga.
Aku cuba pula guna kakak aku jadi perantara untuk pujuk mak ayah. Aku tak ready wehh. Rasa nak nangis bila family minta aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Dorang plan kalau aku setuju, kenduri nikah akan buat awal tahun 2020.
Tapi kakak aku tak boleh pakai juga. Dia soal aku nak tunggu umur berapa baru nak ready? Sibuk sangat dengan kerja sampai tak fikir nak kahwin. Pot pet pot pet bebel aku malas nak dengar. Dipendekkan cerita, aku jumpa Izhar juga akhirnya untuk sesi suai kenal.
Kitorang jumpa kat restoran. Kakak aku teman. Of course la aku kekok nak sembang apa dengan budak Izhar ni. Kakak aku yang banyak cakap masa kami jumpa.
Dia teman dalam setengah jam macam tu je, pastu blah. Alasan dia ada janji dengan abang ipar nak beli groceries. Helah dia je tu. Memang saje nak bagi aku sembang sendiri dengan Izhar.
Awal2 lepas kena tinggal dengan kakak, aku macam kekok nak sembang dengan Izhar. Tapi lama2 tu okay la. Banyak sembang throwback pasal zaman hingusan budak2. Langsung takde sentuh bab plan orang tua kami. Oh ye, Izhar beza usia 3 tahun dengan aku.
Dia sebaya kakak aku. Aku dan Izhar ada study background yang sama iaitu engineering. Kerja pun dalam engineering field. So panjang sikitlah sembang tu.
Aku dan Izhar sangat berbeza character sebenarnya. Izhar soft spoken, aku kasar. Nak lembut2 ni memang bukan aku lah ye. Aku kasar tapi bukanlah kaki carut.
Perwatakan aku tak selembut kakak aku dan semestinya bukan sek2 perempuan melayu terakhir. Izhar seorang yang berdiplomasi, sedang aku pula suka memberontak. Masa ni aku terfikir tak tahulah kawin ni dia boleh handle aku ke tak. Silap2 dia yang kena buli.
Aku takde kawan perempuan yang rapat. Ada pun cuma 2 orang. Jadi kawan sebab housemate. Circle friends aku mostly lelaki. Walaupun aku ramai kawan laki tapi aku tak pernah main cinta dengan dorang. Ada yang nak kenal tapi aku tak berminat. Aku friendly dengan semua orang.
Layan sama macam kawan lain. Tapi once ada yang confessed perasaan memang aku bye2. Ada yang cop aku perempuan sombong. Nak kata aku tak pernah bercinta, aku pernah. Sekali. Tapi bukan aku yang nak kat dia.
Aku cuba buka hati untuk bercinta tapi tak lama pun kami bercinta. 3 bulan je. Ex cuba ambil kesempatan. Masa mula2 dia nak kan aku dia okay. Tak kacau usik sentuh aku apa2. Tapi bila dia start ajak sembang seksual, aku tak suka. Aku minta putus.
Sepanjang 4 tahun study dulu, ada seorang lecturer suka pada aku. Tapi aku buat donno. Tak kuasa la nak melayan laki tua dah beranak pinak tapi masih ada hati nak ngorat student. Dah ada anak bini masih tak tahu malu. Memang aku cukup menyampah. Rasa nak pelempang je.
Tapi tak boleh la kan. Dia lecturer yang ajar aku. Kalau aku over react nanti sangkut pulak sem. Habis study dia minta maaf sebab banyak ganggu aku dan mengaku ada simpan perasaan pada aku. Yucks. Eh helloo, ingat semudah tu aku nak maafkan?
4 tahun orang tohmah gosip pasal aku dengan kau kot. Aku tak melayan kau pun tetap juga kena gosip. Siap diperli lecturer lain. Bengong. Aku takde lah simpan dendam. Maafkan juga akhirnya. Lecturer aku tu pun takdelah psiko nak kacau lebih2.
Perwatakan aku semua ni berkait rapat dengan apa yang pernah jadi kat aku dulu. Malas nak cerita detail. Apa aku boleh kata benda yang jadi kat aku lebih kurang sama dengan apa yang jadi dekat confessor mangsa cinta suami orang tu. Parents sangka aku lupa, tak tahu, tak faham.
So dorang buat biasa. Tapi dorang silap. Aku boleh ingat banyak memori masa usia 4 tahun. Apakan lagi benda yang jadi masa umur aku 7 tahun. Kejadian berlaku berulang kali. Aku ada trust issue dengan parents. Dorang tak protect aku dari orang jahat tu.
Masa benda jadi, kakak aku ada trip sekolah. Abang aku pula kat asrama. Semua yang jadi memang susahlah nak lenyap dari kepala otak.
Kemudian aku membesar dengan seribu persoalan yang tak terjawab dalam fikiran. Aku tak pernah confront dengan mak ayah aku pasal benda ni tapi aku rebel. Cara aku tunjuk kemarahan pada orang tua dengan cara rebel.
Budak degil, ceritanya memang selalu kena marahla kan. Rotan dan macam2 la. Dorang cuma fikir aku anak yang degil dan nakal. Tapi dorang tak tahu jiwa aku bergelora penuh benci dendam dan persoalan. Aku selalu nangis sorang2.
Apa yang Nik Faezah share dalam confession dia memang betul lah. Sebijik aku rasa benda sama bila memori tu datang.
Cerita hal kahwin memang benda aku tak suka dengar. Kalau parents buka mulut tanya bila nak kahwin bla bla, aku kata busy kerja. Tak sempat kenal orang. Ada juga time aku malas nak balik kampung, malas nak dengar cerita kahwin then aku pergi vacation dengan housemate. Lagi best dari fikir kahwin.
Tiba-tiba aku kena kahwin. Dan paling gila kahwin dengan dua pupu yang diatur keluarga. Aku buat istikharah sebelum terima Izhar. Setiap kali lepas solat aku tanya Allah betul ke Izhar itu jodoh yang Allah titip untuk hidup aku. Aku setuju akhirnya untuk terima Izhar.
Depan family aku tunjuk normal seolah perkahwinan ini memang aku terima sebab sayang dan mula suka pada Izhar. Tapi sebenarnya tak. Aku terima sebab tak nak kecewakan ayah.
Walaupun aku rasa marah dengan parents, tapi aku tetap sayang dorang. Aku tak nak dorang beranggapan aku ni anak yang degil dari kecik sampai besar degil susah dijaga. Kerjanya asyik nak bantah dan melawan cakap orang tua je.
Sedih sebenarnya bila dicop macam tu. Sedangkan dorang tak tahu kenapa aku jadi macam tu. Nak confront pun tak guna.
Aku tak nak kemarahan aku lukakan hati ayah. Aku macam nak buktikan aku bukan anak yang macam tu. Bukan anak degil keras kepala. Dalam masa yang sama aku sendiri risau macam mana penerimaan Izhar dengan masa silam aku.
Jujur aku rasa rendah diri sebenarnya. Macam2 aku fikir. Boleh ke Izhar terima aku lagi kalau dia tahu. Aku tak pasti nak bagitau Izhar pasal trauma aku atau diamkan je.
Macam mana pula kalau Izhar tiba-tiba tarik diri. Keluarga dah excited buat persiapan ni. Tarikh makin dekat. Aku nampak ayah yang paling gembira.
Dalam tempoh buat persiapan aku jarang jumpa Izhar. Aku tak berminat nak jumpa sentiasa. Aku tak pasti apa perasaan Izhar pada aku. Bagi aku, yang berkenankan aku mak dia, bukan dia yang nak aku. Apa yang aku tahu aku kena ready mind set if let say after kahwin Izhar pecah tembelang ada girlfriend.
Kalau dia nak kahwin dengan girlfriend dia serius aku tak kisah. Tak balik rumah pun aku tak kisah. Jadi bini cuma atas kertas pun aku tak kisah. Aku teruskan semua ini niat hanya untuk bahagiakan orang tua.
Nak mak ayah happy tengok aku kahwin. Aku tak nak letak apa2 harapan dalam perkahwinan ini. Tapi dalam masa sama aku tak nak perkahwinan ni roboh cepat.
Aku sendiri confused dengan diri aku masa ni. Kejap aku rasa tak nak berharap apa2, kejap pula aku takut Izhar tahu dan pergi. Malu family aku kalau tak jadi.
Lepas bertunang, Izhar mula bahasakan dirinya abang dan panggil aku sayang. Tapi aku tak tahulah kenapa aku rasa geli tekak dengar benda tu.
Bila dia cakap I miss you, I love you bagai lagi buat aku rasa kembang tekak. Aku akan alih topik bila dia ucap ayat2 tuh. Walaupun Izhar sebut semua ayat2 sweet ni kat aku, aku masih tak yakin. Aku takut kemesraan ni sementara. Atau mungkin semata kepuraan.
Aku minta pendapat housemate. Housemate aku masa tu baru kahwin. Aku cerita sikit apa yang penah jadi kat aku dulu. Masa aku decide nak cerita kat dia tu pun aku fikir banyak kali.
Takut dia jaja cerita silam aku kat orang lain. Tapi aku fikir semula dia je kawan perempuan yang aku boleh harap untuk dengar. Aku cerita ringkas. Tak detail. Respon housemate aku mula2 dia macam tak percaya.
Dia cakap “macam cerita novel doh”. Aku mengeluh dengar. Serius aku tak gemar dia cakap macam tu. Seolah masalah aku ni macam rekaan cerita fantasi. Novel tu happy ending. Cerita aku belum tentu. Tayah nak berangan sangat. Pastu housemate aku cakap okay je kalau aku nak cerita kat Izhar.
Izhar akan jadi suami aku. Tak salah pun dia tahu. Lagipun apa yang jadi bukan salah aku, katanya.
Aku minta dia janji jangan cerita benda ni pada sapa pun termasuk suami dia. Dah luah kat kawan pun aku masih tak ada keyakinan untuk bagitau Izhar. Aku buat istikharah dan tahajjud minta Allah bagi petunjuk.
Atas satu keyakinan dan petunjuk aku putuskan untuk tak bagitau. Aku cuba tanam keyakinan yang aku boleh control dan sorok trauma dari Izhar. Lagipun aku kan dah kata tak kisah apa jadi lepas kahwin. Yang penting majlis jalan dulu.
Perkahwinan kami berlangsung seperti apa yang dirancang.
Masa aku kahwin, housemate aku dan husband dia datang kenduri. Aku nampak la suami dia pandang aku semacam. Bukan semacam gatal. Tapi pandangan seolah dia tahu something.
Aku bukan tak biasa jumpa husband dia. Tapi kali ni dia pandang aku macam dia tahu sesuatu la. Obvious gila. Aku dah start rasa tak best kat housemate.
Aku rasa housemate aku tu ada cerita kat husband dia lah. Kalau betul dia cerita memang aku rasa macam nak eeiiiiii $#%^#. Isteri memang tak boleh sorok rahsia dari suami ke? Memang semua benda kena cerita buat bahan bergosip laki bini ke?
Dan benda paling sedih bila housemate aku tu tanya, “Aina, dia tu ke yang buat kau dulu?” Sambil mata melirik ke arah seorang lelaki separuh usia tak jauh dari kami. Housemate tanya soalan itu di hari majlis aku weiii. Ya Allah, weii cemana kau boleh tergamak tanya soalan macam tu kat aku di majlis “bahagia”?
Aku speechless. Kalau housemate aku baca ni, dia tahulah jawapannya kenapa sekarang aku makin renggang dengan dia. Aku sangka kedewasaan boleh matangkan kami. Tapi ada orang memang tak ada common sense. Aku menyesal minta pendapat dia dulu.
Lepas majlis, jujur aku cakap berdua dengan Izhar dalam bilik sesuatu yang sangat menggerunkan bagi aku. Tapi mujur aku tengah period masa tu.
Bila Izhar nak bermesra aku cuba kawal perasaan yang macam nak explode dalam dada. Perasaan takut teramat tapi aku try kawal. Aku bisik kat hati banyak kali “Aku isteri. Isteri wajib untuk melayan suami. Isteri tak boleh lawan kehendak suami. Berdosa”
Ulang2 aku cakap ayat ni kat hati. Dah macam berzikir. Sumpah perasaan ni bukan mudah. Aku tutup mata rapat2 sampai berkerut.
Badan aku keras. Izhar tanya kenapa? Aku cakap sakit perut. Bila aku tak boleh nak kawal diri, aku lari ke bilik air. Konon nak memerut. Bukak shower kuat2 aku nangis. Aku sedih tak mampu nak control perasaan. Rasa berdosa sangat pada insan bernama suami.
Seminggu lepas kawin Izhar bawa aku honeymoon. Dia nak ‘bersama’ dengan aku. Tapi aku tertendang dia. Spontan semua tu jadi.
Masa ni aku tak boleh kawal tangisan aku depan Izhar. Aku nangis. Nangis separuh jerit. Izhar panik terus peluk aku. Dia pujuk aku bagitau dia suami aku. Aku minta maaf banyak kali pada dia.
Lepas keadaan aku reda, Izhar macam nak tanya sesuatu pada aku. Tapi dia rasa mungkin tak sesuai lagi nak tanya. Hari terakhir honeymoon, dia ada cuba bermesra. Kali ni aku terus terang pada Izhar.
Aku belum sedia untuk tunaikan tanggungjawab batin. Dia tanya kenapa. Dia ada buat salah ke. Aku cakap dia tak ada salah apa2. Aku yang salah. Bila didesak banyak kali aku cerita pada Izhar benda yang pernah berlaku pada aku. Aku nampak Izhar genggam penumbuk marahkan si pelaku.
Izhar tanya siapa pelaku. Aku tak bagitau. Aku tak nak timbulkan konflik memandangkan kami satu keluarga. Izhar peluk aku bila tengok air mata aku deras. Aku minta maaf kat dia, aku tak ada apa nak bagi pada dia sebagai seorang isteri.
Izhar tutup mulut aku dari terus berkata. Dia cakap dia sayang dan cinta aku. Dia terima aku dan dia akan jaga aku. Tak ada yang perlu diminta maaf sebab bukan salah aku.
Perkahwinan ini berlaku mungkin sebab kehendak orang tua kami tapi perasaan dia pada aku ikhlas dari awal kami jumpa, kata Izhar.
Aku dan Izhar PJJ. Benda ni macam satu yang melegakan aku jugalah. Tak lama lepas kahwin PKP. Izhar sempat balik rumah kami sebelum PKP dikuatkuasa.
Bermulalah episod sebagai suami isteri sebenar. Makan minum dia tak ada masalah untuk aku laksanakan sebagai isteri. Tapi yang jadi permasalahan bila melibatkan keperluan batin. Izhar nampak teruja nak lalui tempoh PKP bersama aku. Tapi keterujaan dia bertukar jadi muram durja.
Setiap kali dia minta hak dia sebagai suami, aku tak boleh nak bagi. Awal2 PKP, bila aku terjaga pagi nampak Izhar ada tidur kat sebelah aku jadi panik terkejut takut. Lupa aku dah bersuami. Aku tak tahulah kalau ini proses normal bagi semua wanita yang baru kahwin.
Ada waktu bila tidur, aku akan jauhkan perbaringan dari sisi Izhar. Aku tidur rapat serapatnya ke dinding. Bantal aku tutup dada. Wujudnya Izhar disisi lagi buat aku tak boleh tidur sebenarnya. Waktu tidur kami seperti bertukar shift.
Ada hari kami okay, ada hari kami tak okay. Tak okay pun of course sebab aku yang mulakan. Ade je benda aku nak cari pasal dengan dia. Tapi Izhar sabar. Dia seorang yang sangat sabar. Aku rasa ni proses untuk kami suaikan diri sebagai suami isteri. Untuk kenal karakter dan raikan perbezaan.
Kadang bila masing2 dah malas nak hadap diri masing2, kami buat haluan sendiri dalam rumah. Sorang kat depan tv. Sorang lagi kat bilik. Mengadap kerja masing2. Tengah PKP nak lari mana lagi kan.
Izhar seolah makin faham aku tak nak disentuh. Bila tidur malam, aku nampak dia pula yang usaha kawal diri tak sentuh aku. Dia dah tak peluk aku. Aku nampak dia menahan diri. Aku pernah minta tidur asing di bilik sebelah. Tapi Izhar tak izin.
Kalau aku lari masuk bilik sebelah, dia akan ketuk juga sampai aku buka pintu. Bila aku berdegil tetap juga tak nak buka, dia buka dengan kunci spare. Dia minta aku masuk bilik kami, dia janji tak akan sentuh.
Aku bukan tak pernah usaha buka hati menerima seorang suami. Aku dah cuba. Aku kasihan dengan dia. Aku cuba laksanakan tanggungjawab yang satu tu. Tapi separuh jalan aku tolak dia sekuatnya. Aku nangis. Aku tak boleh.
Macam mana aku nak buat? Aku sedih tak boleh nak overcome benda ni.
Pernah aku bangun tahajjud, aku buat taubat juga. Tengok suami aku tengah lena. Rasa sedih datang. Aku mengadu pada Allah sesungguh rasa. Aku nangis. Aku tahan esak takut Izhar terjaga.
Aku doa minta Ya Allah, hadirkanlah rasa cinta dan sayang buat aku pada suamiku Izhar. Bantulah aku hilangkan sakit lampau yang aku rasa. Aku minta Allah mudahkan urusan untuk aku laksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Aku nangis merayu sesungguhnya.
Aku capai quran. Aku mengaji sekejap. Terasa diriku terlalu kerdil dan lemah saat itu. Satu perasaan yang mana aku betul2 minta Allah bantu aku. Untuk pertama kali, malam itu lepas tahajjud aku yang datang pada Izhar.
Walaupun dah bersama, sesekali Izhar akan terima tendangan aku. Air mata aku mengalir sendiri. Spontan aku akan tolak atau tertendang dia. Rasa bersalah giler2 tahu tak bila triggered masa bersama. Aku cepat2 minta maaf.
Izhar seorang suami yang sangat baik. Aku bertuah menjadi isterinya dalam tempoh 7 bulan ini. Penyabar dan selalu mengalah. Tak pernah tinggi suara dengan aku. Dengan orang lain pun tak pernah tinggi suara. Dia menjaga solat. Selalu ajak aku berjemaah dan tadarus.
Selalu juga aku nampak dia buat solat sunat. Dia tak segan tunjuk sayangnya pada aku didepan orang. Aku pula yang segan dan rasa tak selesa. Tak ada satu hari yang dia tertinggal untuk ucap kata cinta dan rindu pada aku walaupun kini kami dah sebumbung.
Izhar ajak aku pindah duduk sama. Dia nak jaga aku. Dia sangat protective. Dia betul2 buat aku rasa selamat sepanjang jadi isterinya. Kadang aku terfikir apalah yang aku buat untuk deserve suami sebaik Izhar. Aku takut nikmat bahagia ni cuma sekejap.
Betul lah kata mak dulu tentang adab dan agama Izhar. Aku cuma nampak semua ni lepas kahwin. Aku tak tayang kemesraan di mana2 socmed. Kata orang bahagia tu simpan sendiri.
Aku cerita kebaikan Izhar bukan tujuan puji banggakan suami sendiri. Maaf kalau ada yang tak senang. Anggaplah aku bermonolog.
Aku sayang Izhar, suamiku. Aku belajar menyayanginya. Tapi hati aku tiada cinta. Normalkah semua ini? Aku perlukan pendapat kalian untuk bagi tips macam mana aku nak semai cinta pada suami. Atau hubungan ni sekadar sayang je dah cukup?
Masa PKP aku banyak tengok ceramah rumahtangga di youtube. Kalau di IG aku suka tengok nasihat Imam Hassan Al-Bana berkenaan rumahtangga. Mungkin dari sini sedikit demi sedikit hati aku berubah untuk terima dan hargai Izhar. Aku tak pasti bila aku start sayangkan Izhar.
Tapi yang pasti cinta belum ada. Atau aku sendiri tak tahu menilai definisi cinta? Aku mohon tips dan nasihat dari kalian. Doakan juga kami segera dikurniakan zuriat ye.
Sebenarnya pasal zuriat, aku macam ready tak ready nak ada anak. Takut anak aku terima nasib sama macam aku. Doakan aku ye. Terima kasih banyak2 diucapkan terlebih dahulu.
Maaf panjang sangat cerita. Tak tahu nak pendekkan.
Assalamualaikum.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit