Hikmah Yang Dipinta

Assalamualaikum, terima kasih diucapkan kepada ‘admin’ andai ‘confession’ ini sudi disiarkan.

Cukup saya perkenalkan diri sebagai hamba ALLAH dan, seorang perempuan yang berumur 17 tahun. Ya, bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Berdasarkan tajuk di atas, ya saya masih merintih, meminta hikmah daripadaNYA atas peristiwa – peristiwa “kelabu” yang pernah berlaku dalam takdir hidup saya.

Tahun 2012 – 2013, tahun yang tidak akan pernah saya lupa sampai bila-bila. Waktu itu saya berumur sekitar 9 – 10 tahun. Ada 2 peristiwa “kelabu” yang berlaku kepada saya pada waktu itu.

Tahun 2012, ketika saya baru mendaftarkan diri di sekolah agama untuk sesi petang selepas sesi persekolahan biasa. Saya menjalani sesi pembelajaran di sana dengan baik sehinggalah pada suatu hari, saya telah diusik oleh kawan lelaki yang sekelas dengan saya pada waktu itu.

Begini, waktu itu saya telah dipelawa oleh rakan perempuan yang juga sekelas dengan saya pada waktu itu untuk memasuki pertandingan nasyid.

Tetapi, saya menolak kerana saya tidak biasa. Jadi, saya duduk bersendirian di dalam kelas sehingga mereka habis latihan di kelas sebelah. Dipendekkan cerita, ketika saya di dalam kelas berseorangan untuk tempoh yang agak lama, baru saya perasan ada orang di belakang saya .

Saya namakan kawan lelaki saya itu P. Sebaik sahaja saya menoleh ke belakang, saya nampak P memandang saya dengan senyuman yang agak sinis dan menjilat bibirnya dengan lidahnya selepas melihat saya dari atas ke bawah.

Kemudian dia terus keluar kelas tetapi, dia masih memandang saya dengan wajah lucahnya. Saya? Saya masih berada di kelas itu kerana beranggapan bahawa si P itu cuma bergurau kasar dengan saya.

Malang tidak berbau, P telah datang semula ke kelas bersama 2 orang kawan sekelas saya yang lain. Rupa-rupanya, P menyuruh 2 orang itu untuk menahan pintu kelas saya dari luar. Bermakna, hanya saya dan P sahaja di kelas itu.

Tipulah kalau saya kata, saya tidak takut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Ketika kami berada di dalam kelas, dia masih membuat muka lucahnya kepada saya . Tidak berakhir di situ, dia cuba menarik saya untuk dekat kepadanya.

Saya cuba menolak, namun dia menendang saya kerana cuba meloloskan diri daripada dia. Saya buntu sehinggalah adik perempuan yang muda setahun daripada saya datang dan cuba selamatkan saya dari kejadian tersebut.

Alhamdulillah, saya sempat keluar daripada kelas tersebut walaupun saya menangis teresak-esak. Sejak daripada kejadian itu, saya tidak lagi bersekolah di situ.

Entahlah, saya tak berapa ingat. Mungkin saya sempat habiskan sesi persekolahan sampai akhir tahun tapi yang pasti,

Saya tidak menduduki peperiksaan UPKK dan SRAI pada darjah 5 dan 6 walaupun disuruh oleh guru sekolah agama saya memandangkan nama saya masih berada di sana.

Saya pernah memberitahu guru sekolah agama saya bahawa saya hampir dirogol oleh si P itu . Ya, memang malu untuk diperkatakan namun saya tiada pilihan lain.

Untuk pengetahuan semua, di sana cuma ada 4 guru sahaja yang mengajar di sana dan kesemuanya adalah perempuan.

Apa yang masih membuatkan saya kecewa dengan guru di sana adalah tiada tindakan yang dilakukan ke atas perbuatan P pada ketika itu. Sebaliknya, saya terus dipandang jijik oleh rakan lelaki yang sebaya dengan saya di sekolah harian biasa.

Tiap kali mereka memandang saya, mereka akan berbisik dengan rakan lelaki yang lain sambil memandang ke arah saya.

Jujur saya amat sedih pada ketika itu. Saya juga terpaksa berjumpa dengan si P itu lagi memandangkan kami satu sekolah rendah yang sama.

Saya masih kesal dengan guru di sana, kenapa tiada TINDAKAN?

Adakah kerana dia anak Imam masjid di kampung saya yang membuatkan guru di sana tidak berani untuk menghukumnya memandangkan ayahnya dihormati oleh penduduk kampung di sini? Bagaimana dengan saya?

Bukan itu sahaja yang P lakukan, di sekolah harian, dia dengan beraninya menendang punggung saya di depan seorang budak lelaki yang 2 tahun lebih muda dari kami sambil ketawa kecil.

Saya ada memberitahu ibu saya pada ketika itu. Nasib baik, ayahnya datang.

Lalu, ibu saya terus bersemuka dengan pak imam tersebut. Pada waktu yang sama, saya melihat wajah P yang mulai takut.

Alhamdulillah, dia tidak berani lagi mengusik saya untuk tempoh yang agak lama namun tidak lama. Dia membalas dendam kepada saya kerana telah memberitahu ayahnya tentang kejadian itu.

“Nanti saya bagitau mak dia, pasai mak dia garang sikit. Dia bagi rotan ja nanti.” Itulah ayat terakhir pak imam tersebut sebelum saya pulang dari sekolah.

Malu jugak saya dengan ibu saya ketika itu kerana ramai ibu-ibu yang asyik memandang kepada kami. Maklumlah, jarang orang perempuan nak bercakap dengan pak imam. Haha.

Tahun 2013, ketika saya pulang bercuti di kampung halaman ibu saya kerana majlis perkahwinan maksu saya ketika itu.

Nak dipendekkan cerita, malam itu kami yang masih kecil ini akan tidur di tingkat atas. Ya, budak2 lelaki dan perempuan cuma, jarak tempat tidur kami yang perempuan dengan lelaki hanya sekadar 2 depa sahaja.

Waktu itu, walaupun dah tutup lampu, saya masih lagi tidak tidur kerana asyik bersembang dengan sepupu saya di sebelah . Tiba-tiba, saya sedar ada tangan yang memasuki selimut saya dan mencubit dada saya di sebelah kanan.

Saya tau siapa orang tu walaupun waktu gelap. Saya panggil dia sebagai Pak Long F kerana pangkat dalam keluarga. Diajuga adalah sepupu ibu saya yang sekarang ini sudahpun berumur 19 tahun.

Saya tak tau bahawa perbuatan tersebut adalah ‘sexual harrasment’ sehinggalah saya menginjak umur 13 tahun selepas mendengar satu ceramah di sekolah yang berkaitan dengan hal tersebut.

Saya cuba memberitahu apa yang F telah buat kepada saya, namun, reaksi yang telah diberikan ibu saya adalah,

“Yang buruk suma keluarga aku, keluarga bapak hampa ja yang baik2.” Jadi, saya terpaksa pendam hasrat saya sehingga sekarang.

Ya, memang kami 5 beradik semuanya rapat dengan keluarga belah abah berbanding belah ibu sehingga sekarang. Tak taulah kenapa. Haha.

Saya jadi trauma, pendiam, saya rasa diri saya ‘useless’. Lebih baik mati daripada kena hadap benda- benda macam tu. Yelah, siapa je yang nak hadap benda macam tu kat dunia ni?

Bukan saya tak cuba untuk lupakan semua kejadian tu, tapi kadang- kadang bila saya terdengar perangai lelaki macam ni macam tu, saya automatik akan teringat kisah-kisah “kelabu” tu. Daripada form 1-5, saya tak pernah bagitau pasal hal ni dekat sapa2 .

Yelah, siapa je nak bagitau kan? Saya pun tak ada kawan baik dekat sini. Cuma sekadar kawan di kelas sahaja, sebab saya ni kan pendiam, terlalu ‘passive’. Jadi tak ramai yang mahu dekat berkawan dengan saya.

Kalau ada pun sebab saya ada hal tertentu memandangkan saya dianggap sebagai budak pandai di dalam kelas kerana tercalon sebagai pelajar target straight A’s tahun depan.

Saya rasa, kalau saya bukan pelajar target, tak mungkin ramai yang sudi berkawan dengan saya. Lumrah hidup, macam tulah.

Saya tak salahkan ibu bapa saya kerana tidak di didik tentang pendidikan seks ni, saya faham ibu bapa orang Melayu ni. Bagi diaorang, benda tu terlalu awal kalau nak didedahkan. Sebab tu saya belajar sendiri tentang pendidikan seks tu untuk rujukan saya .

Kadang2 saya menangis, kenapa takdir hidup saya macam ni. Kawan2 perempuan saya happy je bila cakap pasal ‘crush’ bagai ni. Tapi saya? Cuma mampu mendengar jelah. Sebab saya takut dengan lelaki sampai sekarang. Saya ada 3 orang adik lelaki yang sedang membesar.

Ya, dengan adik sendiri pun saya takut jugak. Saya tak tau macam mana nak ‘heal’ perasaan ni . Sampai satu tahap, saya tak nak berkahwin bila dah besar nanti.

Sebab tu saya selalu minta hikmah daripada semua yang berlaku ni untuk buatkan hati saya tenang dan tak cuba salahkan takdir Tuhan lagi. Tapi, sampai sekarang saya tak dapat hikmah tu. Dalam hati saya masih lagi ‘kenapa, kenapa dan kenapa?

Saya harap waktu tu akan tiba, dan hati saya akan tenang macam yang saya idamkan. In Shaa ALLAH. * MAAF ANDAI ‘CONFESSION’ TERLALU PANJANG. Huhu.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *