Lima Kali Keguguran Berulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap tahun, bulan Oktober adalah bulan yang istimewa bagi aku, bulan oktober juga adalah bulan “pregnancy & infant loss awareness month”.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang awareness ni berbanding “breast cancer awareness” yang juga jatuh pada bulan oktober setiap tahun.

Cerita aku ni adalah tentang pengalaman aku sendiri yang mengalami keguguran berulang. Semoga tulisan aku ni dapat memberi kesedaran dan pengetahuan pada semua pembaca.

Definasi Keguguran berulang atau Recurrent Pregnancy Loss (RPL) ialah apabila seseorang wanita mengalami keguguran berterusan sebanyak 3 kali dimana keguguran itu dibawah 20 minggu.

Menurut statistik 1 dari 4 wanita akan mengalami keguguran dan 1 dari 100 wanita akan mengalami keguguran berulang.

Daripada jumlah itu 50% pasangan yang mengalami RPL (recurrent pregnancy loss) tidak dapat didiagnosis punca keguguran.

Sedikit background tentang diri, aku izzah, seorang wanita yang sudah 5 kali keguguran berturut-turut dalam masa 7 tahun kami berkahwin.

Sebelum aku berkahwin aku ada MDD (Major Depressive Disorder), dan aku sudah pulih dari MDD, dan selepas berkahwin dengan persetujuan Doktor, aku tidak lagi mengambil ubat anti- depression.

Keguguran yang aku lalui biasanya terjadi pada semester pertama, tidak ada heartbeat baby. Aku juga disahkan tiada sebarang masalah kesihatan, rahim normal, BMI normal.

Pengalaman aku lah kan, yang pertama kalau dah dua kali keguguran berulang, anda wajib jumpa pakar sakit puan. Pergi lah mana-mana hospital swasta, kenapa bukan hospital kerajaan? Sebab kebiasaannya bila dah gugur kali ketiga baru anda akan dikira sebagai keguguran berulang.

Kalau hanya dua kali, Dr hanya akan cakap cuba lagi, hanya kali ketiga miscarriage baru akan ada blood work investigation untuk kes anda dan ia akan memakan masa untuk followup.

Yang kedua, pilih lah Dr sakit puan yang memang pakar dalam Recurrent Pregnancy Loss (RPL), sebab Dr pakar ada speciality masing-masing, kena betul2 pilih Dr sebab tak semua Dr yang aku jumpa ‘proactive’ dan nak cari solution untuk masalah specific macam aku ni.

Setakat ni dah 5 Dr yang berbeza aku jumpa, Dr hanya cakap ‘ you have a bad luck’ atau ‘try again next time’, tiada solusi dan tiada diagnosis (untuk kes aku sahaja ya).

Ayat lain yang aku dengar ‘you don’t have any problem to conceive, but problem to sustain the pregnancy’. Kebiasaannya bila dah banyak kali keguguran ada beberapa ujian akan dijalankan. Dibawah ni aku senaraikan testing yang dah aku buat.

1. Lupus Anticoagulant

2. Thrombophilia studies

3. Cardiolipin antibodies

4. Thyroid profile

5. Torch screening (infectious diseases) (Toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus, HSV)

Aku buat semua testing ni lepas miscarriage no 4, keputusan test semua normal. Setahun lepas tu aku pregnant lagi no 5, lepas kes miscarriage no 5 ni Dr suggest aku buat karyotype test pulak. Karyotype test ni kena buat di hospital swasta sebab tak ada testing ni di hospital kerajaan.

6. Karyotype test

Hanya karyotype test sahaja suami aku buat, testing yang lain hanya untuk aku seorang sahaja. Seperti biasa, keputusan ujian adalah normal atau dalam istilah perubatan “unexplained infertility”.

Macam mana ya nak menggambarkan perasaan aku yang dah 5 kali kehilangan anak ni ya? Tak terucap dengan kata-kata. Sedangakan kucing hilang anak pun boleh meroyan, inikan manusia.

Mungkin orang luar yang kenal atau tahu kisah aku ni akan cakap aku kuat, tapi sebenarnya aku tak lah kuat mana,

I am grieving…. aku terpaksa hadap, kena kuat untuk teruskan hidup. Ada hari yang aku OK, ada waktu yang aku sedih. Kalau diikutkan, aku dah ada 5 orang anak, sepatutunya tahun ni EDD aku yang kelima pada mac 2020, sayu bila dengar suara baby menangis, cause I should have my baby.

Aku ingat lagi masa pregnancy yang pertama, pergi scan dekat klinik masa tu dah 5 minggu. Waktu tu 3 hari lagi nak raya puasa. Masa tu aku pun tak tahu yang awal kandungan tak boleh jalan jauh, sepanjang dekat kampung aku bleeding, balik je KL pergi scan, baby dah tak ada, rahim pun dah kosong.

Setahun lepas tu aku mengandung lagi dan pada hari anniversary perkahwinan yang ketiga aku keguguran lagi, pergi hospital, Dr siap tarik baby keluar pakai speculum. Selepas 6 bulan aku pregnant untuk yang ketiga, ayat terakhir aku dengar Dr cakap “ I am sorry there is no heartbeat”.

Mungkin bagi wanita yang sedang ‘’trying to conceive (TTC), kalau nampak 2 garis dekat pregnancy test dah happy, tapi aku….aku hanya menangis semahunya. Aku sangat takut sebab aku dah boleh predict apa yang akan terjadi.

Sepanjang aku pregnant, dah dua kali aku kena cuci rahim (D&C), sakit tu tak payah cakap la, kena bius separuh badan, lepas je habis bius, sakit sangat. Lima kali aku masuk dan keluar hospital, lima kali jugak aku hadap balik rumah rahim dah kosong.

Pregnancy aku yang paling sedih no 4, siap pakej pergi scan dekat klinik Dr cakap ada heartbeat, petang tu aku bleeding macam air paip, pergi hospital Dr tengok gambar scan pun dah tahu aku keguguran dah waktu tu, sebab kantung tak bulat cantik.

Pregnancy no 5 pun aku dengar ayat yang sama, tak ada heartbeat dan dah ada bukaan rahim, pukul 3 pagi aku kena masuk OT room untuk cuci rahim.

Masa aku miscarriage no 4, aku menangis depan suami, sungguh aku minta maaf dekat dia, aku kesian pada dia… aku cakap ;

“Abang, im sorry i tak dapat bagi baby… you kawin lah dengan orang lain…. but you have to let me go..”
Suami aku ni memang jenis lawak, jenis cool dan dia tak boleh tengok aku menangis. Jadinya masa aku tersedu-sedu cakap suruh dia kahwin lain.. dia jawab ;

‘Ala yang….. buat apa la nak kawin lain, siapa yang nak dekat I ni….. dah la kentut busuk’

Aku yang tadi sedih, boleh terus tergelak. Alhamdulillah, aku hanya ada suami aku sebagai suppot system aku.

Aku tak ada sesiapa yang boleh bagi sokongan, sebab bukan semua orang boleh faham keadaan aku. Mak aku sendiri boleh perli aku yang dia tak akan ada cucu lain melainkan kucing yang aku bela.

Bayangkan lah dari aku miscarriage yang pertama, mak aku tak jaga aku waktu pantang, mak aku siap cakap yang aku dah ada suami, so pandai-pandai lah. Pedih sangat hati aku rasa, siap kena bentan waktu tu.

Mak mertua? Oh don’t let me start with my MIL. Mak mertua aku lagi lah tak faham, padahal MIL aku pun ambil masa 15 tahun nak mengandung anak pertama

Sebenarnya kan, kami suami isteri sangat redha dengan apa yang terjadi, sebab aku selalu ingatkan diri aku yang kami dah ada 5 orang anak yang menunggu untuk memimpin kami ke syurga. Aku tahu Allah sayang dekat aku, aku tahu ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Perubatan islam di Darulsyifa pun aku dah pergi, dah macam-macam aku usaha. Tapi……aku sangat sedih dengan orang sekeliling aku.

Terutama mak mertua aku, orang sekeliling aku ni macam tak redha dengan ujian yang Allah bagi pada kami. Wajib ke kalau kahwin kena ada anak? Berdosa ke kalau tak ada anak ni? Ya, kalau tak ada anak ni sangat hina pada pandangan masyarakat.

Aku pernah baca ada orang tulis pasal “perempuan yang tak jaga mulut, patutlah tak ada anak”, ada jugak yang komen dekat facebook tentang jiran dia yang tak mesra dengan kanak-kanak tak ada sifat penyayang – patut lah tak ada anak.

Allahu…. tahu kah kalian bahawa anak ini juga rezeki? Rezeki Allah nak bagi, dan bila-bila Allah boleh ambil balik. Siapa lah kita nak judge perangai orang tu dan dikaitkan pula dengan tak ada anak?.

Disekeliling aku (dikalangan family mertua) aku nampak, ramai yang berbangga-bangga dan ada jugak yang menjadikan hal mengandung dan ada anak ni satu perlumbaan, siapa yang bagi cucu dulu, siapa yang paling beranak ramai.

Aku seperti pasangan TTC lain, sudah tidak lagi menghadiri apa-apa majlis pun, terutama jika majlis yang melibatkan keluarga, sebab akan ada manusia yang hanya mahu menambah luka dihati aku ni.

Keluarga aku dan mertua hanya tahu aku hanya 3 kali keguguran. Walaupun mereka dah tahu, tapi setiap kali aku balik kampung, pasal anak juga orang tanya.

Aku dan suami memutuskan kami tidak lagi menghadiri sebarang majlis sebab ada seorang hamba Allah ni, menunjuk-nunjuk perut dia yang dah pregnant 3 bulan dihadapan aku, sambil sepupu suami juga bergosip tentang aku yang selalu keguguran.

Ada juga sepupu suami datang dekat aku terus letak anak dia yang baru 2 bulan dipangku aku, sedangkan mereka tahu aku baru 2 minggu habis pantang keguguran.

Untuk apa ya buat macam tu? Supaya cepat lekat ke? Aku tak faham. Setiap kali balik rumah lepas majlis, aku akan menangis sampai lah tertido selama 2 minggu. Sampai suami aku dah tak terdaya nak pujuk aku.

Mak mertua aku pula jenis orang tua yang tidak pernah nak faham perasaan orang. Waktu kami suami isteri decide tak akan pergi sebarang majlis, suami aku call untuk bagitahu hal ini, tapi lain pula jadinya.

Disebabkan perbualan suami dan MIL tu dah record dalam phone suami, terkejut aku dengar rupanya MIL aku kutuk-kutuk aku dekat suami.

Suami aku terdiam dalam perbualan tu, tapi dia sedih sebab MIL aku tidak tahu apa yang kami lalui. Lepas kes tu aku dah jarang balik rumah MIL, sebab aku tak boleh tengok muka dia, aku rasa sangat sedih, rupanya dia berlakon baik depan aku.

Sampai lah tahun lepas waktu raya, aku dan suami duduk didapur buat kuih raya, sekali lagi MIL aku perli aku (benda tak patut pun dia nk komen). Aku dapat rasa waktu tu MIL aku ni ada marahkan sesuatu pada aku,tapi aku tak tahu apa sebab nampak cara dia hanya nak cari kesalahan aku.

Dalam hal aku-mertua ni, aku sangat kasihankan suami aku, sebab dia lah anak sulung dan anak kesayangan, suami juga tak pernah melawan cakap mak dia.

Tapi aku nasihat suami aku yang dia juga perlu melindungi aku sebagai isteri. Aku tanya suami aku “how long are you going to let your mother treat me like this? Adakah salah aku kalau kita ni tak ada anak?”

Akhir tahun lepas akhirnya suami aku beranikan diri ‘ slow talk’ dengan mama dia, suami aku nasihat lepas ni kalau mama dia nak tegur aku apa-apa, boleh lah terus cakap sahaja pada suami aku.

Aku ni bukan lah seorang yang keras kepala tak boleh terima nasihat, tapi nasihat tu cakap lah elok-elok dan tak perlu perli aku benda yang tidak sepatutnya.

Raya puasa tahun ni aku balik di penghujung raya disebabkan pkp. Masa aku dah packing nak balik KL, MIL aku sekali lagi buat benda yang sama. Dia marah sebab dia ada beli ubat mahal apa tah, tapi aku tak makan ubat tu – tak ada usaha nak dapatkan anak kata MIL aku.

Oleh kerana kasih sayang aku pada suami dan demi menjaga air muka suami, aku diam kan diri sahaja. Masa dalam kereta aku menangis lagi depan suami. Ubat supplement yang aku makan hanyalah atas saranan Dr pakar sahaja dan semestinya ada kelulusan KKM, selain dari itu aku memang tak makan.

To understand infertility, you must live with infertility. Cabaran nak mendapatkan zuriat ni berbeza-beza, dan bukan salah isteri sahaja.

Tapi dalam kisah aku, macam aku yang bersalah, aku yang tak jaga kandungan aku betul-betul lah dan macam-macam komen aku dengar.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa keguguran berulang ni boleh berlaku, aku ada buat kajian aku sendiri, antaranya Natural Killer cells, MTHFR, balance translocation, triploidy.

Maklumat ni berdasarkan pembacaan dan perkongsian kawan-kawan aku di US dan UK dan aku tak pasti how advanced RPL research ni di Malaysia.

Aku harap dengan perkongsian aku, orang lain akan lebih aware tentang keguguran berulang ni. Aku jugak nak berkongsi ayat-ayat pedih yang selalu aku dengar, antaranya ;

1. At least you can get pregnant – ayat ni sangat mengguris hati aku, yes I am fertile but I don’t get to keep my baby.

2. Have you tried ________ – apa-apa ubat aku hanya rujuk pada Dr sahaja, aku sangat letih bila orang suggest itu ini dekat aku.

3. At least it happened early on – Ya semua keguguran aku masa fasa trimester pertama, my babies died, I lost my hope and my dreams.

4. I can’t imagine – It’s a common thing to hear when your baby has died. And unfortunately, it does nothing to provide support, convey empathy or open up a space for me to talk about my babies, which – just like parents of living children – is what I long to do.

5. It will work out next time/I know it will happen for you – This doesn’t help me at all. Bila Dr pun cakap unexplained, tiada ubat yang boleh buat aku magically pregnant and safe delivery.

6. Just adopt first, then you will have your own – adoption tidak semudah itu ya. Kena fikir penerimaan keluarga, mahram etc. We keep this options open but we haven’t decide this yet.

Cukup lah sekadar – salam takziah atau I am sorry for your loss. I don’t need anyone to fix anything, I need to know that you are here for me in my grief. Juga tak perlu rasa kesian pada aku.

Apa yang aku harapkan dari confession ni? Aku perlukan sokongan dan doa, jika ada rezeki zuriat doakan aku selamat bersalin and have a healthy baby. Doakan juga supaya orang disekeliling aku redha jika kami tidak diberi rezeki zuriat ni.

Aku harap para pembaca boleh bagi komen yang murni sahaja ya. I am a grieving mother, please be nice to me.

– Izzah 5rpl.my (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *