Mesej Yang Tidak Dibalas

Sejak PKP berlangsung ni, ada seorang roomate aku satu universiti lah dengan aku, masa start PKP dia dah menunjukkan satu perangai yang pelik tak pernah roomate lain nampak.

Sebenarnya kami memang tahu dia sakit means dia ada mental disorder lah. Pada masa sama, dia memang ada seorang best friend kemana saja, but masa start PKP kami tak nampak dah kebersamaan diaorang.

Aku nampak dia macam banyak termenung lah, duduk kat meja study setiap hari dan asyik membaca sahaja, sampai tengah malam kadang-kadang dia terkena sawan, so adalah dua roomate sekali dengan aku tolong dia, sebab sawan dia jenis gigit tangan sampai darah.

So kawan sorang lagi ni selalu akan panggil best friend dia yang duduk kat bilik depan. Kadang-kadang dia datang muka masam dan cakap

“Alah dia cuma nk perhatian aku je, sebenarnya dia ok je, mengada ni” sambil libas kain untuk balut darah kat tangan kawan dia. Dua tiga hari lepas tu, dia masuk hospital, Madam hantar.

Roomate aku ni still diam, tak banyak cakap, mmber dia je banyak cakap dengan kitaorang dari cerita A sampai Z pasal dia, padahal dia tak cakap apa pun, dia diam je sampai madam pujuk nak no parents dia berkeras taknak bagi tak tahu kenapa.

So masa dalam wad kecemasan tu pun masa Madam tengah pujuk, tuptap terkena sawan tahap boleh kecoh satu hospital, doktor pun pening.

Terpaksalah bagi ubat penenang macam tu, aku decide yang dia ni maybe murung bukan sebab kawan dia bukan sebab family maybe ada sebab lain yang memang dia taknak cerita

So malam tu, madam ajak kitaorang ni keluar gi makan sementara tunggu dia, aku jadi tak berapa bekenan dengan best friend dia ni sbb dia boleh cerita buruk (aku rasa) pasal member dia kat madam dan roomate kitaorang termasuk dua roomate dia.

Sorang roomate dia tu macam acah nak tolong tapi macam batu api je (wakaka). So kitaorang dengar jelah, rasa kesian pun ada rasa macam dia tengah buka aib member dia pun ada.

So Madam dengar jelah, dengan harapan aku harap madam akan dengar cerita pihak kawan kitaorang ni.

Rupanya, tidak, aku tak sure madam tu pihak belah siapa tapi gaya madam macam pihak sebelah best friend dia, sebab aku banyak perasaan madam lebih cenderung belah sana, kalau aku salah tu kira salah aku lah sebab sampai sekarang aku tak tahu sapa betul sapa salah.

Dua hari dia kat hospital esok tu dia balik sendiri kot dengan tangan berbalut sebab dia gigit sampai darah kan. So nak tanya dia memang banyak dia, tapi kalau ikut cerita best friend dia, dia ni banyak cakap tapi masuk bilik diam je

So masa tu, semua penghuni hostel kena balik, tapi dia ni choose untuk tak balik, sebab kampung dia kat Sabah, maybe dia tak nak habiskan duit tiket, tapi bapak dia orang berada kot, ntahlah.

Itu last dia jumpa kawan baik dia, dan dia terus diam dalam bilik tu, tp madam bagi amaran semua kena balik termasuk yang Sabah Sarawak, tapi dia mohon untuk stay. So adalah beberapa student memang tak balik termasuk yang dari oversea.

So lepas tiga bulan raya semua tu habis, PKPP, aku decide nak masuk Oktober termasuk dengan new intake tapi mak aku kabo, masuk awal supaya senang, mak malas nak hantar kau banyak kali, kot lah ada PKP balik ke apa ke. so aku masuk sebulan selepas raya.

First pandangan aku masuk bilik aku nampak dia, masa tu ada kawan aku lagi sorang. Dia still di meja study, dan kali ni tangan dia tak lepas dengan iphone dia.

Roomate aku kabo, dia tak keluar sangat, so kalau ada makanan pun biskut dalam bekas kau dia kebas, takpelah aku halalkan. Pastu aku tanya,

“Beb kenapa dia makin kurus?”

“Dia tak makan langsung, madam cakap paling sedih pagi raya, dia termenung luar tingkap padahal ada je student oversea ajak gi bazaar tapi dia tak nak, bila call parent dia, dia ok je siap gelak-gelak lagi ”

So kitaorang decide untuk gembirakan dia, dengan bawa dia jalan-jalan kat mall, main bowling dan semua lah.

Aku cuba kot untuk tanya apa masalah dia tapi dia still diam macam tukar topik macam tu, so kawan aku ni kata pernah baca diari dia secara haram,

Dia ada tulis beberapa nama yang dia dah cerita dan beberapa nama dah kena khianat sebab dari apa yang dia cerita sampai kat best friend dia jadi lain.

Tapi kitaorang takdelah nak siasat sampai tanya kat kawan-kawan yang dia dh cerita sebab kitaorang nak dengar dari dia. Maybe itu kawan-kawan yang dia percaya tapi kepercayaan dikhianati.

Aku decide untuk berani bercakap depan dia, tapi sebelum tu adalah satu hari, member yang aku kabo macam batu api tu kan, dia pegi serang kawan kitaorang ni, dia serang ni macam,

“Heh kau ni dah kenapa? kenapa tak makan tak itu tak ini ” nada kuat dan bising, bagi kitaorang tu serang lah

Konon nak tunjuk dia care lah, siap bagi makan apa semua takleh blah siap bagi mandi, semua orang tengok kot sambil dia membebel.

Pastu member ni ambil handphone kawan kitaorang ni siap baca semua mesej dalam whatsapp. Baru aku tahu rupanya roomate kitaorang ni kena block wassap dengan best friend dia,

Nak tanya lebih dah malas nak tanya sebab tengok dari kawan dia cerita macam nak kawan roomate kitaorang ni obses dengan kawan baik dia sendiri,

Tapi sepanjang kitaorang satu bilik ni lah, tak nampak pun ciri-ciri obses dia dengan best friend dia. Maybe dia jelah yang tahu keadaan tu macam mana.

Sebab aku dengan member aku rasa sakit hati dengan tindakkan roomate best friend dia, kami decide,

“Weh dah la balik takpe kitaorang jaga dia” pastu kawan aku selamba tanya,

“Kau balik awal pehal, kau bukan ada kelas pun next semester, kau dah praktikal kot” dia sengih pastu balik bilik dia.

Masa dalam bilik tulah, sampai raya aidiladha, dia tak makan sangat, tak minum banyak habis masa kat meja study, kadang-kadang ada sekali dia beli nasi ikan keli penyet dua, aku tanya kau beli kat siapa, dia cakap kat best friend dia, ok kami berdua termenung sat.

So tak tanya lebih kadang-kadang dia simpan nasi tu smpai dah basi, pastu dia sendiri kemas dia buang. Bukan sekali beb tapi berkali

Roomate aku punya nakal bagi whatsapp no tel macam talian khas kaunseling, dari talian kauseling Mercy malaysia, tak menjadi sebab dia tak call,

Pastu talian kauseling MRA, pun tak menjadi dia tak call, pastu talian kasih, berjaya tapi dia letak balik kitaorang perasaan dia macam banyak diam, pastu bagi talian Befrienderskl, tak menjadi juga. Sampailah kitaorang ni give up gila dengan dia.

So satu malam, dia decide nak gantung diri dia, fuh selamat member aku ni perasaan, nak cakap dia tak solat, sujud dia paling lama dan kalau aku imam, dia habis baca doa nak masuk mathurat pun dia still sujud.

So korang takyah decide yang dia takde iman, dia baca quran paling kuat dalam bilik ni tapi senjak akhir-akhir tu suara dia serak-serak basah.

Nak dijadikan cerita lagi, aku pula try bagi kat dia Talian Rahmah, al kisah dapat dia call tapi dia sendiri letak sebelum orang talian rahmah tu angkat. Dia mesej tapi separuh jalan.

So kawan aku ni memberanikan diri untuk tanya kenapa kau jadi macam ni, sampailah kitaorang dapat mesej whatsapp yang nak cakap dia dh sebarkan keburukkan best friend dia,

Padahal aku tak berapa jelas dan nampak dia jumpa siapa mybe yang aku cakap sebelum ini dia jumpa kawan-kawan yang dia percaya padahal kawan makan kawan, dia cerita lain smpai kat best friend dia cerita lain,

Oh sebab tu lah kot roomate aku cakap dia dh senarai siap-siap siapa yang khianat dia.

Satu malam, dia macam termenung gitu kat meja study, kami decide nak jumpa kawan baik dia tp dihalang oleh roomate karet dia tu, padahal kawan tak balik lagi dari hostel just cakap next sem nak jumpa settle elok-elok,

“Dia roomate kitaorang, orang rajin study tetiba jadi macam ni, tak pasal-pasal kena cop bukan-bukan masa kau datang bilik kitaorang hari itu. kKu cakap macam dia terlalu obses,

Dia nak cerita masalah pun tak bercakap, pastu nak kata dia sebar cerita bukan, nak suruh tabayun, habis member kau tu tak tabayyun masa cerita buruk dia kat madam masa kat hospital hari itu ”

“Habis satu fakulti tahu dia ada sawan, padahal sebelum ni sorang pun tak tahu yang dia ada sawan ada sakit itu ini.

Diaorang cuma cakap dia asyik banyak sakit perut tapi 4 Flat, siap dapat anugerah dekan, aku tanya kau siapa yang cerita dia ada sawan bagai dekat budak-budak fakulti sampai semua orang tanya dia?

Kitaorang yang roomate dia pun simpan sakit dia, tu kawan kitaorang yang mulut macam puaka hari-hari mencarut pun tak bgthu apa masalah dia kat orang, kawan baik dia?”

So bergaduh lah kat situ sekejap sebab roomate kawan baik dia nak defend yang mmber baik dia kena serangan emosi bla bla, sampai depression bla bla, aku tahu semua benda bla bla. Hingga kawan aku cakap,

“Selagi dia tak munculkan diri, selagi dia rasa diri dia teranaiya, selagi dia rasa dia betul, member ni asyik cakap dia salah memanjang dlam diari dia, better jumpa setel,

Dan kau takpayah ada pun takpe, nanti kau declare kau pula depression, dahlah kau tuduh dia buat-buat sawan hari tu masa nak ambil makanan kat masjid, malu dia tau tak, tudung je labuh tapi hati tak selabuh tudung”

Member terus blah sebab sakit hati, dia asyik nak jumpa kawan kitaorang tu tapi kitaorang sendiri yang tak bagi kali ini, selalunya bagi je tapi sebab ada pengalaman so decide no, nnti tak memasal dia nak bunuh diri lagi.

So kenapa tajuk dia mesej tak dibalas? sebab sepanjang kitaorang dengan dia, dia selalu mesej best friend dia macam biasa, macam takde masalah, hari-hari mesej cakap nak pegi kelas semasa, buat assignment semasa,

Kadang-kadang pegi makan semasa, yelah sebab best friend dia ada boyfriend dan diaorang selalu bertiga atau berdua, nak cakap berebut tak jelas sangat lah sebab kawan kitaorang ni tak desprate nak kat boyfriend dia, benda tu jelas sebab time nak dating dia join tapi tak kerap.

Last-last boyfriend dok mesej aku tanya, kawan tu apa kabar bagai apa semua, yang aku tahu diaorang dah breakup walapun best friend dia tengah menagih simpati nak getback tapi boyfriend dia dah ta knak itu aku tak sure samada kafarah atau sebaliknya,

Yang sedihnya, roomate kitaorang ni mesej macam biasa best friend dia, ayat paling sedih

“Nanti aku belikan kau nasi ikan penyet yang kau suka? ke kau nak pegi makan dengan aku sekali kat kedai”

“Eh Wak bukak kedai lah hari ini, jom weh nanti penuh”

“Jap-jap aku kat libary, hantar buku jap, jumpa kat luar”

“Weh jom aku dah kat bawah, nnti lambat pegi kelas”

Korang tahu tak semua mesej tu adalah mesej harian yang dia buat selalu. Bukanlah dia tak ingat parent dia, cuma dia jenis takkan libatkan hal kawan-kawan kepada keluarga. Hal kawan-kawan adalah kawan-kawan, hal keluarga adalah kelaurga, hal study adalah study.

Gaya memang asingkan tapi tak sure macam mana dia handle dan bukanlah dia tak move on, depan kitaorang dia akan acting macam orang biasa, pergi libary baca buku macam biasa, masuk kelas online macam biasa, jawab exam pun macam biasa.

So guys, apa pendapat korang? Sekarang ni kitaorang dah hantar dia balik kampung sebelum Sabah teruk kena covid hari tu, tapi bila nak mesej dia memang dua tiga hari lah dia balas. kadang-kadang tak balas langsung.

Sampai sekarang roomate kitaorang ni tak tahu sapa betul sapa salah, sebab kitaorang tak defend dia 100% sebab tak dengar cerita betul dari best friend dia, even boyfriend dia pun bagi kenyataan yang palsu juga, roomate kitaorang pun tak banyak cerita, dia cuma cakap,

“Satu hari aku akan jumpa dia balik, Allah je tahu bila dan masa waktunya, kuncinya sabar ” tu last mesej dia sebelum dia balik kampung pastu takde kabo dah. Harap dia sentiasa sihat dan sejahtera.

– Sang Pencerah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *