Cerita Tentang Rindu

Pernah atau tidak kau berharap masa terhenti di suatu masa yang kau berharap kau akan kekal selamanya di waktu itu. Dan pernah kah kau rindukan tempat itu tanpa sebab. Semakin hari semakin umur kau meningkat, dengan pekerjaan dan jodoh yang telah ditetapkan.

Dan beberapa orang yang kau sayang pergi meninggalkan kau selamanya. Dan aku berharap waktu itu berhenti, berhenti disitu tanpa berganjak. Dan kau melalui hari ke hari dengan sebuah kerinduan dan pengharapan untuk berundur Kembali kemasa lalu.

Semakin meningkat usia, semakin ramai manusia kau temui dan dugaan kau tempuh. Benarlah ia mematangkan pemikiranku.

Tetapi aku merindui mereka yang pernah hadir dalam hidupku di waktu itu. Kadang kadang apa yang kita mahu itu yang kita takkan dapat. Oh Tuhan, ampunkan aku.

Ingin ku ceritakan, aku merindui saat umur ku 20-21 tahun, ketika itu menghabiskan diploma dengan latihan amali di sebuah daerah asing. Setiap kali aku melihat video atau dokumentari berkenaan daerah ini, aku cuba mengelak menontonnya.

Hatiku ngilu. Padahal, boleh sahaja aku memandu kesana. Tetapi aku adalah isteri seseorang yang juga kami mempunyai masalah sendiri. Tidak boleh kemana-mana juga dek kesibukan alam pekerjaan kami. Sering ku tertanya, ada apa dengan daerah itu.

Mungkin kerana aku adalah budak kampung yang sering bermimpi untuk mengembara, usia ku dihabiskan di negeri kelahiran ku. Mungkin ketika itu pertama kali aku berdikari di negeri lain. Memerhati keindahan alam dan kampung, bahasa dan kehidupan masyarakat.

Tetapi tidak jauh berbeza, kampung keturunanku pun dari negeri daerah ini juga. Sukar ku gambarkan perasaan tiap kali melalui daerah ini tiap kali pulang ke utara.

Jujur ku katakan, aku mengingati setiap jalan, pejabat kerajaan dan tempat kegemaranku. Oh Tuhan aku mahu terbang ke sana.

Kenangan kenangan aku menaiki bas merentas negeri, menerjah di permikiranku. Terigat seorang ibu tua memimpin anak yang bodoh-bodoh alang dan seorang cucu yang masih bayi. Ketika anaknnya mengamuk di hentian bas, aku memangku bayi itu.

Betapa aku terkesan dengan peristiwa itu. Aku melihat mungkin mereka menjual asam keping yang tidak seberapa harganya. Melihat alur-alur sungai sepanjang perjalanan, melihat kebun-kebun buah serta rumah rumah kayu yang kian usang.

Mungkin juga kenapa daerah itu dekat dengan diriku, kerana aku juga adalah anak kampung yang merasai susah kemiskinan, kerseronokan bermasyarakat. Juga kerana faktor ketika itu latihan amaliku banyak melibatkan masyarakat kampung.

Seluruh pelusuk kampung di daerah itu aku masuk, bertemu orang kampung dan asal. Sehingga hari ahad pun aku sanggup ke program masyarakat sana. Itu dulu, sekarang pekerjaan aku pun jauh berbeza dengan apa yang ku impikan.

Aku pun malas bermimpi untuk mendapatkan jawatan itu, pernah gagal semasa temuduga (Bagiku banyak kelemahan pada diriku di bandingkan dengan orang lain, aku adalah seorang yang tidak suka bersaing dan lebih suka diam,

Jadi jika temuduga berkumpulan untuk jawatan 14 orang bagi setiap negeri daripada beratus orang…aku tak mengharap). Aku hanya memohon sahaja, jika ada rezeki adalah jika tiada.

Aku juga pernah mengenali seseorang daripada sana yang aku berharap dapat menghubungkan aku dengan daerah itu. Namun, aku sedar dia bukan jodohku. Betapa aku berusaha untuk hubungan itu. Jika Allah kata tidak, makanya TIDAK. TITIK NOKTAH.

Ada juga individu yang ku kenal yang telah terputus hubungan, lewat doaku, semoga sihat2 sahaja. Jodohku kini adalah yang terbaik dan aku sangat mensyukuri kurniaan Allah swt buatku. Aku mencintainya tanpa sebab.

Suami ku ini jauh daripada apa yang ku impi-impikan. Berasal nun jauh daripada pantai timur sana. Tidak bercinta lama, terus langsung pernikahan.

Untukku tinggal di kampungnya, mustahil kerana aku berpendapat dia takkan tinggal di negeri nya. (Aku tidak faham dengan pemikiran suamiku terhadap politik dan kasih sayang terhadap agama, bangsa dan negara juga ibu bapa).

Aku hanya jadi pendengar tentang ulasannya. Dan aku tetap dengan pendirianku, kecintaanku terhadap agama, bangsa dan negara serta keluarga ku. Keluarga ku adalah keutamaan ku.

Berbeza dengan nya seperti tiada rindu terhadap kampung kelahirannya. (Hanya pandangan dan pemerhatiaan ku terhadap suamiku).

Semakin bertambah usiaku , semakin bertambah tua datuk nenekku, ibu bapaku, adik beradikku, orang tua di kampungku.

Tahun ini sahaja aku kehilangan pak cik dan datukku. Tiada hari hari yang berlalu tanpa aku merasa rindu. Rindu dengan atok, tiap kali pulang ke kampung, terbayang individu sosok tua yang menghabiskan waktu tua di kerusi dengan lontaran zikir.

Menunggu penuh sabar di pangkin akan anak cucu yang pulang. Aku hanyalah cucu, tapi jika ku punya harta akan ku beli tanah rumah datukku dan biarkan sahaja rumah kayu itu.

Rumah kayu chengal itu, penuh kenangan. Ketenangan ku disitu, saat membuka kuak pintu tinngkap rumah itu, memandang hijau pokok padi. Lalu Lalang, orang kampung dan budak sekolah.

Tiap kali ada rentas desa, nenek dan datukku sering menunggu di luar rumah melihat murid-murid berlarian. Melihat datuk dan nenekku, dan ku memandang suamiku. Oh Tuhan, kau kurniakan rasa sayang di hatiku buat suamiku. Tidak sanggup rasanya kehilangannya.

Ibuku diusia 50 tahun kehilangan seorang bapa, betapa seorang anak perempuan tunggal. Tidak dapatku sambung penulisan berkenaan ibuku kerana bayang saat ibu ku membelai rambut jenazah adikku sambil berkata anakku….

dan ketika memangku datukku yang pengsan selepas solat merobek hatiku…sedih…(semoga ibuku bahagia dan dapat berbakti kepada nenekku. Semoga diriku juga dapat berbakti kepada ibuku.amin).

Cerita ini tanpa klimaks, mendatar.. hanyalah cerita tentang rindu…

Ada satu tempat di Kedah, aku rindu dan sampai sekarang aku masih rindu walau aku tumpang solat disana sebentar sahaja. Dan aku tidak ingat tempat itu dimana, mungkin di Alor Star.

Aku rindu dengan ketenangan, dan ketenangan itu aku rindu sehingga kini terutama ketika mendengar Ustaz Wadi Anuar memberi tazkirah yang ku cari di Youtube.

Dan aku berdoa semoga ada rezeki buat aku dan suamiku untuk berhijrah kesana. Aamiin.

Sekian,

– Huda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *