Assalamualaikum semua. Nama aku Man, bukan nama betul. Aku seorang mahasiswa di sebuah IPT yang aku tak nak namakan. Sekarang aku tengah berkurung di kolej sendiri sebab PKPB kat kawasan aku.
Pembelajaran ongoing secara atas talian lagi. Tapi dibandingkan belajar bersemuka aku lagi banyak masa kosong macam sekarang so aku nak meluah la sikit kat sini.
By the way aku dah pernah menulis isu yang lebih kurang sikit jadi mungkin korang yang rajin baca tu dapat detect kot.
So confession aku ni basically pasal netizen Melayu tapi aku fokuskan khusus dekat LELAKI. (Walaupun aku lelaki jugak).
Aku nak cerita sikit pasal roommate aku yang antara trigger aku untuk tulis confession ni. Bilik kami di tingkat bawah betul2 berhadapan dengan padang bola.
Jadi petang2 tu memang tak tenang la aku dengan bunyi bising diorang sepak2, menjerit macam kera dan lain2.
Paling aku benci mesti ada je insiden diorang tendang bola kena dekat pintu bilik aku. Banyak kali kot.
Tak kira lagi member2 roommate aku datang panggil dia join. Macam roommate aku sekor je duk dalam bilik tu. Langsung tak respect aku yang ada jugak dalam bilik tu.
Aku pernah je bagitau roommate aku yang aku serabut kalau diorang sepak bola kena pintu tu nak panggil dia. Tapi dia kata “diorang tak sengaja” haha kepala atok dia la.
Kat sini aku nak point out la yang walaupun lelaki selalu claim yang perempuan selalu mengaku diaorang betul, lelaki pun kadang2 2×5 jer kalau tak lebih teruk.
Kalau dah melibatkan minat masing2 mananya tak ego kan nak backup walaupun dah terang2 salah.
Aku unfortunately memang tak minat bola dan benda2 seangkatan dengannya. Apa2 piala league aku langsung tak amik kisah. Aku jugak tak fikir orang lain nak obses benda tu ke apa.
Tapi aku tak puas hati bila dia kacau hidup aku macam kes diorang main petang2 tu la. Bukannya aku anti sangat.
Aku boleh je nak request pindah bilik tingkat 2 berlambak kosong tapi sayang plak persahabatan aku dengan roommate aku tu sebab dia nice je orangnya cuma tu la ada sikit ciri typical lelaki yang buat aku annoyed.
Ciri dia yang lain yang memang typical lelaki Malaysia adalah dia macam tak senang duduk dan tak bahagia dengan aku yang minat korea.
Aku memang fanatik dengan korea Twice Blackpink EXO BTS. Show2 macam Running Man pun aku tak pernah terlepas. K-Drama takyah cakap la mmg aku sentiasa updated dan tengok yang terkini.
Dia buat2 alim yang hiburan Korea ni semua lagho. Dia ada jugak cakap jangan obses sangat orang Korea ni bukannya hormat sangat dekat orang Melayu lah.
Dia ada jugak ungkit insiden pemujaan lilin yang mana isu tu dah lama dulu orang dah tak ingat pun dia sebut lagi seolah2 semua fans korea perangai macam tu.
Semua ni la paling typical dalam kalangan orang lelaki kat Malaysia ni kalau baca je komen mesti ada.
Dan sebab tu jugakla orang Malaysia jadi tak sensitif bila ada berita kematian orang korea yang mana diorang react dengan emoji gelak. Tak tahu pulak aku Islam ajar macamtu.
Roommate aku tu pun selalu lepas main bola letih2 mesti dia tidur sampai terlepas maghrib kalau tak tertinggal sekali maghrib isyak dengan subuh besoknya. Wow sangat islamik, haha.
Dan aku tau banyak je lagi isu lelaki tinggal solat sebab bola ni sebenarnya cuma tu la buat tak nampak sebab dikira “biasa”.
Dan disebabkan segelintir orang masyarakat kita ni kepala otak jenis mindset kalau minat korea je gay, aku jadi takut nak tunjuk yang aku minat kdrama kpop semua tu.
Kadang2 aku sedih gak kenapa la dangkal sangat pemikiran orang Malaysia ni khususnya Melayu la. Berlagak macam patuh agama sangat la kononnya.
Asal korea je lagho melalaikan. Realitinya berlambak jer program realiti tv, penyanyi wanita dekat tv tu. Rockers etc. Tak lagho ke semua tu?
Asal tak serang AJL ape semua tu? Selective je memanjang. Hipokrit. Golongan macam ni la sebenar2 pembawa fitnah dekat agama sendiri.
Aku bawakan satu contoh terakhir mengenai betapa hipokrit dan munafiknya segelintir kaum adam dalam masyarakat kita ni iaitu rokok.
Itupun sebab aku baru je terbaca perkongsian bekas perokok tegar yang pernah mendapat 3 penyakit serius disebabkan ketagihannya.
Banyak sangat hujah yang menyimpulkan rokok ni haram. Mufti dah lama putuskan rokok ni haram.
Sini aku attach rujukan sikit. (Walaupun aku tau lelaki perokok tegar ni bodoh tapi takla sebodoh tu taktau hukum)
Kalau hukum hiburan Korea berperenggan hujah dan dalil yang depa boleh bagi. Tapi asal rokok jer terus 20 mazhab berbeza pendapat.
Selain hukum agama, ada hujah dari segi kesihatan yang mana menjadi sebab kepada hukum haram tadi.
Point yang kritikalnya adalah, bukan si perokok je boleh mampos, tapi ahli keluarga anak isteri pon boleh dapat penyakit sebab terdedah dengan hembusan asap rokok tu.
Tapi lelaki2 tipikal yang munafik hipokrit ni macam biasa la banyak alasan. Dikatanya kalau haram kenapa jual jugak? Doktor amik kesempatan kaut untung katanya.
Bodoh sangat sampai takleh bezakan tugas doktor yang hanya merawat dengan benda yang bawah kawalan kerajaan.
Padahalnya akal dah ada tau yang rokok haram tapi yang dungu sangat pergi hisap jugak tu kenapa? Bab korea jadi ustaz kemain.
Aku rasa setakat tu jela tulisan aku. Aku bukanla feminis jugak walaupun aku kritik jantina aku sendiri dalam artikel ni. Aku pun ada je triggered dengan perempuan punya nak menang tu kadang2. Tapi bukan itu topik aku nak tulis.
Tulisan aku ni sekadar luahan peribadi je. Tak paksa kalau tak setuju. Kalau ada perokok tegar atau fanatik bola nak tonjolkan kemunafikan dekat ruangan komen aku persilakan.
– Anak Adam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit