Assalamualaikum semua… Hmm ni first time hantar confession diri sendiri.
Sebagai pengenalan. Aku berumur 32 tahun & seorang Bapa yang mempunyai Isteri dan Anak2.
Isteriku mempunyai pekerjaan yang sangat baik dan selesa iaitu pegawai kerajaan. Dan Aku?
Ye.. berkelulusan degree Akauntan yang dahulu sangat tekun dan gigih untuk mendapatkan skroll dan mengharapkan pekerjaan yang baik dan gaji yang lumayan. Yelah Akauntan Kan!
Tetapi. Fantasi hanyalah fantasi. Realitinya bukan mudah untuk menjadi seorang Akauntan dan gaji yang lumayan. Sedangkan isteriku menjadi pegawai kerajaan yang gaji nya jauh lebih baik dan selesa.
Tetapi. Alhamdulillah aku berjaya juga mendapatkan pekerjaan sebagai seorang Akauntan. Aku sangat bangga dengan status aku sebagai seorang Akauntan walaupun syarikat tu cuma industri kilang.
Dan,
“Langit Tidak Selalu Cerah.”
Selepas berhempas pulas 6 Tahun, aku diberhentikan kerja semasa musim covid ni. Aku sangat stress mengenangkan bagaimana aku ingin mencari rezeki untuk keluarga ku.
Isteriku sangat supportive. Beri semangat untuk aku bangun demi keluarga.
Disebabkan musim covid ni sukar untuk mencari kerja.. Aku pun ambil keputusan untuk berniaga sendiri. Dengan pengalaman semasa bekerja aku membangunkan sebuah syarikat sendiri.
Alhamdulillah dalam masa 3 bulan aku berjaya stabil kan syarikat ku. Cukuplah dapat menyara keluarga tercinta ku.
Sekali lagi.
“Langit Tidak Selalu Cerah!”
Dikala aku ingin majukan syarikatku, mulalah adik beradik ku meminta untuk memberi elaun tambahan setiap bulan hanya disebabkan sumbangan idea penubuhan syarikat tersebut,
Walaupun segala operasi Aku sendiri yang buat. Aku tak nak kerana harta hubungan adik beradik jadi renggang.
Tetapi lama kelamaan duit syarikat makin berkurangan sehinggakan tidak mampu membayar gaji bulanan aku. Dan ada juga kalanya aku tidak ambil gaji lagi.
Aku tidak mahu ceritakan apa yang berlaku pada isteriku kerana tidak ingin isteriku susah hati lagi.
Isteriku pula seorang yang sangat suka shopping di Lazada… Tahu2 je barang sampai di rumah. Kadang tu 3-4 bungkusan sampai 2 hari sekali.
Yelah Aku tahu dia ada duitnya sendiri untuk belanja dirinya. Dia spend hampir RM1000 setiap bulan hanya untuk dirinya sendiri.
Tapi Aku? Nak beli Minyak Rambut sendiri pun berkira2. Yelah lepas tolak semua kos rumah, kereta, barang dapur, duit mak, elektrik, air dan lain… tinggal lah 200-300 je untuk baki sebulan.
Dan satu persatu koleksi diri dijual seperti Jam, Playstation, PS Vita, Smartphone dan lain2.
Dan disebabkan isteriku tidak mengetahui apa yang berlaku pada syarikatku, ada juga yang dia minta ku belanja untuk nya seperti baju, tudung atau perhiasan emas. Sebab itu lah aku jual segala koleksi yang aku ada untuk belanja isteriku.
Saban hari aku makin stress dan stress dengan kewangan ku & syarikatku.
Aku hanya pendam dan kadang2 anak ku menjadi mangsa dimarah dan dicubit walaupun hanya kesilapan tertumpah air semasa makan.
Seringkali dimalam hari semasa anak ku dan isteriku tidor, aku cium dahi mereka dan memohon maaf.
Dan kini? Aku masih cuba untuk bangunkan syarikat ku walaupun 1 hari cuma 1-2 jam sahaja aku tido demi mencari rezeki keluarga tercinta ku.
Semuanya kerana Perngorbanan Seorang Bapa untuk Keluarganya.
Aku hanya mohonkan doa dari pembaca semua agar aku berjaya dalam perniagaanku dan menjadi Seorang Bapa Yang Lebih Baik.
BAPA YANG TIDAK SEMPURNA,
– Fin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit