Assalamualaikum buat warga iium confession. Ya, aku antara pembaca tegar dari dulu lagi cuma jarang-jarang sangat nak komen.
Namaku Sazaliah. Aku ingin kongsikan kisah hidup aku yang tak berapa sedih ni sebab aku jarang sangat nak share, dengan suami aku pun rasa-rasanya sekitar 60%, tak semua sebab bagi aku biarlah aku yang rasa tajamnya hirisan tu sendiri.
Aku anak sulung, makpak pekerja kerajaan dan ada dua orang adik. Aku berkahwin dengan orang sekampung dengan aku. Dua dua belah keluarga sangatlah dikenali. Cuma aku je yang tak terkenal sebab aku selalu jarang di rumah.
Selepas aku lahir, aku dibesarkan oleh datuk dan nenek lalu hidup-hidup aku dimeriahkan dengan kehadiran mak dan pak sedara. Sampailah umur aku 5 tahun, lepas nenek meninggal aku masuk taska baju petak-petak tu lalu semenjak makpak aku ambil aku, terus masuk darjah satu.
Darjah yang tiga kali aku ulang dan ulang sebab mak aku cikgu. Aku bersekolah asrama yang mana dua jam dari rumah, sekolah elitlah juga walaupun aku ni tak pandai pun.
Menyambung pelajaran di sebuah universiti pun dua jam dari rumah dan ijazah yang nun jauh di rantauan. Alhamdulillah habis dengan jayanya menggunakan separuh ‘biasiswa’ serta pinjaman daripada PTPTN.
Sebelum aku bertukar tangan dari jagaan atuk ke makpak, macam-macam perkara dijanjikan cuma pada masa tu atuk senyap tak berkata apa.
Macam-macam dan aku taknak ingat sebab semua tu hanyalah omong kosong. Biasalah kalau nombor satu dapatlah hadiah dari atuk dan mak sedara. Aku seronok belajar masa tu. Sampailah aku darjah empat, pelajaran aku merosot betul.
Semua benda aku buat ada je mata-mata yang mengadu dekat mak aku. Mak aku tak marah pun, cuma bila balik kampung mak aku ceritalah semua benda pada maksedara, paksedara. Doktrin mungkin cuma arwah atuk tak pernah pun berbunyi aku macam-macam.
Yang paling aku terkesan tu masa jamuan akhir tahun, ada kawan aku bawa kek. Kek tu disimpan untuk upacara khas lah kiranya.
Biasalah, dah makan kena kemas kan. Aku duduk kat tandas sebab tunggu kawan-kawan angkut barang-barang yang perlu aku basuh. Dah habis semua kerja tu, kami pun masuk kelas macam biasa.
Bila buat upacara khas tu, dah bahagikan kek, depan-depan semua cikgu tu cakap, ‘sazaliah tak payah. Pemalas’ dan kawan aku gosok belakang aku sebab dia tahu aku buat apa.
Aku ingat mak aku tak tahu, rupanya kat kampung aku tak habis makan lagi mak sedara aku letak sisa makanan dia dalam pinggan aku sambil membebel cakap aku pemalas.
Kisah sekolah rendah lagi, kami ada kem. Aku dan adik aku jarak setahun je, dia lelaki. Dah berhimpun tu, tetiba kawan aku cakap, Sazaliah makpak ko datang kan ko tak jumpa dia ke?
Aku rasa tebal muka aku masa tu. Aku balas aku dah ada semua barang, adik aku tak cukup barang. Rupanya tiga hari kem, tiga harilah mereka datang.
Sekolah menengah pula asalnya aku nak sekolah biasa tapi sebab makpak aku cakap kawan-kawan dia punya anak 5A semua sekolah bagus-bagus dan aku pun ikut. Hantar aku dan terus balik. Jiran aku sekolah sama dengan aku jadi aku tumpanglah dia balik rumah dan pergi sekolah.
Pak sedara aku pun, aku selalu call untuk request makanan mingguan ataupun bahasa gurauan dia “bantuan banjir” haha.
Aku telefon tiap-tiap hari untuk dapat ‘title’ anak solehah tu sampailah aku form 4 sebab form 5 adik aku dapat sekolah yang sama. Seminggu makpak aku datang dua kali. Mingguan sekali, hari biasa sekali. Kadang mingguan tu berturut.
Makpak aku ingat aku tak tahu mereka datang sebab adik aku akan jumpa luar pagar. Aku pun buat-buat tak tahu dan cuba rebut kembali ‘title’ anak solehah tu.
Dua, tiga kali telefon tanya hal adik aku, aku boleh bersangka baik lagi tapi setiap kali call mesti akan tanya adik ok ke, makan apa, duit ada ke.
Aku patah hati dan merajuk lama. Sampaikan mak aku pesan pada jiran aku suruh aku telefon dia. Kalau kawan-kawan aku tanya, aku jawab “dia lelaki”. Dan kadang-kadang aku dapat soalan Mana pak sedara? Dan akhirnya SPM aku dapat beberapa A je.
Aku ingat aku terus kerja lepas keputusan yang mengecewakan tu. Rupanya Allah masih sayang aku masa tu. Makpak hantar pergi masuk kampus dan balik. Aku pinjam PTPTN masa diploma.
Tiga tahun kat sana, tak pernah aku dapat soalan makan apa, duit cukup ke, macam mana belajar etc. Bila aku balik rumah, mak aku akan cerita projek macam-macam pak aku buat dan akan dapat duit banyak tu banyak ni tapi aku respon ok ok ok.
Aku balik rumah, macam biasa tiada apa yang istimewa. Bila hantar aku ke terminal bas, kalau ada rezeki aku makpak aku hulur duit not merah atau hijau ‘ni je mak pak ada’.
Takpe makpak, along ada duit sambil aku teringat yang mak aku ada buat tabung syiling untuk adik aku basuh baju.
Peralihan diploma ke ijazah, aku kerja sambilan dan rezeki aku dapat sambung belajar lagi. Setiap kali cuti semester, aku kerja sambilan untuk bayar rumah sewa.
Ada duit lebih aku belikan makpak dan mak sedara aku hadiah ke baju ke. Cuma makpak aku tak kan puji melainkan orang lain puji depan-depan aku baru dia akan puji.
Masa ijazah ni, nak buat tesis rumah kena pecah masuk. Laptop aku kena ambil tapi dirham aku berkeping-keping dia tak ambil pula haha dan alhamdulillah aku grad dengan selendang merah seterusnya ‘convert’ pinjaman kepada biasiswa.
Setelah itu, pak sedara aku tanya, laptop aku jenama apa yang makpak aku beli. Tiga ribu dia pinjam untuk beli laptop aku. Ha? Tu adik lah. Aku pakai laptop suami (masa tu bff) bagi pinjam.
Tapi tulah, masa tu adik aku tengah belajar ijazah juga dan rezeki dia masa tu nak merasa yang baru, aku ni pakai bekas je, hehe.
Rezeki aku juga, dapat kerja sebelum ‘convocation’. Aku pergi KL berbekalkan kerja-kerja sambilan yang aku buat.
Aku pergi dengan pak sedara aku. Dalam tangan ada 250, pak sedara bagi 500 untuk deposit bilik sewa dan makpak aku bagi 50 sebab tu je yang ada. Aku pergi dalam keadaan berbelah bahagi nak sedih ke nak gembira ke entahlah.
Dalam seminggu, duit zakat masuk dalam seribu lebih, masa tu aku rasa bersyukur gila. Boleh aku tambah tikar getah, sedikit tempat letak barang dan barangan keperluan sebab aku hanya bawa yang betul-betul penting macam toto dan bantal.
Aku pilih bilik sewa yang dekat dengan pejabat jadi aku tak perlu fikir duit kenderaan. Aku makan bungkus kat kedai-kedai yang ada di sana sebab aku duduk seorang.
Aku jarang balik sebab aku tahu, aku ada ke tak ke sama. Lagipun, memang makpak aku tak pernah tanya bila balik, dari dulu lagi.
Kalau aku nak terus balik kampung memang ditentang habis-habisan oleh makpak aku sebab mereka nak mereka dulu. Senang-senang, aku tak buat semua tu. Aku simpan duit untuk kahwin dalam 10k. 50% persediaan dan selebihnya untuk akan datang.
Kahwin aku, hmm aku buat sendiri semua termasuklah ‘doorgift’, hantaran 9 dulang, tempahan pelamin, makan beradab, tempat bergambar dan kemas rumah.
Aku bagi duit kat makpak aku dan belikan satu set baju untuk keluarga aku. Cuma aku bersyukur sebab makpak aku tak minta hantaran tinggi je. Dalam 20k+ suami aku dan keluarga mertua keluarkan duit. Kami buat rewang sebab dua,dua anak pertama.
Oh, duit salam kaut dan duit maksedara dan paksedara aku bagi aku tak tahu makpak aku dapat berapa sebab semua aku tak ambil tahu. Tak harap pun duit tu tapi terhiris jugalah urat ni bila adik bongsu aku cakap makpak aku beli perabot baru lepas majlis aku tu.
Kami sekampung, makpak aku tahu dah rumah laki aku ada bilik yang laki aku buat untuk kami. Jadi bila balik kampung, kami akan balik tanpa tidur di rumah aku. Balik saja, macam biasa, ada tiada, tiada lagilah tiada.
Aku bagi duit, belikan barang-barang rumah untuk dua,dua keluarga tapi makpak aku tolak dengan ayat nya lebih kurang macam ni ‘barang ni untuk orang miskin’.
Sampailah aku ni beranak. Keluarga-keluarga memang hadir, cuma mak aku datang bawa sebiji bawang untuk melegakan pening. Masa aku dah nak keluar dari wad, mak aku ada bagitahu yang kalau nak jumpa turunlah ke bawah ni.
Masa tu dalam hati Allah je tahu. Czer ni mak, Salaziah ni guna wheelchair tu pun orang tolak dengan anak aku lama dalam nicu. Dan lepas-lepas tu sudah tak melawat dan aku pun tak dibenarkan balik rumah makpak aku lagi dah. Anak aku pun dah nak dua tahun dah.
Aku contact je dengan adik-adik aku, cuma bila makpak ni aku jadi berombak-ombak dada ni sebab orang-orang pejabat dia, orang tua yang aku rapat dulu, mereka cakap aku ni taknak balik, tak ingat makpak, suami aku bawa aku lari etc.
Bila orang jumpa aku cakap hal ni, aku senyap je. Aku tak suka nak cerita hal sebenar cuma hati aku sakit sangat.
Maafkan aku kalau luahan aku ni berbelit dan tak difahami sebab hujan atas muka ni bukan gerimis dah.
Aku tak sentuh lagi hal adik-adik dapat duit dari makpak dan diaorang habiskan dengan baju, kasut sedangkan aku masa tu makan nasi dengan keropok keping, nama aku kena guna untuk pinjaman belian barang rumah dan sebagainya.
Aku tahu ramai lagi yang susah payah dan lagi teruk dari aku. Ni dah jadi bahagian untuk aku. Banyak sangat Allah bagi kat aku supaya lupakan hal-hal menyakitkan ni sebab aku ada keluarga mertua yang sangat baik, suami yang sangat baik dan anak yang baik.
Cuma aku kuatkan diri untuk jaga diri aku sendiri dan simpan saham untuk makpak aku dengan jaga solat, quran dan tutup aurat. Tu je aku boleh. Suami aku ada pesan, Allah tahu kemampuan kita,
Dia uji tanda sayang. Yang diuji dengan ibu ayah ni, aku harap kuatlah. Aku tahu betapa sedihnya rasa mendengar kebahagiaan keluarga orang sebab yang diuji tak pernah merasainya.
Aku hanya berharap pembaca yang sudi baca sampai habis ni, doakan aku bahagia dan dapat membahagiakan orang lain.
Doakan aku dilimpahkan rezeki sebab sekarang aku dah tak boleh nak kerja di pejabat sebab suami asyik kerja luar negeri. Doakan aku sebab aku tahu antara kalian ada yang doanya diangkat. Semoga kalian juga dibalas dengan sebaik-baik balasan. Terima kasih.
– Sazaliah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit