Bahagia Itu Sementara

Hi, nama saya Mariam. Disini saya coretkan kisah bukanlah untuk membuka aib sesiapa. Ini mengenai kisah hidup saya yang mengajar erti kebahagiaan dan kesetiaan yang sebenar.

Dulu saya pernah bercinta dengan seorang pemuda yang bernama Amir. Saya mengenali Amir ketika di zaman study. Kami bercinta tanpa pengetahuan keluarga.

Walaupun umur kami sama, tetapi Amir bernasib baik sebab dia habis study dulu dari saya. Tetapi Allah menguji Amir dengan dia tidak mendapat pekerjaan yang tetap selepas habis study. Result dia not bad tapi itu lah, tapi mungkin rezekinya belum sampai.

Saya tetap menyuruh Amir untuk bekerja, saya mahukan dia improve diri untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Even kerja tersebut tidak sesuai dengan kelulusan dia, tapi saya tetap menyokong segala kerja yang dia apply.

Nak dijadikan cerita, Amir dapat kerja di sebuah pusat gym dan dia mula bergaul dengan orang ramai. Saya terus menyokong dan kami sentiasa mencari peluang untuk spend masa bersama ketika hari saya tiada kelas dan dia juga cuti.

Even kerja dia tidak seberapa, tapi saya bangga sebab dia cuba untuk menyesuaikan diri. Hubungan kami makin rapat dari hari ke hari sehinggalah saya habis study. Alhamdulillah saya terus mendapat pekerjaan yang baik dan sesuai dengan kelulusan saya.

Lama kelamaan, Amir merasakan kerja di gym tersebut tidak sesuai dengan dirinya. Dia membuat keputusan untuk apply kerja lain dan Alhamdulillah rezeki Amir, dia mendapat kerja di sebuah syarikat swasta tetapi kontrak.

Saya suruh dia bersabar, mudah mudahan ada rezeki dia nanti. Amir happy dengan kerja barunya dan kebetulan tempat kerja Amir berdekatan dengan tempat kerja saya. Kami cuba untuk berjumpa jika ada masa selepas waktu bekerja.

Untuk pengetahuan semua hubungan kami sudah menjangkau 8 tahun ketika itu. Oh lupa, Amir bukanlah dikategorikan handsome kerana dia seorang berbadan berisi.

Dan ketika bekerja di gym, tidak ada perempuan yang cuba mendekatinya, mungkin kerana some of perempuan sekarang mahukan yang bekerja tetap dan juga kaya.

Tetapi itulah orang cakap, cinta itu buta. Hanya saya sahaja tetap setia dengan Amir sehingga hubungan kami sudah nak masuk satu abad.

Kami diuji setelah saya mendapat pekerjaan yang lagi bagus di negeri lain setelah dua tahun kami kerja berdekatan. Kami berdua setuju untuk terima hubungan jarak jauh ini.

Ketika itu Amir masih lagi kontrak. Walau kami jauh, kami cuba cari peluang untuk berjumpa dihujung minggu. Setelah setengah tahun berjauhan, saya mendapati Amir mula berubah.

Setiap kali saya akan direct tanya if saya rasa dia lain, dan jawapan sama iaitu tidak ada apa apa. Lama kelamaan satu persatu penipuan Amir terserlah. Dia mula mencari kesalahan saya. Kami mula bergaduh.

Betul pepatah zaman dulu, sepandai pandai tupai, akan jatuh ke tanah jua. Kawan Amir text saya mengatakan yang Amir ada berkenalan dengan perempuan lain melalui kawan sekerjanya.

Amir mengaku yang dia masih single padahal ketika itu hubungan kami menjangkau 10 tahun. Amir tidak upload picture saya bersamanya di social media kerana dia takut keluarganya tahu mengenai hubungan kami.

Saya tidak kisah tentang itu sebab bagi saya benda itu tak perlu jadi isu, biar la dah kahwin nanti letak picture banyak banyak pun takpe. Hehe.

Disebabkan saya sudah tidak tahan dengan sikap Amir yang mula main perempuan dibelakang saya, saya membuat keputusan untuk hentikan hubungan kami.

Amir setuju dan selepas itu kami terus tidak berhubung. For sure saya sangat sedih, saya mula mencari kehidupan saya yang baru.

Selepas 5 bulan, Amir mula mencari saya balik. Dia mulakan dengan text saya bertanya khabar. After a few days kami texting, saya merasakan macam dia sedang mengalami kesedihan.

Saya memberikan peluang untuk berjumpa dengannya ketika hari minggu. Ambil pickup saya dekat rumah dan kami keluar berjalan sebagai kawan. Surely rasa awkward, tapi saya cuba kuatkan diri saya.

Ketika kami berjalan, Amir mula cuba untuk meluahkan perasaannya. Amir mengatakan yang dia masih sayangkan hubungan kami.

Saya terkaku seketika. Amir memohon maaf dengan saya atas apa yang terjadi, saya mula kesian dan membuat keputusan untuk menerimanya kembali.

Ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, Amir memberitahu yang hubungan kami akan diteruskan selepas dua bulan.

Saya mula mengesyaki sesuatu. Amir memberitahu bahawa sebenarnya dia sudah tidur bersama pelacur. Dia nak buat hiv test dulu untuk confirmkan either positif or negatif.

MasyaAllah ketika itu hati saya sungguh hancur. Saya menangis tanpa henti dan begitu jugak dengan Amir. Saya terdiam seribu bahasa. Adakah ini lelaki yang saya kenal ketika dulu? Adakah ini lelaki yang pernah bahagiakan saya dulu?

Ketika saya keluar dari kereta, saya cuma boleh jawab saya maafkan apa yang dia buat. Saya harap dia menyesal dan tidak akan buat lagi.

Dia terus berlalu pergi dan terus menelefon saya sepanjang perjalanan dia pulang ke rumah. Saya minta dia berikan saya masa untuk berfikir.

Selepas beberapa hari, saya membuat keputusan untuk menerimanya kembali dan akan menemani dia ketika membuat ujian hiv test.

Setelah dua bulan, saya ikut Amir ke hospital untuk check hiv dan resultnya negatif. Hubungan kami kembali baik selepas itu.

Tetapi betul lah orang cakap, bila sekali dah menipu, tidak pelik jika benda tersebut berlaku lagi. Selang dua minggu, saya balik ke kl untuk berjumpa Amir.

Ketika kami berjalan di shopping complex, saya mendapati ada nama perempuan lain keluar di handphone Amir. Amir cuba menyorokkan tetapi instinct saya sangat kuat.

And yes pengakuan Amir dia masih lagi contact dengan perempuan yang menyebabkan hubungan kami terputus dulu. Mungkin Amir gembira apabila resultnya negatif dan dia mulakan perangai lamanya.

Sejak itu saya berdoa supaya Allah tunjukkan sesuatu dekat saya jika Amir bukan yang terbaik untuk saya. Cukup seminggu satu persatu perangai Amir mula terbongkar. Perempuan yang dikatakan merosakkan hubungan kami itu dikenali sebab Seroja.

Mungkin Amir menceritakan pasal saya dekat Seroja, and Seroja cuba contact saya melalui facebook. Melalui kenalan saya mengatakan Seroja jenis akan membuat apa sahaja untuk merampas lelaki yang dia rasa boleh dikikis.

Dia memberi warning kepada saya untuk menjauhi Amir. Saya bukanlah yang jenis suka berebut dan saya kembalikan balik Amir kepada Seroja.

Untuk pengetahuan semua, setelah apa yang saya lalui, saya cuba build diri saya yang baru. Saya mula habiskan masa dengan family kawan dan travel. Saya membuat keputusan untuk pergi umrah di Mekah bersama keluarga.

Disana saya mendapat ketenangan dan terus berdoa semoga saya akan jumpa kebahagiaan saya suatu hari nanti. Selepas pulang dari Mekah, saya terus mendapat lamaran dari anak kawan abah saya.

Alhamdulillah saya terima dengan hati terbuka even kami tidak pernah kenal. Saya akan berkahwin pada hujung bulan ini, semoga kisah saya ini menjadi pengajaran untuk semua.

Percaya lah, susunan Allah adalah yang terbaik dari susunan kita sebagai manusia. Semua orang membuat kesilapan, tetapi kesilapan tersebut hanya boleh diubah oleh diri sendiri.

Coretan untuk Amir, moga kau bahagia. Tetapi ingatlah siap yang bersama kau ketika kau dibawah. Aku harapkan kau akan tersedar suatu hari nanti. Untuk Seroja, kekayaan boleh dicari sendiri, bukan dengan merampas hak milik orang lain.

Sekian,

Hati tersakiti,

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *