Hidup Jangan Dipengaruhi Stigma

Assalamualaikum semua. Stigma ni erti dia ialah ‘cop’ buruk terhadap sesuatu/ seseorang. Aku pernah hadapi musibah akibat stigmaku terhadap seorang murid.

Masa tu aku mengajar di sekolah rendah swasta yang premisnya berupa lot kedai bertingkat. Sekolah dalam lot kedai begini, mereka tiada proper floor plan seperti sekolah yang sepatutnya.

Macam sekolah aku ni dia bina dinding2 buat bilik kelas. So ada kelas bertingkap, ada kelas fully dinding.

Satu hari, aku mengajar kelas yang fully dinding ni. Kelas darjah 3. Siapa ada anak umur 9 tahun dia tahulah perangai mereka ni masih kuat main cam budak tapi dah mula keras sikit pandai protes dan melawan. Bukan comel naif macam budak darjah 1-2.

Dalam kelas ni ada Izul (bukan nama sebenar), murid yang 1st time jumpa aku dia buat perangai kerek. Aku masa tu masih baru dalam dunia pendidikan dan kurang mahir memahami jiwa budak.

Pada pertemuan pertama tu aku terus cop Izul ni kerek, kena beware dgn dia. Jangan bagi muka.

So pada hari malang tu, aku kena stay lama sikit dalam kelas Izul sebab relief cikgu lain. Satu setengah jam je, tak lama mana. Tapi sepanjang masa tu telingaku bingit dengar suara mereka melantun2 di dinding kelas. Ini sebabnya aku terangkan pasal bangunan sekolah tadi.

Bilik kelas yang tiada tingkap, lemas dengan bau dan suara budak bising betul2 naikkan darahku. Diorang berbual biasa pun tapi suara bergema jadi bingit!

Lima minit menjelang waktu rehat, mereka dah terkinja2 tak sabar nak keluar. Aku suruh mereka duduk beratur depan pintu dan alunkan zikir hingga masa tamat. Hajatku dapatlah bertenang seketika dengar suara mereka berzikir instead of bising berborak.

Namun Izul dan kawan sebelahnya terus bergurau dan berbual tak hiraukan arahanku. Suara mereka bergema di celah alunan zikir bahkan kawan2 pula jadi terhenti mendengar gelak tawa mereka.

Kuberi amaran, tak diendah. Bila kutenung, dia tenung aku balik seolah2 menunggu reaksiku.

Mindaku terbelah dua. Separuh suruh sabar. Separuh lagi asyik berbisik, “budak ni memang kurang ajar. Memang tak hormat kau. Dia memang macam ni, nakal cari pasal.”

Izul cuma bersikap seperti budak yang letih. Jika aku waras pada waktu tu, aku akan senyum saja lihat mereka. Tapi disebabkan stigma ‘budak nakal’ itu bermain2 di minda, aku pun termakan tuduhan dan hasutan mindaku.

Tiba2 tanganku mencapai kerusi kuhumban ke arah Izul dan kawannya.

Kerusi itu mengenai mulut Izul. Berdarah menitik hingga dia terpaksa tadah dengan tangannya. Diam terus semua yang berzikir pun.

Lihat darah merah itu aku keraskan hati. Kerana merasa AKU CIKGU dan SEGALA TINDAKANKU ADALAH BETUL DEMI MENDIDIK!

Peduli apa berdarah. Siapa suruh kau kurang ajar ignore arahan cikgu siap tenung mata lagi! Memang kau patut kena. Aku membebel sedas dua sebelum lepaskan murid keluar berehat.

Izul kubawa ke bilik guru dan rawat bibirnya. Mujur hanya luka luar, tiada gigi patah. Sambil merawat itu barulah kewarasanku datang. Baru terfikir macam mana kalau parents dia bising? Macam mana kalau begitu, begini?

Dipendekkan cerita. Parents Izul tak bising namun aku tetap dipanggil oleh pengurus.

Aku berkeras pertahankan tindakanku itu patut bagi seorang murid yang memang kurang ajar. Aku cikgu dan apa yang aku buat bukan nak niaya dia. Aku cuma nak mendidik.

Budak ‘keras’ macam Izul patut dapat ‘didikan keras’ juga. Aku langsung tak menyesal. Hanya meminta maaf pada pengurus kerana terlanggar SOP disiplin sekolah.

Tapi jauh di sudut hati, aku dapat rasa tindakanku salah. Kekerasanku pada hari itu disebabkan aku dikuasai oleh stigma terhadap Izul. Aku konfiden dia buat begitu sebab dia memang budak nakal.

Padahal dia cuma penat. Belajar straight 1 jam setengah siapa tak penat.

Disebabkan rasa bersalah akhirnya aku resign dari sekolah tu. Walaupun aku berdedikasi dan pengurus takde la hukum, aku tetap rasa malu atas kesilapanku.

Buat tindakan atas dasar stigma ni memang padah. Aku dah rasa.

Terutamanya bila kita berada dalam posisi yang tinggi dan dihormati. Kita rasa apa yang kita buat tu valid belaka asalkan tujuannya baik. Tak fikir dah keperluan untuk menimbang atau memandang dari sudut lain.

Cerita ni berapa tahun dah berlalu. Aku teringat balik sebab baca perdebatan netizen tentang isu saman fitnah. Banyak sungguh stigma bersimpang-siur. Tak ada selidik atau berhati-hati langsung. Asal dah cop orang tu begitu, terus bebas bercakap apa saja tentang dia.

Jangan begitu.. Selidik dulu. Sabar, tarik nafas dan fikir sebelum komen/ambil tindakan. Ambil pengajaran dari aku ni yang dikuasai stigma. Musibah!

Sekarang aku masih seorang cikgu. Mesti korang cringe baca orang ganas macam aku jadi cikgu kan. Aku tak salahkan korang. Sejak peristiwa tu aku pun rasa tak layak mengajar. Aku cari kerja lain. Tapi banyak2 tempat kutabur resume sudahnya sekolah juga yang panggil.

Siap masuk kerajaan pula. Mungkin Allah nilai keikhlasanku mendidik.. Aku teruskan juga walaupun rasa tak layak dan dihantui kesilapan sendiri.

Kali ni aku lebih berhati2 dalam tindakan dan belajar beberapa teknik berfikir yang menenangkan. Bila berhadapan dengan kes murid, aku sentiasa takut jika pertimbanganku dikuasai stigma seperti dulu.

Budak tu malas belajar! Budak ni poyo berlagak!

Rupanya budak malas tu ada disleksia. Dia tak faham apa aku ajar.

Rupanya budak poyo ni diabaikan keluarga. Takde siapa ajar dia jadi sopan..

Takut! Aku takut terlalu percaya pendapat sendiri hingga kabur dari kebenaran. Jadi bila murid buat nakal, aku pasti panggil dulu dan tanya reason dia buat kenakalan tu.

Dah tahu reason selalunya dapatlah ambil tindakan lebih tepat. Even budak paling nakal pun kadang ada reason yang kukuh. Berdosa hukum dia melulu tak tanya dulu kan. Belum kira kesan emosi yang dia tanggung sampai besar nanti.

Aku banyakkan membaca, luaskan ilmu di luar bidangku dan latih hati jadi tawadhuk. Latih maknanya kena buat selalu.

Selalu ingatkan hati tak payah nak meninggi. Minta Allah tunjukkanku apa yang benar dan bebaskan mindaku dari stigma terhadap sesiapa walaupun nyata dia salah.

Aku dapati bila tiada stigma perasaan jadi lega dan ringan. Hubunganku dengan murid lebih baik. Aku mudah bersikap neutral dan ‘masuk’ dengan semua murid. Mudah tegur mereka dan murid pun dengar cakap aku lebih.

Bila diaorang tunjuk sayang dan hormat pada aku boleh rasa gesture diaorang tu ikhlas. Murid yang kurang bijak pun bersungguh-sungguh usaha sebab taknak kecewakan aku.

Tudia kesan positif bila kita berfikiran jernih. Alhamdulillah.. Kalaulah aku tahu dari dulu kan…

– Cikgu Tak Sempurna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *