Aku Depresi

Assalamualaikum, yang pertama saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang “terlibat” andainya “nukilan” saya disiarkan.

Yang keduanya, saya memerlukan “bantuan” kata semangat dari sahabat pembaca semua. Mohon maaf kalau kisah ini terlalu panjang, saya cuba olahkan menjadi ringkas, padat dan sampai kepada semua.

Nama saya Oli, dan sudah semestinya bukan nama sebenar. Sudah berkahwin, dan mempunyai seorang anak perempuan, hasil dari “kesilapan” kami suami isteri sebelum berkahwin. Semoga ALLAH terima taubat kami. Doakan, terima kasih.

Dan, sudikanlah kalian mendoakan hal yang baik baik buat puteri kami. Dia tak bersalah dan berdosa. Kami lah sebagai “punca” dia “hadir” ke dunia ini. Untuk sesiapa jua, raikanlah “mereka” yang tak berdosa ini selayaknya.

Untuk pengetahuan semua, kedua belah keluarga kami menerima baik segala yang terjadi. Bukan bermaksud mereka tidak marah langsung, tidak. Tapi kata mereka, apa yang terjadi pasti ada sebabnya. Ambil ibrah, semoga tidak terjadi lagi dimasa akan datang.

Mereka lebih tenang bila percayakan Qada’ dan Qadar dari ALLAH. -benarlah, iman bukanlah “harta” yang boleh diwarisi. Tapi sejujurnya, rahsia hati mereka hanya ALLAH yang tahu. Saya berdosa kepada ALLAH dan kedua ibubapa kami.

Buat sahabat pembaca semua, dalam tempoh setahun perkahwinan kami (dengan bapa sebenar puteri kami), saya “mungkin” mengalami “depression” tanpa sedar. Setelah berkahwin, saya tinggal bersamanya, dan dari situ segalanya bermula.

Hampir setiap hari saya akan “memakan” maki hamun, cacian dari suami, meskipun kesalahan itu hanyalah biasa biasa. Berbeza pendapat juga boleh jadi punca pergaduhan antara kami.

Untuk jalan “selamat” saya hanya perlu menangkan dia sentiasa. Benda ni berterusan sehingga sekarang.

Pernah dia hamburkan kata kesat, makian depan orang. Mengungkit semula kisah kami seolah olah sayalah yang bersalah, dan sayalah yang paling “kotor”, kata katanya ketika itu seolah olah dia adalah “penyelamat” maruah saya dan keluarga.

Terlalu banyak kata negatif yang dilontarkan, sehinggakan sekarang saya rasa diri saya seorang ‘looser’, tak berguna lansung.

Saya selalu dilabel sebagai seorang yang pemalas, bodoh, benak, menyusahkan dia, tidak boleh diharap dan paling teruk saya pernah kena, saya disamankan dengan anj*ng dan b*abi setiap kali ada perbuatan saya yang dia tidak suka atau tidak kena pada matanya.

Buntu untuk saya fikir apa lagi yang perlu saya lakukan. Pantang saya menjawab (untuk hal yang memang betul menyebelahi saya), mesti saya akan dihamburkan dengan kata kata diatas.

Beberapa kali pernah dia halau saya keluar dari rumah, dan saya ‘sahut’ cabaran dia untuk benar benar keluar. Setengah jam kemudian dia call minta saya pulang. Anak mencari katanya.

Beberapa kali sejak mengandung, saya telan macam macam pil yang ada dirumah. Sejak bersalin saya pernah cuba menekup muka anak dengan bantal.

Dan sehingga sekarang, bila ada pergaduhan, saya mula berani untuk sakitkan diri sendiri. Dua tiga hari yang lalu selepas saya tidurkan anak kami, saya ambil gunting dengan niat untuk tikam diri sendiri, tapi tak kesampaian sebab dalam waktu itu juga saya tengok anak, dan saya sayang dia.

Siapa yang akan jaga dia kalau saya dah tak ada? Saya menangis macam orang gil* masatu. Betul betul dalam keadaan ‘gila’, saya toreh tangan saya menggunakan gunting.

Sakit. Tapi lagi ‘sakit’ apa yang saya rasakan saat itu. Saya hantuk kepala ke dinding, ke bucu almari untuk ‘hilangkan’ segala ‘rasa’ yang datang pada saya ketika itu.

Dan untuk beberapa hari ini, perangai dia seolah olah semakin menjadi jadi. Dia cuba ‘torture’ saya dengan cara ‘mengendahkan’ kehadiran saya.

Seharian yang ada hanya dihabiskan diatas jalan raya (dia bekerja sebagai despatch), bila pulang masanya akan dihabiskan dengan handphone (main game) sampai pagi.

Kerja rumah saya lakukan sendiri, bila saya minta tolong, ada saja alasannya. Bila saya mengeluh dikatanya saya dirumah hanya makan dan tidur.

Siapa yang kemas rumah, memasak, mandikan dan suapkan anak makan? Mungkin jiran sebelah agaknya. Hm. Saya cuba untuk ‘melawan’ segala ‘rasa’ yang ada saat ini.

Akibat dari semua hal yang terjadi ini, membuatkan saya berfikir, adakah perlu untuk saya berjumpa kaunselor? Saya takut dalam diam saya mengalami ‘depress’.

Kalau nak diikutkan, ya. Saya sendiri seolah olah ‘hilang’ diri saya yang sebenar. Saya cuba untuk ‘bangkit’ dan positif kan diri.

Tapi bila dia nampak sesuatu yang positif pada diri saya, dia akan mula ‘torture’ semula mental saya, membuatkan saya jatuh terduduk dan tersungkur, akhirnya mula merasakan diri sebagai seorang ‘looser’ semula.

Mungkin ada yang akan bertanya, kenapa tak ceritakan kepada keluarga suami?

Jawapan, suami seorang yang suka spin ‘hakikat’ sebenar. Sekalipun saya bercerita, benda ni akan berbalik kepada saya semula. Akhirnya, yang buruk dan hinanya adalah saya. Yang tak bergunanya adalah saya.

Itulah suami saya. Bila dihadapan keluarga (especially keluarga dia) wataknya akan menjadi seorang suami yang penyayang dan seorang ‘family man’. Jadi tak ada gunanya untuk bercerita, kerana tak mungkin ada yang percaya, wataknya berbeza beza.

Doakan kekuatan untuk saya, doakan yang baik baik untuk saya, semoga akhirnya saya boleh kuat, boleh bangkit untuk diri saya dan anak.

Doakan juga yang baik baik untuk anak saya, semoga besar nanti dia menjadi seorang manusia berguna untuk ummat, negara dan agama. Terima kasih semua. Semoga ALLAH selalu jagakan kalian dari yang tidak tidak.

Urusan suami dengan anak kami pula, tak ada masalah. Dia sayangkan anak kami, tapi mungkin hatinya bukanlah untuk saya lagi. Wallahualam. Mohon doakan untuk saya. Semoga hal hal yang baik juga berbalik semula kepada kalian yang mendoakan.

– Oli, Si manusia berdosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *